Otak Tak Berfungsi Dengan Baik

Otak tak berfungsi dengan baik salah satunya disebabkan oleh penyakit mental yang dialami seseorang itu.

Tapi dalam kes yang Sue nak cerita ni, bukan disebabkan masalah mental, tapi disebabkan tak cukup tidur.

Korang pernah tak alami masalah tak boleh nak tidur? Dah buat macam-macam cara tapi tak lelap jugak. Seksa kan? Orang lain tengah syok tidur, kita berjaga pulak.

Fakta Tentang Tidur

  • Keperluan tidur setiap orang berbeza-beza tetapi secara puratanya kita memerlukan tujuh jam tidur yang lena bagi membolehkan badan berfungsi dengan baik pada keesokan harinya.
     
  • Tidur yang cukup bukan setakat merehatkan badan atau mengelakkan masalah mata cengkung tetapi ia mempunyai manfaat yang lebih penting.
     
  • Tidur adalah satu keperluan dan ketika inilah badan akan memperbaiki kerosakan yang berlaku pada sel serta membina sel baru.
     
  • Malah, ketika tidur otak kita sibuk membuat persediaan untuk menghadapi keesokan harinya.
     
  • Kajian ke atas haiwan dan manusia mendapati tidur yang cukup mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar dan membantu memelihara daya ingatan seseorang.

Otak tak berfungsi kerana kurang tidur

Otak Tak Berfungsi Dengan Baik Kerana Kurang Tidur

That’s why lah otak sue mereng skit hari ni. Semalam tak boleh nak lelapkan mata. Tak tahu la kenapa. Bila dah tak bleh tidur tu macam-macam la Sue fikir. Antaranya:

  1. Bila la aku nak kaya and macam mane aku nak buat bagi kaya. So, macam-macam idea keluar. Entah boleh pakai ke tidak tak tahu la.
  2. Eh! Spek rosak. Nak buat macam mane ek. Tak nak beli baru, mahal. Beli bingkai kat pasar malam la, lepas tu gi buat cermin kat kedai, murah skit. Ok jugak idea ni.
  3. Nak balik raya ni kena pakai duit banyak. Dah la tengah pokai. Macam-macam masalah. Adoiyai.
  4. Bila nak boleh lelap ni? Karang nak bangun sahur lagi. Lepas tu kena kerja. Tengok jam, dah pukul 2 pagi.
  5. Kalau camtu kan best. Kalau camni kan best. Haha.. Macam-macam ada dalam kepala otak ni. Eh! Tengok-tengok jam dan sampai masa untuk sahur.

Kalau korang tak boleh tidur cuba dengar lagu zaman kanak-kanak. Best jugak.

Cara Untuk Tidur Lena

  1. Tidur yang berjadual – Jika anda biasa tidur pada pukul 9 malam, pastikan anda tidur pada waktu tersebut untuk malam-malam berikutnya. Ini untuk memberikan tubuh anda β€œkebiasaan” dan membuatkannya bersedia untuk tidur pada waktu tersebut.
  2. Jangan melakukan senaman pada waktu malam kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih cepat dan anda tidak boleh tidur.
  3. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum tidur. Anda hanya boleh mengambil makanan ringan sahaja dan seeloknya berhenti makan 2 jam sebelum tidur.
  4. Jauhi alkohol, nikotin dan kafein 5 hingga 6 jam sebelum tidur.
  5. Pastikan bilik tidur anda mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Jika boleh, biarkan tingkap terbuka sedikit untuk membolehkan udara masuk.
  6. Sebelum tidur, mandi menggunakan air suam, baca buku atau mendengar muzik kegemaran yang bernada lembut.
  7. Pengambilan teh atau susu suam bersama madu adalah lebih baik.
  8. Ketika tidur pada malam hari, letakkan kaki pada bantal yang lembut. Ini dapat melegakan keletihan dan mendapatkan tidur yang lena.

Banyak lagi sebenarnya cara nak bagi lena tidur ni. Korang boleh google je.

Sampai masa, tidur!! Jangan asyik buat kerja je. Tidur tu penting untuk kesihatan. Tak cukup tidur jadi la macam Sue hari ni. Entah ape-ape merapu kat sini. Tunggang terbalik jadinya.

Harap ada jugak la perkara yang korang boleh ambil iktibar dari kisah hidup sepanjang bebelan ni. Wassalam.

Majulah sukan untuk negara, tidur awal jangan suka berjaga. Hehe..

13 Comments

  1. saya hostel boy…mmg selalu tido lewat…kalau pukul 1 tuh kira awal la πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚

  2. yup..kalau tak tido jalan pun terhuyung hayang.bukan takat mental,fizikal pun terjejas sekali πŸ™‚

  3. πŸ˜† sleep is for the weak! hikhikhik…

    kalau tak weak buat apa tidur kan kan kan?

    • @syahidabdullah: xnk bg weak la kena tdo.. xtdo kan mamai lak.. wat keja mst tersalah2 je.. sibuk mcmner skali pun kena tidur gak walaupun skajap.. restkan badan, otak.. at least 4 jam.. PC pun bleh hang klu dok guna die je xbranti2, die pun nk rest gak.. πŸ™‚

  4. :oups: aku takbleh tido dari semalam ni.. skg ni dah ting tong giler…

  5. errr

    yang ery lak, tido je kejenye!
    hahahaha

  6. Kalau nak tido..mmg kadang2 mcam2 benda duk pusing dalam pale..itu dan ini..biasenye saye main game kat hp sikit..insyaAllah..bace doa serba sikit..terus lena smpai sahur..

    thanks kongsi tip2 ni..terbaiklah πŸ™‚

    • @hafizmd: hehe.. mmg cmtu kan.. mcm2 pk..

      sue ni main game kt handphone tu xyah ckp a, smpai abis bateri dok main.. macam2 doa, ayat, zikir dh baca tp tak lelap2 gak.. 2 yg masalahnye.. dh mmg xleh nk tdo watpe pn xdpt tido gak kn.. huhu..

  7. info yang bagus ni..
    aku pun tak boleh tidur jer..
    akan ku amalkan utk kesihatan mental..

    • @Jaws: amalkan selalu ye.. jgn smpai kitorang dpt brita yg xbrapa best nk didgr lak.. πŸ˜€

      org bisnes, bz jela memanjang.. ye tak.. smpai xsempat nk tdo.. πŸ™‚

Leave a Comment