Lelaki Pun Kena Pandai Masak

suami pandai masakBila cakap pasal masak memasak ni, mentaliti orang kita akan cakap memasak ni kerja, tugas orang perempuan. Sampaikan ada yang beranggapan bahawa bila seseorang perempuan itu tidak pandai masak mereka tidak boleh berkahwin.

“Perempuan, belajar tinggi mana pun ke ceruk dapur jugak akhirnya”.

Tapi itu dulu, sekarang ni ramai yang dah tak kisah pasal tu. Semua ni terpulang pada pasangan masing-masing. Jika dia ok, takde masalah jika bakal isterinya tu tidak pandai memasak.

Jika yang ambil kisah tu, hurmmm.. apa lagi, yang perempuan tu cepat-cepat la belajar memasak ye.

Memasak Tugas Suami atau Isteri?

Ramai yang bertanya, sebenarnya memasak ni tugas suami atau isteri?

Merujuk kepada satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa’i,

Ya Rasulullah, apakah hak isteri ke atas kami? Sabda Rasulullah s.a.w. hendaklah engkau memberi makan kepadanya apabila engkau makan dan hendaklah memberi pakaian kepadanya seperti mana engkau berpakaian.

Maksudnya, tugas suami ialah memberi makan kepada isteri dan keluarganya. Jika suami tak nak memasak, carikan tukang masak untuk isterinya.

So, masak memasak ni bukan tugas isteri la kan? kalau memasak pun just nak tolong suami ringankan tugas die je.

Isteri perlu memasak jika disuruh oleh suami. Itu dah jadi satu perkara yang perlu dibuat. Syurga kan di bawah tapak kaki suami. So, apa yang suami suruh perlu buat asalkan tidak melanggar hukum syarak dan undang-undang manusia.

Bagi para suami yang nak suruh isteri die memasak dan buat kerja rumah tu mesti tengok video Ustaz Azhar Idrus ni:

Sue tertarik dengan pendapat seorang hamba Allah ni dalam satu forum:

Tugas wanita dalam islam, memang membantu meredakan nafsu laki-laki je. siyes… ustaz mase aku pegi kursus kawin yang cakap. keje lain memang suami patut nye. tapi ye la. isteri kalo dok atas katil je nanti, gemuk la plak. hehe. kene la buat-buat keje skit. exercise.

Ada betulnye gak kan? hehe.. tapi lelaki pun perlu tahu masak gak kan? tak rugi apa-apa pun kalau kaum adam ni tahu memasak.

Bleh tambat hati isteri.. Silap-silap mak mertua pun terpikat sama.. 😛

Kenapa Lelaki Perlu Pandai Masak?

Bila ditanya, “Kenapa lelaki perlu pandai masak?“, antara respond yang diterima:

kenapa laki perlu pandai masak fb resp

kenapa laki perlu pandai masak twitter resp

Bagi yang memang tak suka dan tak minat untuk memasak, inilah jawapannya…

kenapa laki perlu pandai masak twitter resp 2

Boleh disimpulkan di sini, kebanyakannya berpendapat, kaum lelaki terutamanya para suami PERLU pandai memasak untuk memudahkan pengurusan rumahtangga walaupun ketika si isteri tiada di sisi.

Takde la si suami terabai, asyik makan kat luar je bila isteri tiada.

Kalau yang masih berdua tu tak kisah sangat la kan, yang jadi masalahnya bagi mereka yang dah beranak pinak tu, tak kan nak angkut anak-anak gi makan kat kedai kot. Sekali sekala tu bleh la kan, kalau hari-hari bleh bankrap gamaknye.

Bagi Sue pulak, jangan meletakkan suatu perkara tu atas bahu sebelah pihak sahaja. Dah namanya sebuah perkahwinan. So, tanggungjawab tu kongsi la sama-sama, ringan sikit beban.

Tambah-tambah lagi zaman sekarang ni dua-dua sibuk bekerja.

Bukan nak suruh suami masak hari-hari pun, just time-time tertentukan je kan. Alah, kadang-kadang tu nak jugak rasa masakan suami, bahagia rumahtangga.

