Kualiti Masa

kualiti masa

Masa dan kehidupan adalah suatu yang bergerak serentak. Kehidupan kita terhasil disebabkan masa yang ada. Masing-masing berkaitan antara satu sama lain. Hargailah masa.

Ada orang kata masa itu emas. Tapi bagi Sue masa itu bukan emas. Masa itu ‘ibarat’ emas. Baru betul kan?

Emas kan boleh nampak. Kalau masa itu emas camne kita nak tengok masa tu?

Apa-apa pun, semuanya ingin menyatakan maksud yang sama. “Masa sangat bernilai“.

So, hargailah kualiti masa yang ada. Hargailah masa sekarang kerana masa esok belum tentu ada untuk kita.

Kualiti Masa Dalam Hidup Manusia

Manusia merupakan cebisan daripada kehidupan. Setiap orang dikurniakan jumlah jam dan minit yang sama.

Walaupun jumlahnya sama, namun ini tidak membawa makna kerana perbezaan antara individu adalah berdasarkan saat yang dilalui olehnya. Jika menggunakan masa dengan bijak, maka hasilnya tentu menarik walaupun tempoh itu cuma sekejap saja.

Kehidupan bukanlah ditentukan berdasarkan minit yang ada, tapi pada tujuan masa itu dihabiskan. Jika dihabiskan pada sesuatu yang berkualiti, maka pulangannya juga tentu berkualiti. Begitu juga sebaliknya.

Manusia sememangnya sentiasa sibuk. Sibuk bekerja. Sibuk bermain. Sibuk mencari alasan. Sibuk beribadah.. dan lain-lain kesibukan yang korang sendiri wujudkan. Tetapi apa yang penting adalah pastikan kesibukan itu dihabiskan pada sesuatu yang berkualiti.

Kesimpulannya… Sape yang masih main-main tu hentikanlah, wat lah benda yang berfaedah.

Sape yang tengah couple tu cepat-cepat la hantar rombongan sebelom rombongan lain tiba.

Sape yang tengah bekerja, keja elok-elok, jangan suka curi tulang.

Kepada yang masih bergelar pelajar, belajar rajin-rajin. Jangan hampakan harapan mak ayah korang, jangan sia-siakan pengorbanan tenaga, masa, wang diorang semata-mata untuk pelajaran korang.

Sape yang suka tido banyak, kurang-kurangkan lah. Banyak lagi benda lain yang boleh dibuat.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan yang mungkin kadang-kadang terlupa.

17 Comments

  1. Susah jika tidak ada masa dlm hidup.. =(
    .-= Muhd Suhaily´s last blog ..Mama 9 Mei =-.

  2. 8) masa memang bernilai, jika kita tak hargai betol-betol, mungkin kejayaan lambat menjadi milik kita..huhu
    .-= rashid´s last blog ..Apa Yang Perlu dan Apa Yang Tak Perlu. =-.

  3. dulu time blajar, rs tak sbr je nk keje, skrg ni, bila dh keje, rs cam ulang blk je ms blajar dlu..hukhuk
    .-= x-po´s last blog ..PATUTKAH LAGU LUAR DIKURANGKAN DI RADIO MALAYSIA? =-.

    • @x-po, 2 la.. best lg time blaja, xyah pk nk cari duit, pk blaja je.. g pg kul 1@2 dh bleh blk umah.. keja ni xthu bila abis.. huhuhuu..

      tp ape pun.. 2 2 ada ke ‘bestsan’ masing2.. xgtu…
      .-= Suraya´s last blog ..Kualiti Masa =-.

  4. masa terlalu cemburui kita..bagi yang betul2 memanfaatkannya 🙂
    .-= zik´s last blog ..Sakit kepala! =-.

  5. masa itu emas..hargailah ia sebelum ianya meninggalkan kita
    .-= eyriqazz´s last blog ..Taman Monumen | Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu =-.

  6. Muhd Hisyamuddin B Md Amin
    Muhd Hisyamuddin B Md Amin

    alhamdulillah….ada jugak topik cam nie…sama2lah kita renungkan
    tapi ingat…luangkan masa untuk bercinta itu fitrah

    • @Muhd Hisyamuddin B Md Amin: saje nk wat perubahan..
      sblom2 ni xthu nk update ape.. tu yg kuar artikel2 jiwang.. 🙂

      bkn ape.. bz sgt, xsmpt nak menaip artikel baru.. yg jiwang karat tu mmg dh siap bertaip, copy paste je.. huhuhuu

Leave a Reply