Kenangan Bersama Ukays

Tajuk entri macam gempak je. Bila dengar camtu jangan salah faham pulak ye. Sue tak pernah pun join kumpulan Ukays. Kenal rapat pun tak.. Sekadar meminati lagu-lagunya sahaja.

kumpulan UkaysTapi bila sebut je kumpulan Ukays, tiba-tiba je teringat zaman dulu-dulu, zaman 90-an.. time ni Sue kecik-kecik lagi. Masa tu Sue selalu dengar lagu-lagu diorang.

Disebabkan terover limit mendengarnya maka TERsukalah Sue dengan lagu-lagu diorang.

First lirik lagu yang Sue dapat hafal dalam sejarah permulaan hidup sue lagu kumpulan Ukays ni lah.. time ni sue baru je nak pandai membaca. Lagunya, β€œDi Sana Menanti Di sini Menungguβ€œ. Tak tahu la nape suka sangat dengan lagu ni, bukan dah pandai bercinta pun time tu.

Betul la orang cakap kan, β€œtak kenal maka tak cinta, dah kenal TERsuka la pulak..” tak gitu.. heee

Jom layan lagu ni.. sape-sape yang tak tahu lagu ni macam mane cuba la dengar, mana tau TERsuka gak nanti.. πŸ˜€

Minat Sue pada lagu lebih kepada lagu dulu-dulu (90-an), rock kapak orang cakap. Tapi tak bermakna Sue ni minah jiwang ye. Sume ni akibat pendedahan yang melampau-lampau oleh abang-abang Sue.

Lagi, Sue minat lagu-lagu dari kumpulan XPDC.. yooo! jangan terkejut, ni memang fakta bukan auta atau sekadar nak menyedapkan penulisan ye.. Rock ooo!

Entah, Sue pun tak tahu nape bleh TERsuka.. heee

Korang plak apa genre lagu yang korang suka dan apa lagu pertama yang korang hafal? nak gak tahu..

oklah.. sekian sahaja entri di saat boring ni. Saje je ni nak test update blog pendek-pendek. Biasa terover panjang bila dapat menaip. Dah tak sedar diri time tu, macam kena rasuk je.. sume benda nak bagitau, padahal tak berapa penting pun.. huhu

p/s: *entri ni dikira panjang ke pendek ek? macam TERpanjang gak je ni.. heee


Suka lagu-lagu dari kumpulan Meditasi, Axl, Samudera, BPR, wings, Search, hmmm ape lg ek.. lupa.. dan band-band yang sama waktu dengannya lah. Lagu dulu-dulu tak perlu google pun liriknya, memang senang nak ingat, (bagi Sue la.. sebab touching kot).. Anyway, ok tak design baru blog sue ni? saje nak tukar pemandangan.. ngeee~

9 Comments

  1. Saya memang minat giler dengan kumpulan Ukays nie…terpesona dengan lagu “Seksa” daripada album “Bisa Berbisa” & lagu “Rythm Si Jantung Hati” dari album “Tajam Menikam”…memang nostalgia lagu2 Saari Amri yang dinyanyikan oleh kumpulan ini…:-) Belajar main gitar pun base on lagu nyanyian diorang…hehehehe….

  2. saya suka ukays sejak sekolah rendah.lagu tu senang cari kat karaoke box.

  3. Apa vokalis die buat ek sekarang ? Nyanyi lagi ke ?:unsure: Cantik theme blog saudari. Sudi2kanlah jadi follower saya:) Saya pun jadi jadi follower awak. Hehehe

    • @Squtopus: vokalis die watpe skrang? entah la.. sue pn xtahu.. dh lama xdgr cite psl die.. :biggrin:

      Thanks, baru je ni blja edit theme, risau gk kot memyemakkan mata pembaca.. hehe.. btw, dh follow blog awk.. salam kenal.. πŸ˜‰

  4. lagu Ukays sesuai buat lagu karaoke terbaik sepanjang Zaman

    • @sunglasses: yupp.. bak kata pepatah “tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas”.. tak ditelan zaman, sentiasa di minati sebab kualiti lagu tu ada. πŸ˜†

Leave a Comment