Hak Kita Sebagai Pengguna Yang Bijak

Hak Kita Sebagai Pengguna Yang Bijak

Hak pengguna ialah satu bentuk peraturan yang dibuat oleh kerajaan bagi melindungi hak serta kepentingan para pengguna.

Sebagai contoh, para penjual diwajibkan memaparkan tanda harga sebagai tanda pemberitahuan kepada pengguna.

Tapi ada sesetengah penjual yang mungkin berniat untuk perdayakan kita sebagai pengguna dengan memaparkan tanda harga yang salah atau demi mendapatkan keuntungan.

Jadi Pengguna Yang Bijak

Petang semalam, Sue pergi ke Tesco untuk beli earphone. Tapi sedikit kekeliruan berlaku lepas Sue pergi bayar kat kaunter. Harga yang Sue bayar tak sama dengan tanda harga yang tertera kat rak bahagian earphone tu.

Tanda harga tunjuk murah je tapi bila bayar jadi mahal pulak.

So, time tu Sue guna la hak sebagai pengguna. Explain dan tunjuk kat staff yang kerja kat situ. Tak puas hati la kan sebab kena bayar lebih.

Lepas dah lapor kat pihak yang bertanggungjawab kat Tesco tu, rupanya tanda harga yang ada kat situ tak dikemaskini. Sue ingat nak pulangkan balik la earphone tu sebab harga mahal daripada apa yang Sue tengok.

Tapi, pihak Tesco dengan baik hatinya bagi balik baki yang terlebih bayar. Nilai baki tu diorang siap bagi DOUBLE! Earphone tu pulak Sue boleh bawak balik.

Terima kasih Tesco walaupun kena tunggu lama tadi. Berbaloi jugak la tunggu lama. Hehe..

8 Hak Sebagai Seorang Pengguna

Terdapat 8 hak asasi pengguna yang telah diterima secara global dan diambil kira ketika undang-undang yang berkaitan dengan pengguna digubal, dipinda atau dikaji semula.

8 hak pengguna tersebut ialah:

1. Hak Untuk Barangan & Perkhidmatan Yang Selamat

Hak untuk dilindungi daripada barangan yang dipasarkan atau bekalan perkhidmatan yang membahayakan kesihatan dan kehidupan pengguna.

2. Hak Untuk Mendapatkan Maklumat

Hak untuk dilindungi daripada iklan atu label yang mengelirukan, tidak jujur atau menyeleweng dan hak untuk mendapatkan fakta dan maklumat yang diperlukan untuk membuat pilihan yang tepat.

3. Hak Untuk Membuat Pilihan

Hak untuk membuat pilihan barangan dan perkhidmatan dengan harga perpatutan dan jaminan kualiti yang memuaskan.

4. Hak Untuk Bersuara (Pandangan)

Pengguna berhak untuk menyuarakan pendapat secara individu atau berwakil supaya suara mereka didengari dan diambil kira dalam penggubalan dasar kerajaan.

Pengguna juga berhak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati jika mendapat barangan yang tidak bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.

5. Hak Untuk Keperluan Asas

Hak untuk mendapatkan keperluan dan perkhidmatan asas yang mencukupi seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan sanitasi.

6. Hak Untuk Dapatkan Ganti Rugi (Pampasan)

Hak untuk mendapatkan ganti rugi bagi gambaran yang tidak benar, barangan berkualiti rendah atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.

7. Hak Untuk Pendidikan Kepenggunaan

Hak untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan di dalam hal-hal kepenggunaan supaya menjadi pengguna yang berilmu dan bermaklumat.

8. Hak Untuk Hidup Dalam Persekitaran Yang Sihat dan Selamat

Hak untuk hidup dan bekerja dalam persekitaran yang segar, tidak mengancam ataupun bahaya serta membolehkan hidup penuh dengan keselamatan dan keselesaan.


Sue harap takde sesiapa yang terkena macam yang Sue kena semalam. Bukan niat nak memburukkan nama Tesco, tapi sekadar untuk dijadikan pedoman kepada semua.

Tanda harga yang salah tu mungkin sebab staf Tesco terlupa nak tukar. Lain kali kena lah fokus sikit time buat kerja. Tak boleh cuai sebab kecuaian akan menyusahkan banyak pihak.

Walau apa pun, Tesco tetap menjadi tempat tumpuan Sue kalau nak beli barang-barang dapur ke, barang bilik mandi ke, apa-apa ke. Jangan lupa jugak, sebelum beredar sila check dulu resit pembelian takut ada apa-apa kesilapan teknikal.

Credit: Smart Consumer

4 Comments

  1. kdg2 terjadi gak kt giant.. brg krperluan lak tu, mmg g customer service la.. ye la, kita beli selain keperluan, kita tgk gak harga kan.. kalau tak, tertipu la kita.. tima ksih atas perkongsian ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *