Graduan Baru Manja?

Semenjak dua menjak ni company Sue mengalami masalah kekurangan pekerja. Staff yang ada sekarang ni lah yang jadi mangsa keadaan. Sorang pekerja kena buat 2-3 orang punya kerja.

Penat tu tak payah cakap la. Tapi nak buat macam mana, dah diberi tugas, buat jela.

Bukan company tak nak ambik pekerja baru. Ramai yang datang interview dan ramai yang dah diterima bekerja. Tapi ramai juga yang blah macam tu je walaupun baru sehari dua datang kerja. Terutamanya graduan baru.

Kenapa? Persoalan ni lah yang menjadi bualan kami staff2 sedia ada.

mutiara kata

“I’m juz wondering.. Why nowadays new staff are so arrogant and rude.. I feel erghh each time see their terrible attitudes towards the senior staff..”

Antara rungutan dari staff (copy dari FB beliau).

Graduan Baru Terlebih Manja

Kesimpulan yang kami buat, kebanyakan graduan baru sekarang ni manja. Bukan manja biasa, tapi manja tak boleh buat kerja penat sikit.

Kerja susah sikit mula la tak senang duduk. Last2 ambik keputusan berhenti kerja. Dah la nak berhenti pun dengan cara tak berhemah, main blah macam tu je. Takde apa-apa notis.

Time mintak kerja bukan main ayat manis, mulut manis, semua yang manis-manis la. Bila tanya, cakap “semua boleh“. Tapi bila dah dapat kerja, suruh buat kerja sikit dah tak tahan.

Tak profesional langsung. Attitude entah pape.

graduan baru manja

Kalau pun ada yang stay lama sikit hal lain pulak jadi. Kaki bodek la pulak. Berlagak lebih sebab jawatan dia lebih tinggi.

Helooo.. You jadi macam tu pun sebab senior yang ajar tau. Jangan nak berlagak sangat, tak sesuai..

Tak hormat langsung dengan senior. Bukan nak suruh sembah sujud, sekadar respect orang lama.

Lagi, sesetengah tu takde inisiatif nak belajar sendiri. Nak kena orang suruh baru nak buat. Kadang-kadang tu orang nak ajar pun tak nak, lagi kan nak dengar diorang bertanya. Dia dah pandai sangat kot.

Kenapa semua ni berlaku? Mungkin sebab…

  • Tak serius nak kerja.
    Diorang cari kerja sebab diorang dah habis belajar dan perlu cari kerja. Tak kan dok menganggur je. Nanti apa pulak orang kata.
     
  • Tak suka kerja susah.
    Nak kerja senang, relax-relax je. Kerja apa tak penat dik ooi.. Semua kerja ada bahagian susah nye.
     
  • Kerja sebab nak isi masa lapang.
    Mak bapak dah kaya, tak risau pasal duit. Sebab tu kerja main-main je.
     
  • Tak pernah susah.
    Kerja mencabar sikit memang tak sesuai la dengan diorang.
     
  • Memilih kerja.
    Demand gaji nak tinggi tapi buat kerja sikit dah merungut. Belajar je tinggi tapi kualiti kerja takde.
     

Tapi yang hairannya, mereka yang macam ni senang betul dapat kerja. Yang betul-betul nak kerja susah pulak nak dapat.

Sebab tu bila dah dapat kerja diorang stay lama dengan satu-satu kerja tu selagi takde apa-apa masalah serius. Buat kerja pun sungguh-sungguh sebab fikir nak cari rezeki untuk diri sendiri, untuk family.

need a job

Okey, tak cakap semua graduan baru manja macam ni. Ada juga graduan baru yang betul-betul nak kerja.

Tapi kebanyakannya macam ni la. Manja lebih. Ni just kesimpulan yang kami dapat hasil dari kejadian yang berlaku kat tempat kerja Sue sekarang ni. Dan mungkin hanya terjadi dalam company ni je.

Maybe staff company korang, office mate korang baik-baik aje kan?

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan, fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Renung-renungkan…

Leave a Comment