Yang tengah couple tu pun bleh dah stat dari sekarang. Buat lain dari yang lain skit. Orang lain kuar makan, dating kat kedai, apa kata korang masak sedap-sedap pastu gi makan dengan awek korang kat taman. Berkelah, santai-santai orang kata. Lagi la romantik. Tak gitu? sooo sweeeettt!

Bagi yang dah kawin tu, apa kata jadikan memasak ni satu aktiviti untuk mengintimkan lagi hubungan antara suami dan isteri…

suami isteriSuami siang ayam dan cuci bersih-bersih,
isteri siapkan bahan-bahan..
Suami panaskan periuk,
isteri curah minyak perlahan-lahan..
Suami tumis bawang,
isteri masukan rempah ratus penuh berhati-hati..
Suami masak nasi,
isteri masak sayur..
pastu hidang sama-sama, makan sama-sama..
Suami cuci pinggan,
isteri ambil letak atas rak..

bahagia nyeeeee…

Tu contoh je.. terpulang lah kat korang nak wat aktiviti camne, asalkan jangan gaduh, baling-baling pinggan mangkuk lak kat dapur tu.. hehe.. Pandai-pandai je sue ni kan, kawin pun blom.. 😛

Sebelum mengundur diri, ni nak tanye, Adakah korang suka memasak? biasa korang suka masak ape ek?

40 Comments

  1. bagus topik ni.
    nak memasak boleh tapi tak pandai nak buat resipi sendiri eheh.
    masih dalam proses belajar nak tolong2 isteri kat dapur 🙂

    • @Wan: ngaku awal2 ni.. hehe.. xpe2.. kena cari isteri yg pandai masak la.. biar die je yg masakkan.. makan masakan air tgn isteri lg baik dr mkn kt kedai tu. Risiko makan kt luar tu ada, klu nasib xbaik kena keracunan makan ke ape ke.. seksa tu.. mintak jauh la kan.. :happy:

    • @Ezany-Kun: ok gak cmtu, asal ada niat nk blaja tu kira ok dah..

      klu isteri pn xtau masak mmg ‘masak’ la, ari2 mkn kt kdai.. hehe

  2. nasib baik aku pandai masak :tongue: ..tak sia2 mak aku turunkan ilmu sikit2…
    Lelaki tak perlu malu duduk dapur..chef2 hebat pun byk lelaki apa…

    • @Mader: wahh.. untung la sape dapat Mader ni, pandai masak.. :wub:

      btol tu.. laki klu pndai masak mst lg sedap dr pompuan masakannya, sbb tu bleh jd chef.. malas je lbih kan? kan?… klu rajin ke dapur pandai je msk, bkn ssh sgt pn kn?

  3. fuh3..pertama kali jejak kaki kat sini
    macam blog anarm la pulak aku masuk..hehe
    betul tu, laki ni kena la pandai masak
    nak masak tu kena biar lagi sedap dari isteri
    baru boleh kawen lain.. 😆

    • @syahrilhafiz: dh anarm yg edit theme ni jd mcm blog die la.. sy cuma tukang design header ngn bckground je.. huhu

      amboi.. gatai nmpk.. nk kawin lain bkn stakat kena pandai masak sedap je, ke mampu jugak tau.. mampu dri segi kewangan, bertanggungjawab ngan nafkah zahir & batin.. adil tu semestinya kena ada.. :whistle:

        • @syahrilhafiz: anarm baik? baik sgt.. suh je watpe mst die wat.. sue yg suh mmg die wat, org lain suh xtau la cmne.. hehe

          mau xcair.. klu nk tau, klu tanye pompuan mst ckp klu bleh nak kawin ngn chef, snang skit, xperlu penat2 msk.. sama2 bleh masak, xde lah jd tugas wajib isteri masak memasak ni..

  4. Sepatutnya macam tu la kena bantu – membantu. Kalau isteri tak sihat, takkan tak reti2 nak faham. Tapi hakikatnya tradisi orang melayu sudah sebati bila sebut orang pompuan mesti pandai memasak terutama jika yang berada di kawasan kampung. Mentaliti ini amat sukar di kikis. Islam itu adil. Masalahnya bila orang lebih mengutamakan adat dari agama itu sendiri. Hehehe. Saya pun lelaki but saya setuju sangat dengan tuan blog. hehehe

    • @Squtopus: btol tu.. skrang ni org lbih dahulukan adat dr agama. Contoh pling mudah kita lihat ialah hal2 yg berkaitan ngn perkahwinan.. merisik, bertunang, majlis sanding besar-besaaran, majlis berinai dll. tu sume adat.. Masyarakat skng ni klu xbuat tu mcm xlengkap.. dh tu cmne la ramai yg lmbt kawin.. yela, nk wat tu sume perlu belanja besar. klu wat majis akad nikah je kang snang, xde la perlu pinjam bank sbb nk kawin.. huhu

  5. aku kalau jadi pompuan, aku nak suami yang pandai masak. kebiasaannya, lelaki yang pandai masak n ringan tulang tolong isteri ni, diorang penyayang dol. Aku dulu bujang terpaksa belajar masak sebab nak jimat. wakakaka… sonok gak belajar masak ni. kreative.

    • @Amry: tau xpe.. best sgt klu suami tahu masak.. hehe..

      mmg jimat ape klu masak sndri, bleh mkn bnyk.. bli kt kedai skit je, xkyang lg dh abis.. huhu..

      blaja masak mmg sronok.. tmbah2 klu org makan abis apa yg kita masak tu.. sronok ooo.. terharu.. :pinch:

  6. ok..saya kena blajar masak la camni..huhu..tp lepas tgk video ustaz tu..bhaya ni..tkut nanti dah kwin bini mintak gaji..bahaya2…hahaha

    • @fendidahada: hahaha.. xdenye mintak gaji klu dapat yg OK.. kena pandai bertolak ansur, berbincang la..

      kalau suami OK, xde wat hal, isteri ni xde la sezalim tu.. yang wat hal tu la yg menyebabkan isteri nk mintak gaji.. bayar gaji baru dihargai kot.. hehe

      blaja jgn xblaja.. xrugi pape pn klu pndai masak.. bleh tkr2 slera.. tak gtu? 😎

  7. lau lelaki pandai masak, selalunya die ringan tulang tolong2 isteri di dapur.. ok la kan.. pada saya, masak ni boleh blajar.. lau tak pandai pun, pelan2..

    suami pulak perlu de rasa simpati.. tak de la semua kerja rumah bagi isteri buat sorang2.. adat kita sebenarnya isteri memasak ni, supaya suami lebih erat.. ape pun, lebih bagus lau 2-2 saling bantu mbantu..

    • @fiezaradzi: stuju sgt ngn pendapat fiezaradzi..

      tak pandai xpe, jnji ada minat, ada hati nk blaja..
      yang paling penting, suami isteri perlu ada sifat, semangat kerjasama, tlg menolong, toleransi barulah sume perkara tak terbeban kt sblah pihak je.. kan? kan? :biggrin:

  8. masak nasik, goreng telur, pastu makan bersama kicap.. sedaaapp~ buat camtu reti la.. yg campur macam2 rempah ratus periuk belanga tu tak reti.. hehe :whistle:

    • @Anarm: skali skala best gk mkn cmtu tp klu dh hari2 cmtu naik muak gak.. :pinch:

      blja la.. Practice makes perfect :whistle:

  9. tak pasal anarm kene :biggrin: aku rasa contoh tu kurang tepat sebab tweet anarm tu pasal doublemeaning.

    makan luar yang kedua lain maksudnya :tongue:

    tapi betul laki memang patut reti masak. survival

    • @syafiq.net: hehe.. nama pn contoh.. tp btol ape, klu yg mmg xsuka masak akan cakap cmtu..

      “makan luar” lg 1 tu abaikan jela.. huhu :whistle:

      kamu ni pandai masak ke x? :tongue:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *