Ikan Terubok Masin Sarawak

Setiap kali dapat tahu ada kawan-kawan nak balik atau pergi bercuti di Sarawak benda pertama yang terlintas difikiran Sue adalah ikan terubok masin. Mesti akan order dengan diorang ikan ni bukan kek lapis Sarawak yang terkenal tu. hehe

Pertama kali makan ikan terubok Sue dah jatuh hati dengan rasanya. Walaupun banyak tulang yang perlu diasingkan sebelum dapat makan isinya, tapi tu semua bukan penghalang untuk Sue terus menyukai ikan ni. Sedap yang amat bak hang. hihi

Kalau kat Semenanjung Malaysia, ikan terubok sangat mahal harganya. Seekor je dah cecah 7, 8 ringgit. Dah la yang dah tak segar. Kalau yang masih segar, fresh dari laut mau bleh cecah 10 ringgit seekor agaknya.

Tak pasti la pulak ikan terubok yang masih segar berapa harganya sebab biasa tengok kat pasar raya memang yang dah tak segar. Jarang la jumpa ikan ni yang masih segar.

terubok masin kubah ria sitok sarawak

Harga Ikan Terubok Masin Sarawak

Di Sarawak harga ikan ni jauh lebih murah sebab mengikut apa yang pernah diberitahu kepada Sue, kawasan sana dekat dengan laut dan ikan terubok sangat banyak dalam lautnya. Memang senang nak dapat sebab tu harganya murah.

Kalau pergi Medan Niaga Satok kat Kubah Ria korang akan dapat lihat terlalu ramai peniaga yang menjual ikan ni. Persaingan nak dapatkan pelanggan juga punca harga ikan ni murah.

Sebab tu korang kalau nak beli ikan ni kat sana perlu survey dulu harga setiap gerai, barulah korang dapat beli ikan ni dengan harga yang terbaik.

Kat sana korang boleh dapat ikan terubok segar atau yang dah diperap dengan garam iaitu ikan terubok masin.

Sue suka ikan terubok masin sebab senang nak masak. Just potong kecik (tak nak potong pun boleh) lepas tu dah boleh terus goreng tak perlu siang dah sebab dah siap proses.

Dah siap goreng makan dengan nasi putih panas-panas memang sangat membuka selera. Tapi yang fresh sudah tentulah lebih sedap rasanya.

Disebabkan ikan ni perlu naik flight untuk sampai ke tangan maka Sue beli yang sudah di masinkan, tahan lama skit. Beli yang fresh kang sampai-sampai dah tak fresh.

ikan terubok masin

Terima kasih kepada kawan ofis Sue, Ann yang balik bercuti di kampungnya, Sarawak dua minggu lepas sebab tolong belikan ikan terubok masin ni untuk Sue. Dapat la makan ikan ni. nyum.. nyumm.. Tak sabar nak makan.

Kirim RM30 dapat 9 ekor ikan sederhana besar. Berbaloi sangat dari beli kat KL ni yang entah bleh dapat berapa ekor je dengan harga tu

Nak masak apa lagi ek ikan terubok masin selain goreng? Kalau korang ada resepi lain yang guna ikan ni bleh la share ngan Sue. Boring gak makan menu sama je nak habiskan 9 ekor tu.

Leave a Comment