Jalan-Jalan di MAHA International 2012

Hari Selasa lepas encik suami ajak Sue pergi jalan-jalan ke MAHA International 2012. Sue tanya encik suami MAHA tu benda apa sebab Sue tak tahu. Hehe.

MAHA International 2012

Rupanya MAHA tu pameran pertanian. Sue pun fikir mesti ada banyak buah-buahan, sayur-sayuran. Encik suami pulak beriya ajak Sue pergi katanya nak beli buah durian kat sana.

Bila dengar buah durian je Sue teringat durian encik suami bawa balik hari tu. Sedap sangat sangat!

Lokasi MAHA International

Dalam perjalanan ke sana kitorang bersesat-sesat dulu sebab tak berapa ingat jalan nak ke sana. GPS dalam phone pun tak membantu langsung. Sebab dia lah kitorang sesat. Huh!

Tapi akhirnya dapat jugak sampai ke lokasi MAHA International 2012 yang bertempat di Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Parking kereta kena bayar RM3 sekali masuk. Memang diorang buat duit banyak betul sebab jumlah kereta yang datang pun banyaaakkk sangat! Sampai kitorang nak parking kereta pun susah.

Nasib baik orang jaga tempat parking tu bagitau kat mana tempat yang ada parking kosong bila encik suami tanya.

Khemah gerai MAHA International 2012

Gerai Jualan di MAHA International 2012

Ada banyak sangat gerai jualan dibuka kat MAHA International 2012.

Masa tengah jalan naik bukit nak ke dewan pameran, boleh nampak ramai giler orang yang datang hari tu. Dari atas bukit tu Sue dah boleh nampak ada banyak buah kat khemah di bahagian bawah.

Sue dan encik suami pun masuk dalam dewan dulu yang ada pameran produk-produk pertanian, perikanan, dan lain-lain lagi.

Tengok-tengok kat situ dulu. Lepas tu baru nak pergi cari buah-buahan.

MAHA 2012 Pameran Pertanian

Buah nangka besar di MAHA 2012

Takda kerja ambil gambar sebelah buah nangka. Haha. Tapi besar betul buah nangka tu. Bau dia pun sedap. Rasa nak makan je buah nangka tu.

Dalam dewan yang kitorang masuk takda apa-apa benda yang menarik sangat. Kitorang pusing-pusing je dalam tu. Lepas dah boring kat situ, baru keluar nak pergi beli buah.

Tapi yang tak bestnya bila keluar je dari dewan tu hujan turun dengan lebat selebat lebatnya. Terus hilang mood nak jalan-jalan kat situ.

Tengok jam, dah lewat. Kitorang pun buka payung redah jela hujan tu. Habis ‘basah jeruk‘ sebab hujan lebat sangat.

Disebabkan hujan lebat, sempat pergi berteduh sekejap kat bawah khemah besar tempat jual buah-buahan yang sangat sedap. Ada buah durian, buah manggis, rambutan, melon apollo, pisang, dan macam-macam jenis buah lagi.

Kitorang beli buah rambutan dan Melon Apollo. Tak pernah makan lagi buah melon apollo. Bila try makan sikit, sedap pulak. Terus beli jela. Sebiji RM3.

Buah Rambutan dan Melon Apollo MAHA 2012
Buah Rambutan dan Melon Apollo yang dibeli di MAHA International 2012

Dekat bahagian durian, ramai yang terus makan durian kat situ je. Hujan-hujan memang sedap la makan durian. Kitorang tak sempat beli durian sebab ramai sangat orang.

Lagipun dengan baju seluar basah kena hujan jadi rasa tak selesa pulak nak bersantai-santai kat situ. Kitorang pun redah hujan slow2 pergi ke kereta. Dah tak best nak jalan-jalan sebab hujan lebat sangat.

Lagipun masuk waktu Maghrib dah time tu. Lebih baik balik rumah jela.

Peta kawasan MAHA 2012

Walaupun ada banyak lagi orang kata tempat-tempat menarik yang ada di MAHA International 2012 tu, tapi dengan cuaca yang mendung dan hujan lebat je sekarang ni Sue rasa tak berapa best dah nak pergi.

Kalau pergi waktu pagi mungkin ada banyak sikit masa nak berjalan-jalan kat situ. Lagipun waktu pagi tak hujan.

Tapi masalahnya waktu pagi kena pergi kerja. Pagi hari cuti pulak rasanya lebih sedap tidur… zzzzzzZZZZZZ!

Leave a Reply