Kerja Kerajaan (Bahagian 2)

Pertama sekali mohon maaf kepada mereka yang tertunggu-tunggu sambungan kisah Kerja Kerajaan (Bahagian 2). Al-maklumlah tuan empunya blog ni busy je memanjang. Nak update blog pun tak sempat.

Ini pun curi-curi update blog.

Ok, Sue sambung cerita sebelum ni.


[Baca:] Kerja Kerajaan (Bahagian 1)

“Menurut kata bomoh tu, ada yang menyekat nama budak tu daripada diterima di mana-mana jabatan kerajaan. Kesian pulak dengar. Tapi betul ke? Boleh percaya ke cakap bomoh tu?”

Apa yang bomoh tu cakap semua betul. Tapi bomoh tu tak tolong apa-apa pun. Cuma tolong bagi petunjuk je tentang masalah budak tu.

Memang betul nama budak tu kena sekat daripada diterima di mana-mana jabatan kerajaan. Nak tahu kenapa?

Salah Sendiri Tak Dapat Kerja Kerajaan

Bukan sebab ada orang dengki dengan dia ke apa ke, tapi sebab budak tu sendiri.

Al-kisahnya, dulu budak tu pernah kerja dengan kerajaan. Dia berhenti kerja sebab nak sambung belajar. Tapi jabatan tempat die pernah kerja tu masih simpan nama dia atas alasan bercuti bukan berhenti.

Betul la bomoh tu cakap nama dia kena sekat. Memang la jabatan-jabatan kerajaan lain tak boleh terima dia bekerja sebab nama dia masih ada kat jabatan tu. Haha.. Boleh pulak dia lupa pasal tu.

Lepas jumpa bomoh, terus setel masalah budak tu. Budak tu perlu batalkan nama dia kat jabatan tu dulu barulah boleh apply keja baru.

Sekarang ni dia dah dapat kerja dengan kerajaan. Tapi tak pasti pulak dia keja tempat sama atau dah kerja jabatan lain.

Penjawat awam kerja kerajaan

Ape daaa.. Bukan nak check dulu. Nasib baik jugak bomoh tu ramal betul. Kalau kena kelentong tadi tak ke naye. Ish! Ish! Ish!

Moral of the story:
Siasatlah dulu sebelum buat apa-apa keputusan. Satu lagi jangan mudah percaya dengan bomoh-bomoh sekarang ni. Ada yang betul dan banyak yang kelentong.

The end.

4 Comments

  1. nama pun su.. hehe 😀
    .-= sueella´s last blog ..Entry terbaik pilihan juri HIDUP BERANI UTUK GAGAL =-.

Leave a Reply