Jom Solat Tarawih

Bila dah masuk bulan ramadhan atau nama biasa orang panggil bulan puasa, kita sebagai umat Islam kena la berpuasa ye tak? Tak puasa bleh jadi kes besar klu direport kat Jabatan Agama Islam.. mau bleh masuk lokap.. korang nak camtu? eee.. mintak jauh la ye..

so korang kena la puasa klu tak nak kena angkut ngan diorang sebab kantoi tak puasa.. malu eh.. besar-besar pun tak puasa lagi..

Bagi kaum hawa, jangan bagi alasan period sebab tak nak puasa, kang tak pasal-pasal Tuhan balas korang period lama tak henti-henti.. sape susah.. korang gak yang susah kan.. so, jangan.. jangan.. jangan wat camtu ye..

Yang laki plak jangan suka ponteng puasa.. korang ada keistimewaan bleh puasa penuh sbulan tp tak nak puasa penuh gak.. ape kes.. ntah ganti balik ke idak.. ish! ish! ish!..

korang tak camtu kan.. bagus-bagus.. pembaca blog sue sume tak camtu kan.. kan..?

Bila namanya bulan puasa, amalan lain yang kita disarankan wat ialah Solat Tarawih.. Korang slalu gi tak? best kan.. ramai-ramai gi jemaah kat masjid.. pastu ada makan-makan lagi.. hehe..

tapi sue tak penah pun makan, siap je solat tarawih trus balik umah.. kenyang lagi makan time berbuka tadi..

Selain best yang sue bagitau tadi, solat Tarawih ni ada banyak kelebihannya. Dari malam pertama hinggalah malam terakhir, banyak pahala yang bleh kita kumpul.

Jom kita gi solat tarawih pastu amik ganjaran yang telah dijanjikan oleh Nya tu. Korang bleh tengok dan baca apa yang akan kita dapat jika wat solat tarawih.

Sama-samalah kita berebut untuk mendapatkannya.. InsyaAllah.

Update:

Kelebihan Solat Terawih‘ ni merupakan hadis palsu! Sila berhati-hati.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

  • Kelebihan Malam Pertama
    Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
  • Kelebihan Malam Ke-2
    Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
  • Kelebihan Malam Ke-3
    Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
  • Kelebihan Malam Ke-4
    Akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  • Kelebihan Malam Ke-5
    Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
  • Kelebihan Malam Ke-6
    Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
  • Kelebihan Malam Ke-7
    Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
  • Kelebihan Malam Ke-8
    Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
  • Kelebihan Malam Ke-9
    Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
  • Kelebihan Malam Ke-10
    Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
  • Kelebihan Malam Ke-11
    Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
  • Kelebihan Malam Ke-12
    Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
  • Kelebihan Malam Ke-13
    Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
  • Kelebihan Malam Ke-14
    Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
  • Kelebihan Malam Ke-15
    Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
  • Kelebihan Malam Ke-16
    Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
  • Kelebihan Malam Ke-17
    Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
  • Kelebihan Malam Ke-18
    Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
  • Kelebihan Malam Ke-19
    Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
  • Kelebihan Malam Ke-20
    Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
  • Kelebihan Malam Ke-21
    Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
  • Kelebihan Malam Ke-22
    Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
  • Kelebihan Malam Ke-23
    Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
  • Kelebihan Malam Ke-24
    Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
  • Kelebihan Malam Ke-25
    Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
  • Kelebihan Malam Ke-26
    Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
  • Kelebihan Malam Ke-27
    Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
  • Kelebihan Malam Ke-28
    Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
  • Kelebihan Malam Ke-29
    Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
  • Kelebihan Malam ke-30
    Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Walaupun solat tarawih ni sunat je dibuat tapi banyak kelebihannya.. lagi pun skali stahun je kita dapat wat ni.. rugi klu tak amik peluang ni..

lepas-lepas ni entah sempat ke tidak kita turut serta solat tarawih berjemaah. So, jangan lepaskan peluang untuk melakukannya.

17 Comments

  1. Tarawih ni la umpama pelengkap kepada puasa.
    Walaupun sunat tapi ganjarannya mmg kalau manusia
    nampak pahala tu takkkan miss solat ni walaupun satu malam 🙂

    • @x-po: yupp, btol tu.. jom kita pakat ramai2 meriahkan masjid di mlm2 akhir ramadhan.. ni x, mlm2 akhir la org kurang kt masjid.. siap bleh lari2 dlm tu sbb xramai org.. huhu.. :oups:

  2. salam sue..

    selamat berpuasa..

    sue, sy xleh bayangkan sue kat tepi tp klu bayangkan sue kat belakang kat area pompuan tu boleh le… 😉

    • @fairuz: wasalam fairus..

      Salam ramadhan gak utk kamu..

      hehe.. klu yg laki tu bayang la sue ada kt blkang.. sue ni pompuuan, bkn laki, mane bleh dok sblah2.. bukan muhrim.. haram.. 🙂

  3. 😉 eh erm bkn ke ni adalah dari hadis palsu. erm tp tu la. sbenarnye mmg tarawikh byk kelebihan dier. cume kalu org rujuk kelebihan yg ni, nnt org pilih2 pulak hari nak pegi.

    • @Lolo: ye ek.. google psl ni jmpa yg ni.. tu yg amik.. klu ada tersalah maklumat hrp di maafkan la ye.. :8

      mmg bnyk kelebihan solat tarawih ni, ni antara yg tersenarai..

      ada ek yg plih2 hari.. mcm xikhlas je, wat yg mane nk je.. sue rasa sume ari besar kelebihannya.. :love:

    • @naz: Tahniah2 sbb mempunyai azam yg sgtlah diidam2kan sume org.. moga kamu dpt melakukannye ngan baik.. InsyaAllah..

      Selamat berpuasa gak utk Naz.. xyah ber cik cik ngn saya, panggil je sue.. lebih mesra, tak gtu.. 😀

  4. Malam pertama penuh masjid solat terawih, tapi kebiasaan nye akan susut bila di penghujung ramadhan.

    Moga-moga kita akan kekal sampai penghabis ramadhan.

    • @Tilmiz: stuju sgt ngn statment ni.. smlm sue g smpai smpai kluar msjid org solat, dok kt beranda.. pnye la ramai.. tgh2 bln lg dh tggl brapa kerat je yg g tarawih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *