Sagitaurus.com

Blog Peribadi Suraya, Bukan Blog Zodiak

  • Home
  • Penulis
  • Hubungi


You are here: Home » Informasi » Kenali Lelaki Melalui Warna

Kenali Lelaki Melalui Warna

Ditulis oleh Suraya CMZ pada 21/01/2011 24 Comments

Share on Twitter Share on Facebook Share on WhatsApp

Kenali Lelaki Melalui Warna

Semulajadinya lelaki melindungi. Semulajadinya lelaki boleh diharap. Semulajadinya lelaki makhluk yang membahagiakan. Jika ada yang terkalih kadang-kadang bukan dengan sengaja dia ingin berbuat begitu.

Kadang-kadang dia dirangsang untuk berbuat tidak senonoh kepada wanita oleh kerana sikap-sikap wanita itu sendiri, yang kadang-kadang tidak mahu memahami perasaannya. Kadang-kadang dia tewas oleh godaan demi godaan yang tidak pernah padam daripada wanita di luar sana.

Oleh itu, bukanlah salah dia 100% seandainya dia tersilap langkah. Sikap anda sendiri mungkin menyumbang, dan sikap wanita-wanita ‘gatal’ di luar sana juga turut menyumbang. Jangan salahkan lelaki sahaja, tetapi salahkan juga wanita-wanita yang buta hati hingga sanggup merampas dia daripada anda.

Jom kenali rahsia lelaki melalui warna kegemaran mereka. Harus diingat, ini sekadar panduan, jangan percaya sangat. Kalau betul tu kebetulan, kalau salah tu memang wajar sebab kita manusia, hanya mampu meramal tetapi Allah yang sebenar-benarnya maha mengetahui.

ISI KANDUNGAN hide
1 Lelaki dan Warna
1.1 Ungu
1.2 Biru Tua
1.3 Merah
1.4 Hijau
1.5 Kuning
1.6 Hitam
1.7 Coklat
1.8 Putih

Lelaki dan Warna

Ungu

Dia seorang yang kuat memburu kejayaan. Pemikirannya lebih banyak positif daripada negatif. Oleh itu jangan terlalu curiga kalau dia berjauhan dengan anda. Mindanya lebih banyak untuk kecemerlangan daripada kegatalan.

Biru Tua

Dia seorang yang rajin dan amat berdedikasi. Rangsanglah dia untuk cemerlang dalam kerjayanya. Terlampau mencurigainya akan membuatkan dia bosan dan marah.

Merah

Dia seorang yang berani, bersemangat dan tidak ada istilah gagal dalam hidupnya. Usah dicabar emosinya, nanti dia berani berbuat sesuatu yang tidak terduga oleh anda.

Hijau

Dia seorang yang tenang dan tidak banyak kerenah. Namun dia seorang yang kuat cemburu tetapi romantik serta baik hati. Dia juga gagal mengawal perasaannya jika terlalu kerap digoda. Usah cepat mencurigainya. Kadang-kadang dia hanya suka-suka tetapi hatinya tetap pada anda.

Kuning

Dia seorang yang ceria. Dia sentiasa berbaik sangka dan tidak suka bergaduh. Jangan buatkan dia marah sebab jika dia marah rasa cintanya turut pergi. Anda perlu tahan hati dan perasaan ketika berurusan dengannya kerana sikap cerianya itu mengundang cinta di hati orang lain.

Hitam

Dia seorang yang amat protokol, tetapi emosional dan mudah menangis. Dia tidak suka dicurigai kerana biasanya dia seorang yang jujur.

Coklat

Dia seorang yang matang dan bertanggungjawab.

Putih

Dia seorang yang amanah. Tak usah menyakitkan hatinya selalu kerana semulajadinya dia seorang yang boleh diharap dan penyayang.
 

Kepada jejaka-jejaka yang tengah baca entri ni, apa warna kesukaan korang? Kena tak dengan personaliti korang sekarang? Yang awek-awek, bakal-bakal isteri atau si isteri-isteri tu pulak, elok ambil tahu apa warna kesukaan si dia. Manalah tahu ramalan ni serba sedikit ada kena mengena dengan peribadi si dia, bolehlah ambil tindakan yang sewajarnya. Hehe.

My hubby suka hijau. Ada kena mengena la jugak kajian tu dengan my hubby. Hehe. Tapi apa-apa pun yang terjadi Sue tetap cinta, sayang dia sampai bila-bila.. 😀

Share on Twitter Share on Facebook Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan:

  • Hati Seorang Wanita
  • Personaliti Lelaki Berdasarkan Zodiak
  • Bila Lelaki Jatuh Cinta
  • Diari Seorang Lelaki


Filed Under: Informasi Tagged With: Fungsi Warna dalam Kehidupan, Lelaki dan Warna, Panduan Pasangan Bercinta, personaliti lelaki, Rahsia Lelaki

Tentang Penulis

Seorang pereka grafik di sebuah institusi pendidikan, suka luangkan masa di Facebook dan Instagram. Anda suka artikel ini? Boleh tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini.

