Buku “Khalifah Ganti Superman”

Sekarang ni tiap-tiap malam Sue baca buku Khalifah Ganti Superman sebelum tidur. Baca sikit-sikit. Hari cuti baru dapat baca banyak, tapi belum habis baca lagi sebab buku ni tebal.

Buku Khalifah Ganti Superman

Buku “Khalifah Ganti Superman” ni merupakan cenderahati daripada blogger Denaihati kepada semua peserta contest Gadget Impian.

Dah habis pun contest Gadget Impian tu. Tahniah kepada para pemenang Gadget Impian.

“Khalifah Ganti Superman” oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim

Buku “Khalifah Ganti Superman” ni bagus. Kawan-kawan patut beli satu. Ada banyak ilmu dan idea bisnes yang dikongsikan oleh penulis buku ni iaitu Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Dalam buku ni Tan Sri Ali Hashim banyak tekankan tentang jihad bisnes yang menjadi pemangkin kepada kejayaan umat Islam Melayu khususnya yang telah jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi berbanding bangsa lain di Malaysia.

Kalau nak baca review lengkap tentang buku ni boleh lawat blog normj1001.

Terima kasih Denaihati sebab bagi hadiah buku menarik ni. Buku ni Sue dah terima lama dah, cuma tak sempat nak baca sebab sibuk dengan kerja lain. Sekarang baru dapat baca.

Oklah, nak pergi buat kerja pulak. Malam nanti sambung baca lagi buku “Khalifah Ganti Superman” ni.

One comment

  1. dah habis bace kongsi la dekat sini..hehehe

Leave a Comment