Daftar Kad Komuter 1Malaysia di KL Sentral

kaunter permohonan kad komuter 1malaysia

Semalam lepas balik kerja Sue pergi KL Sentral untuk buat kad Komuter 1Malaysia. Kalau ada kad Komuter 1Malaysia boleh la Sue jimat 50% tambang perjalanan pergi kerja balik kerja.

Sebenarnya 2 hari lepas Sue dah pergi stesen komuter Kajang dengan Encik Suami tapi rupanya kad tu tak boleh buat di stesen komuter Kajang. Hahaha.

Kena buat kat stesen komuter Bangi yang paling dekat time tu. Kat stesen komuter Kajang tu boleh ambil borang permohonan je.

Bila dah sampai stesen komuter Bangi, Sue tengok ada khemah tempat permohonan kad Komuter 1Malaysia, tapi dah gelap gelemat. Dalam berita kata permohonan boleh buat dari pukul 11 pagi sampai 8 malam sedangkan masa tu baru pukul 7:35 belum pukul 8 malam lagi.

Penat-penat pergi sana tapi kaunter tutup pulak. Sebab tu semalam pergi buat kat KL Sentral.

Permohonan Kad Komuter 1malaysia

Lokasi Pendaftaran dan Pengeluaran Kad Komuter 1Malaysia

Kad Komuter 1Malaysia hanya boleh dibuat di stesen-stesen komuter berikut:

  • KL Sentral
  • Tanjung Malim
  • Kepong Sentral
  • Bangi
  • Sg. Gadut
  • Sentul
  • Subang Jaya

Sekejap je proses nak dapatkan kad. Nasib baik Sue dah isi borang yang ambil 2 hari lepas kat stesen komuter Kajang.

Sertakan sekali salinan kad pengenalan lepas tu bayar RM1 dan terus dapat kad. Tak perlu bawa slip gaji untuk bukti gaji bawah RM3000 ye. Hanya bawa borang yang dah siap isi, salinan kad pengenalan dan RM1.

permohonan kad komuter 1malaysia di kl sentral

Kad Komuter 1Malaysia ni kita kena tunjuk bersama kad pengenalan semasa beli tiket komuter. Beli tiket melalui kaunter sahaja baru boleh dapat diskaun 50%.

Kalau tak tahan hari-hari nak kena beratur beli tiket, boleh beli tiket mingguan. Sue tanya staf KTM semalam dia cakap boleh guna untuk tiket mingguan. Kena beratur seminggu sekali je.

Dah ada kad Komuter 1Malaysia boleh la Sue jimat lebih kurang RM100 tambang pergi kerja dan balik kerja. Seronoknye. RM100 tu boleh guna untuk belanja benda lain.

balik kampung raya aidiladha

Ramai betul manusia kat KL Sentral semalam. Semua nak balik beraya kat kampung kot. Selamat Hari Raya Aidiladha.

3 Comments

  1. wah, ada kad komuter 1 Malaysia la pulak???

Leave a Comment