Sagitaurus.com

Blog Peribadi Suraya, Bukan Blog Zodiak

  • Home
  • Penulis
  • Hubungi


You are here: Home » Shopping » Photobook Album Gambar Kahwin

Photobook Album Gambar Kahwin

Ditulis oleh Suraya CMZ pada 10/09/2013 12 Comments

Share on Twitter Share on Facebook Share on WhatsApp

Dah setahun Sue dan suami berkahwin baru sekarang dapat buat photobook album gambar bercetak. Masa kahwin dulu cuma upah photographer untuk ambil gambar. Takda buat photo album atau storybook sebab nak jimat belanja kahwin.

Lagipun tengok contoh custom album yang kawan-kawan pernah buat macam biasa-biasa je. Boleh buat sendiri kot.

3 minggu lepas masa kat ofis, boss Sue tunjuk album gambar-gambar dia ambil semasa travel merata tempat luar negara. Bila tengok album gambar tu rasa puas hati pulak dengan kualiti gambarnya.

Sue pun borak dengan dia tanya kat mana buat album gambar tu? Berapa harga?

Dia pun bagitau buat online kat website Photobook Malaysia.

Kebetulan masa Sue tengok website tu ada promosi diskaun 65% untuk photobook album. Terus Sue bagitau suami nak buat album kahwin.

photobook malaysia

Sebelum ni dah tau boleh order custom album melalui online cuma masa Sue survey harga dulu banyak yang mahal. So, tak jadi la nak buat.

Bila tengok kat PhotoBook ada diskaun 65% dan harga pun agak murah, sebab tu terus bercadang nak buat album kahwin.

Promosi Photobook Malaysia

Kat laman web PhotoBook Malaysia klik di gambar ribbon bertulis “Promotion” untuk tengok promosi-promosi yang ada masa tu.

Boleh pilih promosi mana yang kita nak. Lepas tu beli kupon voucher dengan harga diskaun untuk digunakan semasa buat tempahan album. Pembelian voucher boleh bayar guna Credit Card (Visa, Mastercard) dan Paypal.

Selain album kahwin, boleh jugak buat untuk apa saja album gambar.

Design PhotoBook

Download software “Photobook Designer” untuk kerja-kerja masukkan gambar dan design album.

Boleh pilih templet yang dah disediakan (readybooks) atau buat design sendiri menggunakan software tu.

Mula-mula guna software Photobook Designer rasa pening sikit. Tapi sebenarnya senang je sebab dia ada fungsi Assistant yang akan bantu kita untuk faham apa fungsi tools yang ada dalam tu.

photobook designer

photobook designer

Workspace untuk susun gambar dan masukkan design photobook.

Software Photobook Designer ni berfungsi secara offline. Kita boleh save kerja dan sambung buat pada bila-bila masa. Lepas dah siap design, boleh check artwork untuk tengok kerja tu dah complete atau belum.

Bila semua dah siap dan korang pun dah puas hati dengan design photobook korang tu, boleh la online order guna software tu juga. Hanya ikut steps yang diminta dan last skali gunakan code voucher untuk bayaran.

Dalam tempoh 4-6 hari waktu bekerja, photobook yang dah siap dicetak akan dihantar sampai depan pintu rumah.

Album gambar kahwin kitorang dah siap. Ingat lepas ni nak buat album gambar zaman bujang pulak, masa mula-mula bercinta dulu. Hehe.

Share on Twitter Share on Facebook Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan:

  • Album Duit Hantaran Kahwin
  • Balik Kampung Untuk Urusan Kahwin
  • Photofunia – Meletakkan Efek Pada Gambar
  • Sikap Berdasarkan Tarikh Lahir


Filed Under: Shopping Tagged With: custom album gambar perkahwinan, harga pakej album kahwin, photobook malaysia, software photobook designer, voucher diskaun album kahwin

Tentang Penulis

Seorang pereka grafik di sebuah institusi pendidikan, suka luangkan masa di Facebook dan Instagram. Anda suka artikel ini? Boleh tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini.

Previous article:
31 Ogos 2013, Ulangtahun Pertama Perkahwinan
Next article:
Duit Isi Minyak

12 Comments

  1. Azyyati Liah says

    25/08/2014 at 3:05 PM

    Tengah mencari2 idean dan pembuat photobook yang sesuai. Tq for sharing -D

    Reply
  2. Lina says

    15/01/2014 at 5:19 PM

    salam, cost nye brpae ye?

    Reply
    • Suraya says

      21/01/2014 at 3:17 PM

      Wasalam.. Sorry lambat reply..
      Yang ni sue buat masa ada diskaun. RM89, 11inch x 8inch. Ada yang lagi murah. Kena pandai survey. Kalau Lina nak, kena selalu bukak website photobook tu, check promosi apa yang ada sekarang ni.

      Sue suka photobook.com.my ni sebab dah tau kualiti dia macam mana. Photobook dari company lain tak pasti la pulak.

      Reply
  3. syazana says

    19/12/2013 at 11:50 PM

    hari tu dpt voucher groupon.. kte amik saiz 6×6 tp xreti nak susun gmbr tu mcm mne.. takut letak 1 page byk gmbr kecik plak jadinya.. huhu.. ade tips ?

    Reply
    • Suraya says

      20/12/2013 at 12:13 AM

      Kalau saiz 6×6 rasanya elok 1 page untuk 1 atau 2 gambar je.. Lebih dari tu mungkin gambar akan jadi kecik.

      Reply
      • syazana says

        20/12/2013 at 7:29 PM

        terima kasih sbb feedback.. xsabar nk tgk hasil photobook sy nnt.. hehe.. sy letak 1 page 1 gmbr shj..

        Reply
  4. sukma says

    24/09/2013 at 9:25 PM

    idea yg baik….boleh buat album family gak….

    Reply
    • Suraya says

      25/09/2013 at 10:01 PM

      a’ah.. buat banyak2 ye.. hehe.. tahan lama skit simpan dalam bentuk buku, kalau photo paper cepat rosak kalau suhu lembap atau panas.

      Reply
  5. Izzuddin Fauzi says

    10/09/2013 at 1:33 PM

    Kemas juga hasilnye… 🙂

    Reply
    • Suraya says

      10/09/2013 at 1:49 PM

      kalau susun kemas, kemas la hasilnye.. hasil printing ngn kertas juga berkualiti. 🙂

      Reply
  6. ejam says

    10/09/2013 at 12:08 PM

    cantiknya hasil photobook tu…rasa nak buat jugalah nanti nak tanya wife.

    Reply
    • Suraya says

      10/09/2013 at 12:17 PM

      cantik sebab design sendiri.. hihi.. templete yang ada pun cantik2 gak.. nipis je, senang nak isi beg klu nk bawak ke mana2..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Buka Akaun Wahed Invest, Pelaburan Digital Patuh Syariah
  • Slow Juicer Untuk Buat Jus Dengan Mudah
  • Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Farewell Party Rakan Sekerja @ Mozer’s Subang Parade
  • Beli Barang Harga Murah di Chilindo

Komen Terkini

  • nik on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Nik on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • faizah on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Sue Teong on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Suraya CMZ on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Copyright © 2021 – Sagitaurus.com
Privacy Policy • Design by Anarm Network ♥