Sagitaurus.com

Blog Peribadi Suraya, Bukan Blog Zodiak

  • Home
  • Penulis
  • Hubungi


You are here: Home » Santai » Jalan-Jalan Rantau Panjang Zon Bebas Cukai

Jalan-Jalan Rantau Panjang Zon Bebas Cukai

Ditulis oleh Suraya CMZ pada 11/02/2013 6 Comments

Share on Twitter Share on Facebook Share on WhatsApp

Jalan-jalan Rantau Panjang zon bebas cukai

Cuti Tahun Baru Cina kali ni, Sue dan encik suami balik bercuti di kampung Sue kat Pasir Mas, Kelantan. Dalam entri ni nak kongsi cerita kami pergi jalan-jalan di Rantau Panjang Zon Bebas Cukai.

Cuti 4 hari baru boleh balik Kelantan. Sempat la nak hilangkan penat sebab perjalanan yang jauh. Ambil masa 8 jam jugak la nak sampai kampung kalau trafik lancar.

Kalau setakat cuti 2-3 hari tak berapa sesuai kot nak balik sebab tak sempat hilang penat lagi dah kena drive balik KL semula. Kesian driver.

Tapi kalau balik dengan bas atau kapal terbang ke, tak kisah sangat walaupun cuti sekejap. Dan kalau driver tak kisah nak berpenat lelah lama-lama dalam kereta pun boleh aje nak balik kampung tiap-tiap minggu. Hehe 😛

Hari pertama, ke-2 macam-macam aktiviti kitorang buat. Ye la dah lama tak balik kampung kan..

Tapi bila masuk hari ke-3 encik suami dah mula rasa boring sangat. Tak tahu nak buat apa kata nya. Dia pun ajak la Sue keluar jalan-jalan. Sue apa lagi, ikut jela. Memang suka jalan-jalan pun. Heee.

Mula tu rancang nak pergi Kota Bharu, tapi dengar orang cakap jalan nak ke Kota Bharu tengah jem teruk. Terpaksa lah cancel rancangan tu.

Pergi Rantau Panjang Zon Bebas Cukai

Tapi dengan tak dirancang, kitorang akhirnya bergerak menuju ke Rantau Panjang, dengan harapan jalan tak jem sangat macam nak ke Kota Bharu.

Lagi pun dekat sikit dengan rumah. Boleh jugak window shopping kat sana sebab barang kat sana pun agak murah jugak la berbanding dengan tempat-tempat lain.

Zon Bebas Cukai la katakan..

signage selamat datang rantau panjang zon bebas cukai

On the way ke Rantau Panjang, jalan raya jem sikit sebab ramai orang yang balik bercuti nak pergi shopping kat sana.

Dalam kereta Sue sempat ambik-ambik gambar guna phone suami (mega pixel phone dia tinggi sikit) sambil tunggu kereta bergerak sikit demi sikit sebab jalan jem.

pintu masuk rantau panjang

Paling lama tersangkut dalam jem semasa di pintu masuk ke Rantau Panjang zon bebas cukai. Jalan tengah sesak pun ada juga kereta yang nak memotong walaupun dah rapat gila dengan kereta-kereta lain.

Tu antara sebab jalan boleh jadi jem tu. Menyakitkan hati betul lah.

zon bebas cukai

Hampir sejam tersangkut dalam jem dan akhirnya dapat jugak kitorang masuk ke Rantau Panjang Zon Bebas Cukai tu. Cuma, satu hal pulak nak mencari tempat parking kereta. Semua tempat parking kereta dah penuh! Ramai sangat orang.

Tapi nasib baik tengah pusing-pusing cari tempat letak kereta kosong, kitorang nampak ada sebuah kereta nak keluar dari parking.

Kitorang pun apa lagi, pergi tunggu siap-siap kat situ. Bila kereta tu dah keluar, kitorang terus masuk parking tu. Rasa lega sebab tak payah berpenat pusing banyak kali semata-mata nak cari parking.

Turun dari kereta ternampak ada orang jual aiskrim. Terus beli 2 aiskrim, makan sambil jalan-jalan tengok barang-barang yang ada dijual kat situ.

Setiap kali Sue datang sini memang tak sah kalau tak beli aiskrim ni. Suka sangat sebab dalamnya ada roti warna warni dan kacang. Syok je kunyah.

Harga cuma RM2. Dulu RM1.50 je. Dah naik harga rupanya.

aiskrim rantau panjang

Tak sempat dan terlupa dah nak ambil gambar kedai-kedai di Rantau Panjang ni sebab tengah syok makan aiskrim dan dah rambang mata tengok barang-barang yang dijual kat situ. Hehe..

Akhirnya, 2 biji bantal gambar Yaya (watak dalam Boboi Boy tu) dan gambar Strawberry menjadi pilihan Sue. Bantal tu nak letak dalam kereta.

En. suami pulak pilih patung Domo yang ternganga mulut tu. Comel tu comel la, tapi penat kot tengok dia dok ternganga macam tu. Haha.

bantal domo sagitaurus

Penat-penat redah trafik jem, itu aje yang kitorang beli? Hehe.. Ok la, dah namanya lagi jalan-jalan, window shopping kan.

Harga satu bantal RM10 sahaja. Harga Domo tu pulak RM20 setelah mintak diskaun. Ok la kan harga dia?

So, sekarang ni kereta kitorang dah ada bantal. Takde la kosong sangat. Bila naik kereta boleh peluk-peluk suami bantal tu. 😀

Share on Twitter Share on Facebook Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan:

  • Jalan-Jalan di MAHA International 2012
  • Kereta Bayi
  • Bercuti di Kampung Mertua
  • Berkelah di Hari Raya


Filed Under: Santai Tagged With: bantal murah, bantal strawberry, bantal yaya boboi boy, barang murah di kelantan, beli belah, destinasi shopping, jalan-jalan, kaki shopping, patung domo, rantau panjang, tahun baru cina, tempat tumpuan pelancong, zon bebas cukai

Tentang Penulis

Seorang pereka grafik di sebuah institusi pendidikan, suka luangkan masa di Facebook dan Instagram. Anda suka artikel ini? Boleh tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini.

Previous article:
Cubaan Kempiskan Perut – Wordless Wednesday
Next article:
Kesan Right Brain Stimulation

6 Comments

  1. Kaki Kencing says

    17/02/2013 at 7:29 PM

    tergugat iman tgk ais krim tu..
    nk sikit…

    Reply
    • Suraya says

      18/02/2013 at 11:06 AM

      @Kaki Kencing, dah habis.. lambat sangat mintak nye.. :whistle:

      Reply
  2. Anarm says

    15/02/2013 at 12:25 AM

    Domo comel.. Sedap peluk2 Domo sambil bawak kereta.. Hehe..

    Reply
    • Suraya says

      15/02/2013 at 12:30 AM

      @Anarm, yo lah.. jangan sebabkan ilang kosentrasi nak memandu udah le.. :blink:

      Reply
  3. Katak Comel says

    14/02/2013 at 11:48 PM

    da lme x g cne..
    rndu la

    Reply
    • Suraya says

      15/02/2013 at 12:29 AM

      @Katak Comel, kalau nak pegi elok gi time bukan musim cuti.. tak perlu la nak bersesak2 kat jalan raya ngan kat sane.. nak membeli pun selesa skit, tak ramai orang, barang pun tak naik harga dari hari biasa.

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Buka Akaun Wahed Invest, Pelaburan Digital Patuh Syariah
  • Slow Juicer Untuk Buat Jus Dengan Mudah
  • Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Farewell Party Rakan Sekerja @ Mozer’s Subang Parade
  • Beli Barang Harga Murah di Chilindo

Komen Terkini

  • nik on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Nik on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • faizah on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Sue Teong on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Suraya CMZ on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Copyright © 2021 – Sagitaurus.com
Privacy Policy • Design by Anarm Network ♥