Pening Nak Pilih Beg Tangan

Semalam Sue dan encik tunang pergi Parkson dekat Kajang nak cari barang sikit. Encik tunang cakap nak belikan beg tangan @ handbag untuk hantaran kahwin tapi dia tak reti nak pilih.

Kitorang pun pergi la cari kat Parkson tu kot2 ada yang berkenan di hati. Tapi jadi pening pulak nak pilih bila tengok ada banyak sangat handbag kat situ.

Macam-macam jenis, macam-macam jenama. Harga pun macam-macam.

Pening pilih beg tangan berjenama

Sue bukan minat sangat dengan handbag berjenama. Salah satu sebab handbag berjenama ni biasanya harga mahal. Boleh je nak beli tapi fikir-fikir balik duit yang ada ni baik guna untuk perkara yang lebih penting.

Tapi kalau dah encik tunang cakap nak belikan, Sue OK je. Hehe..

Tapi kitorang tetap budget harga handbag yang nak beli tu. Boleh la ganti handbag lama yang beli kat pasar malam.

Pelbagai Jenis Beg Tangan

Bila tengok macam2 jenis handbag ada kat Parkson terus pening tak tahu nak pilih mana satu. Encik tunang siap tweet tanya kawan-kawan Twitter handbag jenama apa yang best dan patut beli.

Ada yang cakap LV, ada yang cakap Guess, Carlo Rino, Bonia, Coach, Gucci, Prada, macam2 lagilah. Banyak pulak jenama handbag yang Sue tak pernah dengar. Bertambah pening dibuatnya nak pilih handbag.

Last-last tak jadi beli sebab asyik dok pusing-pusing pilih handbag sampai Parkson dah nak tutup. Haha.

Tapi ada satu handbag tu Sue macam dah berkenan. Encik tunang cakap esok kita pergi lagi. Nak pergi awal sikit baru ada banyak masa nak pilih betul-betul handbag mana yang sesuai dengan Sue.

Kalau tersalah beli handbag saiz besar nanti bila pakai orang ingat Sue nak balik kampung pulak. Hehe.

Rasa-rasa untuk orang yang bertubuh kecik macam Sue ni handbag macam mana ek yang sesuai?

4 Comments

  1. beg sekolah x mau ker, hhehhee

  2. Assalam..
    Bab memilih handbag ni pun masalah jugak,
    nak bagi pendapat pun…saya memang tak ada citarasa.

    • @iza, sama la kite.. susah btol nak pilih handbag kalau tak ada citarasa ni kan? kena bawa orang yang lebih pakar pasal handbag baru senang sikit kot nak memilih.. Sue pergi dengan tunang hari tu tanya pendapat dia masa tgh pilih2, dia nak taknak je jawab.. silap jugak tanya orang laki. mane la diorang tahu pasal handbag.. hehe..

Leave a Reply