Previous article:
Bercinta tu best ke?
Next article:
Kuiz Kenali Diri : Siapa Aku?

24 Comments

  1. Mohamed Noor bin Othman says

    04/04/2013 at 9:59 AM

    Asalamualaikum..
    Saya dari Bahagian Buku Teks, KPM dan pihak bahagian akan mengadakan kursus pendek (4hari 3 malam) yang dijangkakan pada pertengahan 2013. Kursus ini menumpukan sasarannya kepada bakal penilai buku teks KSSR dari aspek teknikal penerbitan yang menjurus kepada bahan grafik, reka bentuk dan reka letak. Keutamaan kepada pendidik seni visual yang telah berkhidmat lebih dari 4 tahun. Kursus adalah percuma. Disediakan penginapan, makan minum dan tuntutan perjalanan. Sekiranya berminat, tolong war-warkan dan hubungi saya (H/P: 017-4709 390 atau 03-8884 4430)

    Reply
    • Suraya says

      05/04/2013 at 2:13 PM

      @Mohamed Noor bin Othman, Waalaikumussalam..
      wow.. macam menarik je.. tapi saya bukan pendidik seni visual, just pereka grafik biasa2 je.. still boleh join skali ke? Siapa lagi yang boleh join kursus ni?
      Tak berapa paham sangat pasal kursus tu.

      Reply
  2. Adol says

    22/06/2011 at 8:19 PM

    saya suka wana biru.. uhuhu nak share maklumat nie kat blog saya boleh… thanks…

    Reply
  3. titan says

    14/04/2011 at 8:43 PM

    kalau warna pink camana plak.. :wub:

    Reply
  4. akubiomed says

    06/02/2011 at 11:01 PM

    Ingatkan warna biru melambangkan pecinta wanita 🙂

    Reply
    • Suraya says

      07/02/2011 at 10:00 AM

      @akubiomed: hehe.. mesti awk ni seorang pencinta wanita kn? :tongue:

      Reply
  5. TNSkY says

    26/01/2011 at 11:22 PM

    hee..SkY suka hitam..suka menangis? errr..betul ke? ahahaa..merah pun my fav jugak..hanya dua warna 🙂

    Reply
    • Suraya says

      01/02/2011 at 4:19 PM

      @TNSkY: ahahahaa.. hanya tuan badan yg tau jawapanye.. suka menangis klu senang dipujuk xpe, no hal lah, manja orang cakap.. eheheee

      Reply
  6. Finalcross says

    25/01/2011 at 5:43 PM

    Kete sy warna ungu. Jadi sy suke ungu. kpd si DIA, sah2 sy pemburu kejayaan,bkn berniat utk berjauhan. hehe

    Reply
    • Suraya says

      26/01/2011 at 2:45 PM

      @Finalcross: haha.. bukan pemburu ‘kegatalan’ ek.. :tongue:
      pape pun, janji setia ye tak? hehe

      Reply
  7. kerja sambilan says

    22/01/2011 at 6:06 PM

    Saya suka warna biru…

    Reply
  8. ChuyRy says

    22/01/2011 at 8:12 AM

    saya suka warna hitam..errkkk..tp macam betul..hahaha :whistle:

    Reply
    • Suraya says

      22/01/2011 at 3:09 PM

      @ChuyRy, diri sendiri mesti la tau perangai sendiri kan.. huhu

      Reply
  9. suffer8zine says

    22/01/2011 at 7:27 AM

    uikkkk serius ke ni 😛

    Terkini : Pakwe Durjana Bakar Makwe

    Reply
    • Suraya says

      26/01/2011 at 2:47 PM

      @suffer8zine: ni hanya kajian mereka yang pakar.. berkaitan ke tidak tu hanya diri sendiri yang tahu perangai masing2 kan..

      no komen… haha 😎

      Reply
      • suffer8zine says

        28/01/2011 at 8:02 AM

        @Suraya,
        tapi mungkin ada benarnya juga kan

        Terkini : Trend Gigi Bercahaya di Jepun

        Reply
  10. annadzirah says

    21/01/2011 at 10:48 PM

    putih putih!.
    nasib baik… :biggrin:

    Reply
    • Suraya says

      22/01/2011 at 3:08 PM

      @annadzirah, kenape nasib baik? hehe.. :tongue:

      Reply
  11. Anarm says

    21/01/2011 at 9:51 PM

    saya suke warna hijau.. :tongue:

    Reply
    • Suraya says

      22/01/2011 at 3:07 PM

      @Anarm, tau daahh.. hehe

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Buka Akaun Wahed Invest, Pelaburan Digital Patuh Syariah
  • Slow Juicer Untuk Buat Jus Dengan Mudah
  • Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Farewell Party Rakan Sekerja @ Mozer’s Subang Parade
  • Beli Barang Harga Murah di Chilindo

Komen Terkini

  • nik on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Nik on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • faizah on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Sue Teong on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Suraya CMZ on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Copyright © 2021 – Sagitaurus.com
Privacy Policy • Design by Anarm Network ♥