Farewell Party Rakan Sekerja @ Mozer’s Subang Parade

Farewell party yang ke 3 untuk tahun ni. Sedih betol. Tapi takpe. Mereka mencari kehidupan yang lebih baik.

Sue sangat menyokong keputusan diorang. Sue je yang sangkut lagi kat tempat kerja ni. Setia betol kan.

Kali ni kami merancang suprise farewell party untuk Anida. Seorang yang sangat berkaliber, kreatif lagi inovatif gitu. Dia akan berpindah ke Penang dan kerja di sana.

Biasa, dia lah mastermind untuk apa-apa aktiviti kitorang kat ofis ni. Aktiviti santai ke party ke bercuti ke semua dia yang rancang dan uruskan. Kitorang ni pengikut dan penyokong setia je.

Farewell party anida

So, kali ni bila kitorang yang kena buat party untuk dia, agak mencabar juga la bagi kami yang memang jarang uruskan aktiviti macam ni. Lagi-lagi bila fikir expectation dia mesti tinggi.

Yela, dia selalu rancang untuk orang lain, untuk dia sendiri mestilah dia pun harap orang buat macam yang dia buat juga kan.

Plan Farewell Party

Plan bermula dari kawan paling rapat dengan dia, Dayana dan dibantu oleh Wani (mastermind baru kot. Pengganti Anida.. hehe).

Plan nya, Dayana akan bawa Anida pergi spa pada pagi kejadian, konon-konon diorang keluar berdua je padehal kami yang lain-lain ni tengah buat persediaan kat kedai makan yang dah di tempah 2 hari sebelum hari kejadian. Kira suprise makan lunch dengan dia la.

Kami seramai 10 orang (yang available pada hari tu) sepakat memakai pakaian bertemakan White and Blue, sebab dia memang suka event ada tema-tema camni. So kami buatlah juga untuk dia.

farewell anida

Lokasi kedai makan yang kami pilih ialah Mozer’s Subang Parade, dekat dengan spa yang Dayana book untuk dia. So senang lah, lepas habis Spa boleh ajak pergi makan terus.

Time tu lah kitorang nak terkejutkan dia.

Agak menjadi la juga kejutan untuk dia walaupun ada sedikit masalah dengan orang spa pada awalnya. Ingat dia tak jadi datang dah. Nasib baik Dayana cepat fikir idea lain nak pastikan plan kitorang menjadi.

farewell anida

So plan bertukar. Dayana ajak dia tengok wayang dulu then lepas tu baru ajak dia lunch. Saat dia melangkah masuk dalam kedai makan tu kitorang jerit “Supriseeee!”. Dan konfemlah dia terkejut wei.. haha..

Dan terkejut juga bila tengok kitorang ada kat sana. Muka dia dah nak nangis dah time tu. Terharu lah kot dengan apa yang kitorang buat.

farewell anida

Lepas makan kitorang ajak dia pergi karaoke sebab Anida sebelum ni ada minta nak karaoke untuk farewell party dia. So tunaikan lah permintaan dia.

Pusat Karaoke kat dalam Subang Parade tu juga. Ala lupa dah nama apa. Book bilik untuk 2 jam dan semua layan nyanyi la dalam tu sampai penat. hehe.. Pastu acara pun tamat.

farewell anida

Apa-apa pun. Terima kasih Nida untuk segala.

Sorry jika Kak Sue ada terkasar bahasa, tercakap sampai tersakitkan hati, terminta yang bukan-bukan dan sorry juga jika kitorang buat party untuk Nida ni tak seberapa seperti yang Nida selalu rancang untuk orang lain.

Ini je yang kami mampu buat.

Good luck Nida dengan apa yang Nida akan buat nanti dan walau di mana Nida berada. Yang paling penting jangan lupakan kitorang kat ofis lama ni tau. Bye Nida.. sob… sob… sob…

Leave a Reply