Diskaun 50% dengan Kad Komuter 1Malaysia dari KTMB

Kad Diskaun Komuter 1malaysia dari KTMB

Seronok baca berita tentang Diskaun 50% dengan Kad Komuter 1Malaysia dari KTMB. Sue memang pengguna perkhidmatan komuter. Hari2 naik komuter pergi kerja. Dengan adanya Kad Komuter 1Malaysia ni boleh la jimat 50% daripada belanja komuter yang Sue selalu bayar.

Sekarang ni orang kelainan upaya (OKU), pesara dan pelajar je menikmati diskaun 50% kadar tambang bila menggunakan perkhidmatan KTM Komuter.

Syarat Layak Dapat Diskaun Tambang 50% KTM Komuter

Diskaun 50% untuk perkhidmatan KTM Komuter ni boleh dinikmati oleh semua rakyat Malaysia yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah. Diskaun tambang adalah selama setahun mulai 1 November 2012 hingga 31 Oktober 2013.

Sue layak sebab gaji bulanan Sue memang bawah RM3,000.

Komuter 1Malaysia

Bagi mereka yang layak boleh dapatkan borang permohonan Kad Komuter 1Malaysia ni di semua stesen komuter bermula 22 Oktober 2012 bermula dari jam 11 pagi hingga 8 malam.

Borang yang dah lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan boleh dapat Kad Komuter 1Malaysia pada masa tu jugak. Setiap kad dikenakan caj RM1.

Borang juga boleh diperoleh melalui laman web KTMB. Daftar online pun boleh jugak kot sebab Sue tengok kat laman web KTMB ada link ‘Online Registration‘.

Kad Komuter 1Malaysia Tak Perlu Penyata Gaji

Menurut Naib Presiden Eksekutif Perniagaan KTMB, Sarbini Tijan, pihaknya yakin dengan kejujuran rakyat Malaysia dan sehubungan itu, pemohon tidak perlu mengemukakan penyata gaji ketika membuat permohonan kad Komuter 1Malaysia.

Rakyat Malaysia memang jujur. Hehe.

Lepas ni agaknya lebih ramai rakyat Malaysia yang akan gunakan perkhidmatan KTM Komuter sebab tambang murah 50%. Kalau betul, mesti KTM Komuter akan bertambah sesak.

Sekarang ni pun dah macam ‘tin sardin’ bila duduk dalam tren tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *