Kesan Right Brain Stimulation

“Wah, cepatnya Sue buat kerja”. Mungkin ni adalah antara reaksi orang yang baru pertama kali tengok Sue buat kerja. Dan mungkin ada yang tertanya-tanya macam mana la Sue boleh buat sepantas itu. Tak penat ke?

Bagi Sue, itu adalah kelajuan biasa bila Sue sedang buat kerja dan memang tak rasa cepat penat sebab rasa buat kerja macam biasa-biasa je.

Sue memang tak boleh tengok orang buat keja slow. Rasa geram je nak cakap, “Meh la aku buat!”. Hehe.

Ini semua mungkin terjadi disebabkan terdedah dengan program Right Brain Stimulation kat ofis. Lagipun tugas Sue sebagai Assistant Teacher memang perlukan ketangkasan yang lebih bagi memastikan kelas dapat berjalan dengan lancar.

Kalau pergerakan slow, kelas akan delay dan tak jadi dah proses Right Brain Stimulation tu. Akan jadi left brain.

right and left brain

Bila dalam kelas, Sue pun turut sama belajar dengan student sambil-sambil jalankan tugas Sue. Sebab tu kot otak Sue pun dah terstimulate skali. Tu yang pergerakan pun jadi cepat (kot).

Boleh rasa perbezaan cara Sue kerja dulu dengan sekarang setelah hampir 2 tahun terlibat dalam bidang Right Brain ni.

sagitaurus right brain assistant teacher
Tengah passing card kepada Sensei (Cikgu) semasa sesi “Super Flash

Ni antara part yang memerlukan ketangkasan yang pantas dari assistant. Non stop flashing card dengan speed selaju mungkin. So, assistant pun kena laju jugak, baru lah sensei boleh baca dengan laju.

En. suami gelak je tengok gambar ni. “Apesal dok camtu?” katanya.

Dah memang kena duduk macam tu baru senang nak passing card. Juga tak menghalang pandangan students dan parents.

Testimoni Kesan Pendedahan Awal Right Brain Education

right brain testimoni speed
Menang pingat Emas dan Perak dalam WSSA 2011. Umur baru 4 tahun lebih tapi dia boleh fokus susun cup tu. Memang laju lah pergerakan tangan dan otak dia berfikir.
right brain testimoni math
Boleh faham konsep dan formula sifir.

Sue paling kagum dengan student ni. Masa umur die 2 tahun lebih dah boleh nampak kesan dari Right Brain Stimulation. Bayangkan la, dia boleh tahu sifir. Tanya je berapa (X) berapa, dia boleh jawab punya.

Kalau kita biasanya dok hafal sifir (berapa) x1 sampai (berapa) x12. Tapi die (berapa) x13 x14 x15.. Berapa x21 pun die boleh.

Memang kagum giler lah dengan dia. Dalam kelas pemalu je. Mintak dia keluar ke depan masa dalam kelas pun taknak. Dok “Mama.. Mama.. Mama..” nak suruh mak dia ikut keluar skali. Hehe..

Sekarang umur dia baru 3 tahun lebih. Comel je setiap kali datang kelas pakai baju bee (lebah). 😀

Apa Jadi Bila Otak Dah Fully Develop?

Hado/Wave Reading – Dengan senangnye mereka boleh buat macam dalam video tu.

Mungkin masih ramai yang belum tahu tentang Right Brain Education ni. Sue pun baru tahu juga sebenarnya sejak kerja kat sini.

Memang menakjubkan kalau otak kita betul-betul fully develop. Mungkin takkan ada yang jadi gila sebab terlalu pandai. Sebab mereka boleh kawal otak mereka.

InsyaAllah kalau ada rezeki dapat anak, nanti nak latih right brain anak dari awal.

4 Comments

    • @puanbee, Insha Allah.. akan diusahakan.. sue tau2 camtu je.. nk kena tau proper way baru bleh bg info kat orang lain, kang salah teknik jd lain lak.. hehe.. Insha Allah sue akan ajar step by step.. setakat yang mampu.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *