Sagitaurus.com

Blog Peribadi Suraya, Bukan Blog Zodiak

  • Home
  • Penulis
  • Hubungi


You are here: Home » Informasi » Rahsia ciuman mengikut zodiak

Rahsia ciuman mengikut zodiak

Ditulis oleh Suraya CMZ pada 16/12/2008 3 Comments

Share on Twitter Share on Facebook Share on WhatsApp
ISI KANDUNGAN hide
1 Aquarius
2 Pisces
3 Capricorn
4 Aries
5 Taurus
6 Gemini
7 Cancer
8 Leo
9 Virgo
10 Libra
11 Scorpio
12 Sagittarius

Aquarius

Sesuai dengan lambangnya, air, warga Aquarius ternyata memiliki ciuman yang basah dan agak berserabut. Selain itu, pada saat ciuman berlangsung mereka umumnya cenderung membuka mata lebar-lebar.

Pisces

Individu-individu dengan bintang berlambang ikan ini memiliki gaya berciuman pandangan mata tajam, penuh nafsu dan ghairah, serta wow… berlangsung cukup lama! Bagaimana, apakah gaya berciuman Anda ternyata sesuai dengan bintang anda.

Capricorn

Ciuman-ciuman yang diberikan oleh individu berbintang Capricorn dikatakan sangat-sangat romantis. Bahkan romantisnya, ciuman mereka kerap menjadi ubat pembunuh stress!

Aries

Individu berbintang Aries ternyata memiliki gaya ciuman yang cepat dan penuh nafsu. Tapi sayangnya ciuman dahsyat tersebut biasanya cepat selesai.

Taurus

Berbeza dengan mereka yang berada di bawah naungan Taurus, dimana ciuman mereka umumnya berlangsung sangat perlahan, tidak tergesa-gesa, tenang, penuh kemesraan dan berlangsung terus… terus… dan terus.

Gemini

Individu berbintang Gemini kononnya mempunyai peribadi yang hangat dan ceria. Tidak hairan jika gaya ciuman mereka kadang-kadang diselingi oleh senyuman bahkan juga tawa lebar. Asyiknya, sifat warga Gemini yang terkenal gemar melakukan sesuatu yang baru itu pun dilakukannya dalam melakukan ciuman. Jadi banyak kejutannya!

Cancer

Warga Cancer memang terkenal dengan sikapnya yang berhati-hati, agak tertutup dan cenderung ingin selalu dilindungi. Tak hairan jika dalam urusan bercium mereka lebih suka melakukannya dengan lembut, hangat, dan seperti tidak mahu lepas saja!

Leo

Individu Leo yang terkenal keras dan tegas ternyata memiliki gaya berciuman yang liar, tanpa malu-malu, bahkan tidak segan-segan untuk menggigit dan mencakar! Walaupun begitu, warga bintang berlambang singa ini ternyata sangat senang jika mendapat pujian dari pasangannya, terutamanya pujian atas ghairahnya yang luar biasa.

Virgo

Warga Virgo memiliki gaya ciuman yang halus, lembut, rapi, hingga si pasangan pun bakal terkesima dibuatnya.

Libra

Gaya ciuman warga Libra kononnya kurang hangat! Kenapa? Kerana mereka pada umumnya terlalu khuatir dengan urusan di luar hasrat mereka. Tambahan lagi, mereka gemar menghela nafas di tengah-tengah ciuman.

Scorpio

Percaya atau tidak, orang-orang di bawah naungan Scorpio rupanya tidak terlalu suka dengan ciuman. Sebabnya, apabila dalam sesebuah hubungan intim mereka kerap melewatkan aktiviti yang satu itu dan lebih suka terus menuju sasaran.

Sagittarius

Hmmm… berbahagialah Anda yang berbintang Sagitarius atau pun yang memiliki pasangan dengan bintang ini. Kerana mereka yang berbintang dengan lambang busur panah ini memiliki gaya ciuman yang mengejutkan, spontan, dan… mengghairahkan. Tak hairan jika kononnya ramai orang yang menanti-nanti ciuman ala-ala si Sagitarius ini.

Share on Twitter Share on Facebook Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan:

  • Personaliti Lelaki Berdasarkan Zodiak
  • Kategori Manusia Berdasarkan Bantal
  • Kualiti Masa
  • Rahsia Bulan Kelahiran


Filed Under: Informasi Tagged With: Aries, Capricorn, ciuman, Gemini, Libra, rahsia, Sagittarius, zodiak

Tentang Penulis

Seorang pereka grafik di sebuah institusi pendidikan, suka luangkan masa di Facebook dan Instagram. Anda suka artikel ini? Boleh tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini.

Previous article:
Apple Cake and Coffee
Next article:
Welcome To My Internet Zone

3 Comments

  1. Martin A. says

    13/09/2011 at 8:04 AM

    Thank you for the Horoscope! Hopefully it’s true! All I need is to translate it everytime I read it then that’s it! Thanks a lot!

    Keep it up! Good job!

    Reply
  2. anarm™ says

    31/12/2008 at 11:42 PM

    hehe.. malu lak baca entri ni :p

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Buka Akaun Wahed Invest, Pelaburan Digital Patuh Syariah
  • Slow Juicer Untuk Buat Jus Dengan Mudah
  • Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Farewell Party Rakan Sekerja @ Mozer’s Subang Parade
  • Beli Barang Harga Murah di Chilindo

Komen Terkini

  • nik on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Nik on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • faizah on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Sue Teong on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Suraya CMZ on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Copyright © 2021 – Sagitaurus.com
Privacy Policy • Design by Anarm Network ♥