Ramadhan Datang Lagi

Dengar je bulan Ramadhan datang mesti rasa seronok kan? Bagi Sue, bulan puasa ni best. Boleh tambah pahala, boleh diet, boleh jimat duit.

Yang paling bestnye bila dah habis puasa sebulan lepas tu beraya. Boleh beli baju raya, kasut/selipar baru, tudung baru. Yang lelaki boleh beli songkok baru. Boleh dapat duit raya banyak-banyak. Bestnyeee.

Ramadhan datang lagi

Tapi tu dulu.. Dulu dan kini sangatlah berbeza. Kenapa? Sebabnye tu zaman budak-budak, zaman bergelar student lagi. Semua mak ayah yang sediakan.

Sekarang ni dah bekerja, dah ada duit sendiri, semua kena la sendiri-sendiri jugak. Sampai bila nak harapkan mak ayah je kan.

Dulu terima duit raya. Sekarang ni kita pulak yang kena bagi duit raya. Banyak woo habis, anak buah ramai. Tapi nak buat macam mana, dah memang begitu adatnya.

Orang memberi kita menerima. Nanti-nanti kita pulak yang kena memberi. Takkan nak menerima je seumur hidup. Bak kata pepatah, “Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima“.

Bila dah bergelar pekerja ni, secara tak langsung dah jadi perantau sebab jauh dari kampung halaman. Masa ni la perantau-perantau terpaksa berperang, berebut-rebut, beratur panjang nak beli tiket balik kampung. Tak kira la bas ke keretapi ke, semua sama lagaknya.

Yang tumpang family, bas, lori ke tu lain cerita.

Kehabisan Tiket Balik Raya

2-3 hari lepas Sue saja keluar nak pergi tanya tiket keretapi, kot-kot dah ada jual. Sampai je stesen keretapi Kajang, ternampak sesuatu yang tak enak dipandang. Diorang dah tampal notis – “Tiket keretapi ke pantai timur dari 2 – 9hb telah habis dijual“.

Mak aii! Cepat betul habis. Ingatkan tak jual lagi sebab beberapa hari sebelum ni dah pergi tanya, belum jual.

Baru ingat nak beli untuk 4hb. Tiket yang datang sini balik pun tak jual lagi. Diorang jual 1 tarikh 1 hari.

Yang 18hb belum jual lagi. Esok jual yang 16hb. Kalau nak datang pukul 8 pagi.

Macam tu la jawapan yang Sue trima. Boleh pulak macam tu. Takkan hari-hari nak pergi bertenggek kat stesen keretapi tu kot.

Akhirnya, mintak budak ni patah balik ke stesen bas. Beli tiket bas jugak la jawabnye.

Bukan tak suka balik ngan bas, tapi takut. Macam-macam kes dengar pasal kemalangan bas ni. Lagi satu, tambang bas pun dah mahal giler. Kalau keretapi baru RM29. Bas lebih kurang RM50 (minyak naik harga punye pasal).

Tambah je skit lagi dah boleh beli tiket pergi balik kalau dengan keretapi. Takpa la lama sikit pun, janji sampai.

Tapi nak buat macam mana, dah takda rezeki balik dengan keretapi raya tahun ni. Huhu.. Tiket nak datang sini balik tak beli lagi ni. Harap-harap ada lagi lah untuk kitorang.

Mintak kakak kat kampung tolong belikan. Nak pergi beli sendiri takda masa dah sebab kerja. Pergi hujung minggu ni tentu-tentunya dah habis.

Merantau di negeri orang

Pesanan Buat Perantau Bila Ramadhan Datang

Para perantau dari pantai timur terutamanya, silalah beli tiket anda lebih awal dari biasa. Nanti tak pasal-pasal tak boleh balik beraya kat kampung.

Yang memandu, sila lah memandu dengan berhati-hati. Ingat orang tersayang. Tak nak ingat kat orang yang tersayang takpa, tapi ingatlah penumpang kat belakang tu. Diorang masih ada orang yang mereka sayang.

Selamat Berpuasa ye kawan-kawan. Wish awal-awal, kang terlupa. Puasa hari Rabu ni ye, 11hb kalau diorang tak ubah tarikh. Hee..

9 Comments

    • @Anarm: abg tu xyah bli pn xpe.. balik ngn kuda biru tu je.. jgn lupa servis dlu.. kang xpsl2 beraya tgh jalanraya.. xnk cmntu.. :8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *