Sagitaurus.com

Blog Peribadi Suraya, Bukan Blog Zodiak

  • Home
  • Penulis
  • Hubungi


You are here: Home » Informasi » Kuiz Kenali Diri : Siapa Aku?

Kuiz Kenali Diri : Siapa Aku?

Ditulis oleh Suraya CMZ pada 03/02/2011 22 Comments

Share on Twitter Share on Facebook Share on WhatsApp

kuiz kenali diri

Mana satu gambaran tentang diri korang, baik atau pun nakal? Mungkin pernah orang kata kamu ni baik, tapi korang rasa yang korang ni bukan sebaik mana pun. Mungkin ada juga yang kata kamu ni agak nakal orangnya. Tapi sejauh mana pula kenakalan korang itu?

Apa pun persepsi orang, korang yang patut lebih tahu siapa diri korang yang sebenarnya. Tak gitu? 😀

ISI KANDUNGAN hide
1 Jawab Kuiz Kenali Diri
1.1 15 Markah atau Lebih – KAMU MEMANG NAKAL!
1.2 7 Hingga 14 Markah – DI ANTARA DUA DUNIA
1.3 6 Markah atau Kurang – BAIKNYA…

Jawab Kuiz Kenali Diri

Apa kata korang meluangkan sedikit masa untuk menjawab beberapa soalan di bawah ni, ketahui korang ni baik ke nakal orang nya. Betul ke apa yang orang cakap pasal diri korang. Ataupun pun betul ke apa yang korang anggap pasal diri korang tu.

Setiap jawapan untuk setiap soalan ada markah masing-masing. Korang campur la semua markah jawapan yang korang pilih tu pastu boleh la tahu keputusannya.

Lets start!

Tapi sebelum tu, korang kena la sediakan pen dan kertas untuk catat markah korang. Pensel pun boleh..hehe.. Atau pun korang bukak la kejap calculator kat komputer korang tu, boleh terus tambah markah korang.

Sori le.. ni kuiz manual kena tanda markah sendiri.. Selamat menjawab.

  1. Semasa menghadiri sebuah majlis, tiba-tiba ada sekumpulan jejaka/gadis menarik kekasihmu untuk diajak menari. Kamu..?
    (a) marah juga dan meminta si dia agar tidak melayan karenah mereka.
    (b) senyum saja sebab takut nanti dianggap terlalu cemburu pula, walaupun di saat itu hati kamu tak rela
    (c) sengaja menumpahkan air dibaju salah seorang dari kumpulan itu. Ops!

    Markah…
    (a) 1     (b) 0     (c) 2

     

  2. Pernahkah kamu ke klinik semata-mata mahu mendapatkan cuti sakit padahal kamu sihat ketika itu?
    (a) Ya, lagi pun memang selalu kamu berbuat demikian.
    (b) Sesekali, kalau kamu malas hendak ke tempat kerja/sekolah.
    (c) Tidak pernah, melainkan kamu benar-benar tidak sihat.

    Markah…
    (a) 2     (b) 1     (c) 0

     

  3. Apa pendapat kamu tentang segala peraturan seperti cara berpakaian, tepati masa dan sebagainya yang telah ditetapkan oleh tempat kerja/sekolah kamu?
    (a) Setiap peraturan ada alasan yang tersendiri.
    (b) Wajar saja dilanggar sesekali.
    (c) Peraturan dibuat untuk dilanggar. Untuk apa dipatuhi?

    Markah…
    (a) 0     (b) 1     (c) 2

     

  4. Kamu tidak suka disuruh duduk di rumah untuk menjaga anak buah kamu semasa kakak kamu keluar membeli-belah. Kamu…?
    (a) mengurung anak buah kamu di dalam bilik dan diberikan sejumlah besar permainan, Kamu? menonton televisyen saja.
    (b) mengajaknya bermain tanpa henti hingga dia tertidur kepenatan.
    (c) membawannya ke taman permainan behampiran.

    Markah…
    (a) 2     (b) 0     (c) 1

     

  5. Pernahkah kamu terlibat dengan cinta si dia yang sudah berpunya?
    (a) Sempat tergoda tapi tak pernah kesampaian.
    (b) Tak mungkin. Kamu tidak tergamak untuk menjadi orang ketiga.
    (c) Pernah. Walaupun tahu itu satu kesalahan, tapi apakan daya hati sudah mencintainya.

    Markah…
    (a) 1     (b) 0     (c) 2

     

  6. Pernahkah kamu dikritik kerana telah buat salah? Apa reaksi kamu?
    (a) Terserah apa jua tanggapan orang. Kamu tak peduli dengan semua itu.
    (b) Minta maaf seadanya. Tetapi tetap beranggapan yang mereka ini sudah keterlaluan.
    (c) Minta maaf dan kamu memang rasa bersalah.

    Markah…
    (a) 2     (b) 1     (c) 0

     

  7. Bos kamu meminta semua kakitangan bekerja lebih masa sedangkan kamu sudah mempunyai perancangan untuk pergi bercuti. Akhirnya…
    (a) Berpesta-pesta sakan masa bos kamu suruh bekerja. Tanda protes!
    (b) Terpaksa melupakan rancangan untuk bercuti. Kerja..kerja..kerja…
    (c) Langsung tak pergi bekerja. Bosan!

    Markah…
    (a) 1     (b) 0     (c) 2

     

  8. Pengertian ‘Nakal’ bagi kamu…
    (a) makan aiskrim di muzium kesenian.
    (b) buat bising di restoran eksklusif.
    (c) pergi ke mana-mana tanpa memberitahu ahli keluarga mu.

    Markah…
    (a) 0     (b) 2     (c) 1

     

  9. Kamu menumpahkan separuh dari isi minyak wangi milik kawan baik kamu. Lalu…
    (a) diganti dengan air. Lepas tu buat tak tahu saja.
    (b) Katakan maaf. Itu saja yang mampu kamu lakukan.
    (c) Kamu mengaku kesalahan mu dan berjanji akan menggantikan dengan minyak wangi baru.

    Markah…
    (a) 2     (b) 1     (c) 0

     

  10. Melihat aksi Jeniffer Lopez dalam filem ‘Enough’, kamu…?
    (a) terasa satu kekuatan untuk melawan sesiapa yang menindas kamu.
    (b) terbawa-bawa aksi yang bahaya. Kena belajar seni mempertahan diri ni.
    (c) semakin nakal kerana tidak mahu ditindas oleh sesiapa.

    Markah…
    (a) 1     (b) 0     (c) 2


Keputusannya ialah… jeng! jeng! jeng!..

15 Markah atau Lebih – KAMU MEMANG NAKAL!

Ops! Tak baik kamu berkelakuan nakal sehingga memeningkan kepala orang lain. Kamu sangat impulsif dan suka membuat sesuatu perkara tanpa berfikir panjang.

Kamu juga suka mencari perhatian orang dan sebab itulah kamu harus dikawal ketat oleh orang yang rapat dengan kamu. Walaupun terkadang tersemat dalam hati untuk berubah baik, tapi ia tak berkekalan kerana kamu mudah terleka dan tertewas dengan prinsip kamu sendiri.

Walau bagaimana pun, kamu memang rasa menyesal jika ada sesuatu berlaku yang boleh menjejaskan nama baik kamu sendiri.

7 Hingga 14 Markah – DI ANTARA DUA DUNIA

Kamu patut rasa bahagia kerana kamu tahu menilai perkara yang baik dan buruk. Namun begitu, ada kalanya kamu merasa agak bingung untuk memilih jalan kamu sendiri memandangkan begitu banyak anasair-anasir yang mempengaruhi kamu.

Namun begitu kamu tahu bagaimana mahu mengawal diri dari terjebak dengan perkara-perkara yang negatif. Tapi sekadar perkara biasa kalau kamu suka ‘berfantasi’ menjadi ‘penjahat’ membalas pandangan nakal orang lain dan sebagainya.

Bagi kamu lebih baik menjadi ‘penonton’ dari terjebak sama.

6 Markah atau Kurang – BAIKNYA…

Kamu memang layak merasa kebahagian itu 100%. Kamu kerap berusaha untuk menjadi yang terbaik dan yang disenangi rakan sekeliling.

Pendapat kamu, kalau kamu berusahan untuk menjadi orang yang baik, pastinya kamu juga akan mendapat balasan yang baik juga. Kamu pasti akan melakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan dan tidak mengharapkan balasan.

Namun jika kamu dihimpit perasaan bersalah, seboleh-bolehnya kamu akan segera meminta maaf dan menyesalinya. Cuma ada kalanya keikhlasan kamu itu sering kali disalahertikan.

Sumber: Google

Share on Twitter Share on Facebook Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan:

  • Kenali Lelaki Melalui Warna
  • 7 Nasihat Dari Kubur Buat Umat Islam
  • Bercinta tu best ke?
  • Kualiti Masa


Filed Under: Informasi Tagged With: Cinta Lelaki, Kuiz Kenali Diri, Rahsia Perwatakan

Tentang Penulis

Seorang pereka grafik di sebuah institusi pendidikan, suka luangkan masa di Facebook dan Instagram. Anda suka artikel ini? Boleh tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini.

Previous article:
Kenali Lelaki Melalui Warna
Next article:
Merangsang Penggunaan Otak Kanan

22 Comments

  1. puanbee says

    22/02/2013 at 9:32 AM

    jawapan akak 5 ekeke ..tkde kerja :tongue:

    Kamu memang layak merasa kebahagian itu 100%. Kamu kerap berusaha untuk menjadi yang terbaik dan yang disenangi rakan sekeliling. Pendapat kamu, kalau kamu berusahan untuk menjadi orang yang baik, pastinya kamu juga akan mendapat balasan yang baik juga. Kamu pasti akan melakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan dan tidak mengharapkan balasan. Namun jika kamu dihimpit perasaan bersalah, seboleh-bolehnya kamu akan segera meminta maaf dan menyesalinya. Cuma ada kalanya keikhlasan kamu itu sering kali disalahertikan.

    Reply
    • Suraya says

      22/02/2013 at 1:01 PM

      @puanbee, wah.. akak mmg bahagia.. sue dh lupa dah dapat jawapan yang mana.. kena jwb lg skali.. hehe

      Reply
  2. norhasimah says

    04/01/2013 at 11:15 PM

    5…betol lh..bkn nk ckp shima nie baek..shima pn xtau klo shima nie baek or tak itu shima serah kan kpd org di skliling shima…ape yg sy tau sy dh buat ape yg sy rse btol n patot..tp dlm jwpan kuiz tu pn ade btol nye..yg keikhlasan disalah ertikan..mmg ade sy tahu
    Tp sy xboleh buat ape2 berdoa jela semoga suatu ary d nmpk k’ikhlasan sy..npew bile buat baek slalu d slh ertikan?

    Reply
    • puanbee says

      22/02/2013 at 9:33 AM

      @norhasimah, sama la shima .. huu ~ ada benda yang bila kita buat betul2 ikhlas org salah anggap , rasa sesuatu dlm hati , setiap masa terkonang2 😉

      Reply
  3. haru says

    28/03/2011 at 7:19 PM

    7-14 :happy:

    Reply
  4. Ali ridha says

    14/03/2011 at 3:19 PM

    kenali potensi diri..rahsia tarikh beranak.

    Reply
  5. akubiomed says

    06/02/2011 at 10:56 PM

    Dapat 4 markah. Bosan jadi seorang yang baik 🙂

    Reply
    • Suraya says

      07/02/2011 at 9:28 AM

      @akubiomed: pulak.. huhu.. kenapa bosan lak? mesti slalu terkena kan? tu yg jadi bosan.. orang slalu amik kesempatan.. kan? kan? :dizzy:

      Reply
  6. fitri amelia says

    03/02/2011 at 3:43 PM

    err, 3 markah ? sikit gilee . HAHA
    baik ? tak rasa macam tu pun +__+ kalau saye baik, kenape still ade orang yang ta suke gn saye 🙁 setiap kali kite buat baek uhh
    diorang ta nampak . kalau kite buat bende ta baek yang keciiiik pun diorang bole nampak -,-‘
    manusiaa …… T____T

    Reply
    • Suraya says

      05/02/2011 at 2:48 AM

      @fitri amelia, diorang dengki la tu kot.. ntah la.. dah memang perangai manusia macam tu kan.. sabar jela ek.. nanti ada la tu balasan utk segala kebaikan yg kita dah buat.. tak sekarang, mungkin akan datang.. dalam hidup ni kan kalau buat jahat, dibalas jahat.. buat baik, balasan pon baik la jugak.. kena sabar dan yakin.. insyaAllah..

      Reply
  7. ..ein.. says

    03/02/2011 at 10:31 AM

    dapat 4 markah…tiap kali buat baik pun, mst ada yg salah erti kan…so, redha je la…. 🙂

    Reply
    • Suraya says

      05/02/2011 at 2:45 AM

      @..ein.., manusia.. kita buat baik mcm mana pun, ade je yg tak puas hati, nak kita buat lagi baik.. tp kalau buat baik sangat, nanti kene pijak2 kepala pulak.. kan?

      Reply
  8. luna Q jimat says

    03/02/2011 at 3:41 AM

    saya dapat 10! ahaha..di antara 2 dunia..

    Reply
    • Suraya says

      05/02/2011 at 2:44 AM

      @luna Q jimat, ramai yang antara 2 dunia.. blur ke? hehe.. :tongue:

      Reply
  9. fikryn says

    03/02/2011 at 2:37 AM

    Camner nak jawab ni. Banyak soalannya cuma kena mengena dengan pompuan. Apa pun aku cuma dpt markah 2 jer. Camne? hi hi

    Reply
    • Suraya says

      05/02/2011 at 2:43 AM

      @fikryn, setiap jawapan ade markah yang tertentu.. markah ada tertulis kat bahagian bawah kat setiap soalan tu.. untuk dapatkan result semua markah tu, klik kat link paling bawah ikut markah yang dapat..

      soalan yang macam perempuan tu, anggap je diri sendiri macam seorang perempuan.. hehe..

      Reply
  10. Anarm says

    03/02/2011 at 1:31 AM

    yeayy.. dapat 13.. Di Antara Dua Dunia.. hmm.. mcm 2 alam plak.. huhuu.. :whistle:

    Reply
    • Suraya says

      05/02/2011 at 2:40 AM

      @Anarm, 2 alam? sotong ke? hehe.. :tongue:

      Reply
  11. Clara Rella says

    03/02/2011 at 12:35 AM

    love it! dapat 7 marks! yey!

    Reply
    • Suraya says

      03/02/2011 at 12:59 AM

      @Clara Rella: Tahniah! tahniah! sebab jadi budak baik.. :biggrin:

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Buka Akaun Wahed Invest, Pelaburan Digital Patuh Syariah
  • Slow Juicer Untuk Buat Jus Dengan Mudah
  • Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Farewell Party Rakan Sekerja @ Mozer’s Subang Parade
  • Beli Barang Harga Murah di Chilindo

Komen Terkini

  • nik on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Nik on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • faizah on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Sue Teong on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Suraya CMZ on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Copyright © 2021 – Sagitaurus.com
Privacy Policy • Design by Anarm Network ♥