Dapat Cek daripada Etiqa Takaful

Hari tu dapat surat daripada Etiqa Takaful yang di dalamnya terkandung sekeping cek bernilai RM136. Tak banyak tapi bagus jugak di saat segala barang dikenakan cukai GST 6% sekarang ni.

Beli aiskrim Solero semalam pun kena GST. Barang-barang lain yang kata tak kena GST pun kena jugak. Menipu je cakap harga barang turun.

Nasib baik topup prepaid ONEXOX dia serap caj GST 6% tu jadi credit.

cek etiqa takaful

Agihan Lebihan Etiqa Takaful

Cek daripada Etiqa Takaful ni adalah pengagihan lebihan kepada peserta takaful yang berkelayakan memandangkan Etiqa Takaful Berhad telah mencatat prestasi yang memberangsangkan dengan pencapaian kewangan dan operasi yang cemerlang.

Dalam tahun 2013, Etiqa Takaful meneruskan kedudukan sebagai pengendali takaful No. 1 negara dengan menguasai pegangan pasaran Takaful Am sebanyak 46.2% mencatatkan sumbangan bernilai RM886 juta.

Alhamdulillah.. RM136 dapat daripada Etiqa Takaful ni boleh guna untuk tampung sedikit perbelanjaan harian yang dah naik harga.

Leave a Reply