Cermin Mata Baru Dr. Specs

Hari tu Sue tunjuk kat suami skru tangkai cermin mata yang macam dah nak tertanggal.

Lepas solat Maghrib suami konon tunjuk terer nak betulkan skru tu. Lepas tu tak boleh nak pasang balik sebab kata dia skru kecik sangat susah nak pegang nak masukkan dalam lubang skru. Hahaha.

Buat sementara terpaksa guna besi jarum peniti buat ikat tangkai kat bahagian lubang skru tu. Nak buat macam mana dah skru tak boleh masuk.

cermin mata ikat besi jarum
Cermin mata lama ikat guna besi jarum. Sedih..

Cermin mata dah pakai 3 tahun lebih tak pernah tukar. Sampai masa dah nak kena ganti cermin mata baru. Mata ni pun macam rabun dan silau dah bertambah. Cermin mata baru, power pun baru jugak la kot.

Pening jugak nak pilih cermin mata baru jenis macam mana.

Kedai Cermin Mata Dr. Specs (Ampang Point)

Sue dan suami pergi kedai cermin mata kat Ampang Point. Ada lebih kurang 3-4 buah jugak kedai cermin mata kat situ yang Sue perasan sampai tak tahu nak pergi kedai mana satu.

Last2 suami ajak masuk kedai Dr. Specs. Kedai kecik je tapi tengok ramai orang kat situ. Nak masuk pun rasa segan. Hehe. Dengar2 jugak orang cakap harga cermin mata murah kat kedai Dr. Specs.

Kedai cermin mata Dr. Specs Ampang Point
Kedai cermin mata Dr. Specs di Ampang Point

Bila dah masuk kedai cermin mata Dr. Specs, salah sorang pekerja kedai tu suruh pilih bingkai (frame) cermin mata dulu. Lepas pilih bingkai baru boleh check mata tengok tahap rabun, silau dan berapa power untuk lens cermin mata.

Punya la banyak bingkai cermin mata ada kat kedai tu. Sue pilih bingkai cermin mata jenis full frame yang plastik sebab lebih selesa pakai cermin mata jenis tu. Penahan hidung dia tak menekan batang hidung sangat.

Sebelum ni pernah pakai cermin mata bingkai besi. Tau kan dia punya penahan hidung tu macam mana? Kuat sangat tekan hidung sampai rasa sakit. Ada tinggal bekas pulak tu bila bukak spek.

Pilih cermin mata Dr. Specs
Tengah pilih frame cermin mata di kedai Dr. Specs

Susah betul nak pilih cermin mata yang sesuai. Orang cakap kena pilih frame yang bentuk dia sesuai dengan bentuk muka kita. Bentuk muka Sue jenis bulat. So, nak kena cari bingkai yang bersegi – bentuk segi empat tepat atau bentuk ‘wayfarer‘.

Itu ikut apa yang Sue baca kat internet. Sue kongsikan kat sini tips pilih bingkai cermin mata. Lepas ni sambung cerita.

Tips Pilih Bingkai Cermin Mata Ikut Bentuk Muka

Bingkai cermin mata untuk bentuk muka bulat
Bingkai cermin mata untuk bentuk muka bulat
Bingkai cermin mata untuk bentuk muka petak segi empat
Bingkai cermin mata untuk bentuk muka petak / segi empat
Bingkai cermin mata untuk muka bentuk oval bujur
Bingkai cermin mata untuk muka bentuk oval / bujur
Bingkai cermin mata untuk muka bentuk hati
Bingkai cermin mata untuk muka bentuk hati

Ok, sambung balik cerita.

Lepas dah pilih bingkai, pergi kat mesin check mata pulak. Tengok gambar pemandangan ada belon udara panas. Result dia, rabun dan silau mata Sue memang betul bertambah. Tapi mata kiri je. Mata kanan maintain sama power dia.

Check mata di kedai Dr. Specs

Check power mata kat kedai Dr. Specs
Check power mata kat kedai Dr. Specs (Ampang Point)

Step seterusnya, pilih jenis lens cermin mata. Part ni yang Sue tak berapa faham sangat walaupun dah banyak kali buat spek. Lepas staf Dr. Specs terangkan satu-satu tentang fungsi setiap jenis lens tu baru la faham.

Biasanya Sue pilih lens jenis yang ada UV protection, tahan lasak, anti calar, dan yang sesuai guna untuk tengok skrin komputer, laptop atau handphone. Jenis yang lagi power pun ada tapi harga pun mahal sikit lah.

Yang bestnya kat kedai cermin mata Dr. Specs ni kat dinding dalam kedai dah ada tunjuk jenis-jenis lens dengan ciri-ciri lens beserta harga sekali. Dan diorang akan terangkan setiap jenis lens dan fungsi dia yang sesuai dengan tahap rabun / silau mata kita. Senang la nak pilih lens jenis macam mana kita nak.

Sue pilih jenis lens yang special sikit. Harga pun special jugak. Alang2 nak buat spek baru, buat yang terbaik terus. Tambah duit sikit je.

Jenis dan harga lens cermin mata Dr. Specs
Jenis dan harga lens cermin mata Dr. Specs terpampang kat dinding

Lepas dah pilih lens, buat bayaran. Sue bayar deposit RM100 dulu. Selebihnya bayar time pergi ambik spek. Sebelum bayar hari tu dia ada tanya, “Nak urgent ke tak?“. Nasib baik tak urgent sebab spek lama boleh pakai lagi (walaupun kena ikat guna besi).

Cermin mata baru Sue siap dalam masa 2 hari. Kalau urgent mungkin Dr. Specs boleh siapkan lagi cepat kot.

Dapatkan voucher cermin mata Dr. Specs

Sekarang ni pakai spek baru rasa pening-pening sikit. Mungkin sebab power cermin mata bertambah. Suami pun cakap awal-awal memang macam tu. Lama-lama nanti ok la bila mata dah ngam dengan power baru.

Beraya dengan cermin mata baru la nanti. Hehe.

Kedai Cermin Mata Dr. Specs

Siapa nak buat cermin mata baru kat kedai Dr. Specs, bawah ni Sue senaraikan cawangan kedai dia. Boleh la pergi sana nanti.

Cawangan kedai cermin mata Dr. Specs

  • Ampang Point Shopping Mall
    F01, First floor, Ampang Point,
    Jalan Mamanda 3, Ampang Point,
    68000 Ampang, Selangor.
    Tel : 03 – 4265 7883
  • One Utama Shopping Mall
    Lot B12A, One Utama Shopping Mall,
    No 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama,
    47800 Petaling Jaya, Selangor.
    Tel : 03 – 7722 2068
  • Mid Valley Shopping Centre
    NP1-01A, Level P1 North,
    Mid Vally Megamall, Mid Vally City,
    Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur.
    Tel : 03 – 2280 0209
  • AEON Bukit Raja Shopping Centre
    G26B, Aeon Bukit Raja Shopping Centre,
    Persiaran Bukit Raja 2, Bandar Baru Klang,
    41150 Klang, Selangor.
    Tel : 03 – 3358 6265
  • AEON Cheras Selatan Shopping Centre
    Lot F28, First Floor, Aeon Chras Selatan Shopping Centre,
    Lebuh Tun Hussien Onn,
    43200 Balakong, Selangor.
    Tel : 03 – 9081 8582
  • AEON Bandaraya Melaka Shopping Centre
    G11, Ground Floor, Aeon Bandaraya Melaka Shopping Centre,
    No 2, Jalan Lagenda, Taman I-lagenda,
    75400 Melaka.
    Tel : 06-281 9952
  • IOI Mall Puchong
    EB1, Basement Level, IOI Mall,
    Batu 9, Jalan Puchong, Bandar Puchong Jaya,
    47170 Puchong, Selangor Darul Ehsan.
    Tel : 03-80740886
  • AEON Bukit Indah Shopping Centre
    Lot F28, Aeon Bukit Indah Shopping Center,
    No 8, Jalan Indah 15/2, Bukit Indah,
    81200 Johor Bharu, Johor.
    Tel : 07-2321528
  • IOI City Mall, Putrajaya
    Tel : Tel: 03-89585519

2 Comments

  1. As salam… nk tya,agak2 klu power dlm 600 brp ye harganya nya kat dr.spec tu?

  2. kalo power bawah 300 laju xnak dapat balik,,,nak plg lame pon tunggu pon dlm 20jam…

Leave a Reply