Sagitaurus.com

Blog Peribadi Suraya, Bukan Blog Zodiak

  • Home
  • Penulis
  • Hubungi


You are here: Home » Tips » Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online

Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online

Ditulis oleh Suraya CMZ pada 15/01/2018 44 Comments

Share on Twitter Share on Facebook Share on WhatsApp

Awal bulan hari tu Sue renew lesen perniagaan SSM yang nak tamat tempoh. Renew untuk tempoh 1 tahun lagi. First time cuba renew guna sistem ezBiz Online. Alhamdulillah berjaya buat.

Mudah dan cepat renew lesen perniagaan SSM melalui ezBiz Online. 5-10 minit je duduk depan laptop buat urusan renew tu. Dah tak payah susah2 pergi kaunter SSM.

Zaman sekarang ni kan semuanya di hujung jari je.

Siapa ada buat bisnes tak kira bisnes online atau offline memang patut guna perkhidmatan EzBiz Online ni. Bukan saja untuk renew. Nak daftar perniagaan baru pun boleh buat guna ezBiz.

Cuma kena daftar sebagai pengguna EzBiz terlebih dahulu sebelum boleh guna sistem online yang SSM sediakan ni.

Daftar dan Renew Lesen Perniagaan SSM dengan EzBiz Online

ISI KANDUNGAN hide
1 Daftar Sebagai Pengguna EzBiz Online
2 Cara Renew Lesen Perniagaan SSM Melalui EzBiz Online
3 Cara Bayaran Renew SSM Secara Online
4 Download Sijil Perniagaan SSM

Daftar Sebagai Pengguna EzBiz Online

Berikut cara daftar dan aktifkan ID untuk guna ezBiz Online :

  • Daftar sebagai pengguna di portal ezbiz.ssm.com.my menggunakan email yang sah.
  • Pergi mana-mana kaunter SSM, bawa kad pengenalan dan notifikasi yang diterima di email pengguna.
  • Aktifkan ID dengan membuat pengesahan cap jari (biometrik) bagi tujuan keselamatan maklumat (sekali seumur hidup).
  • Urusan selesai dan boleh gunakan ezBiz Online serta merta.

Sue aktifkan ID akaun ezBiz Online masa renew kat kaunter SSM tahun lepas. Tahun ni baru dapat renew secara online. Buat online lebih jimat masa.

Kalau renew di kaunter SSM dah tentu kena tunggu giliran lama. Penat dan membazir masa je, kan?

Cara Renew Lesen Perniagaan SSM Melalui EzBiz Online

Kat sini Sue nak kongsi cara renew lesen perniagaan SSM melalui EzBiz Online. Harap boleh jadi panduan untuk sesiapa yang baru pertama kali renew SSM secara online guna sistem EzBiz.

Cara-caranya…

Pertama sekali, login akaun ezBiz Online yang dah diaktifkan di laman web ezbiz.ssm.com.my.

Login akaun ezBiz Online SSM

Kemudian, pergi ke menu “My Business Services” dan tekan link “Renewal by Owners” (bahagian “Renewal Service”).

ezBiz Online SSM - Renewal by Owners

Lepas tu akan terpapar senarai perniagaan yang kita dah didaftarkan. Kalau daftar 1 syarikat je, akan tunjuk 1 syarikat. Kalau ada daftar beberapa perniagaan lain, akan ditunjuk jugak dalam kotak tu.

Untuk renew, tekan ikon di bahagian “Action”.

Renew pendaftaran perniagaan SSM melalui ezBiz

Lepas klik ikon tu, boleh tengok paparan maklumat perniagaan yang kita nak renew. Scroll ke bawah sampai bahagian Renewal Form.

Kat bahagian Renewal Form ni akan tunjuk tarikh luput tempoh pendaftaran perniagaan kita. Kalau dah terlebih tarikh tu (tamat tempoh) biasanya akan dikenakan kompaun / denda.

ezBiz Online SSM Renewal Form

Boleh pilih nak renew lesen perniagaan SSM selama 1 tahun, 2 tahun atau maksima 5 tahun. Kalau kena kompaun, bayar jela sekali dengan fee untuk renew.

Di kotak “Business Info” tu ada pilihan YES atau NO. Kalau nak salinan dokumen Business Info, pilih YES dan kena tambah bayaran RM10.60 (harga termasuk 6% GST). Kalau tak nak, pilih NO.

Business Info tu dokumen beberapa muka surat yang tertulis Maklumat Perniagaan, Jenis Perniagaan, Maklumat Cawangan (jika ada), dan Maklumat Pemilik Perniagaan.

KLIK: Contoh Dokumen Business Info

Kalau tak ambil Business Info tu rasanya takde masalah kot. Dapat jimat RM10.60. Lagipun macam takde guna je dokumen tu. Huhu..

Bila dah sedia untuk buat bayaran, tick pada kotak “I confirm that the fact……” dan tekan butang “Proceed to Payment“.

Cara Bayaran Renew SSM Secara Online

Sebelum buat bayaran, ezBiz akan tunjuk dulu maklumat harga untuk renew lesen perniagaan dan akan ada 2 pilihan cara bayar — PAY ONLINE dan PAY OVER THE COUNTER.

Cara bayar renew SSM melalui ezBiz Online

Pilih PAY ONLINE lah sebab nak renew SSM secara online kan.. Kalau pilih PAY OVER THE COUNTER rasanya kena buat bayaran di kaunter. Jadi satu hal pulak nak pergi kaunter. Macam tu baik tak payah guna EzBiz. Hihi..

Cara bayaran secara online boleh pilih nak bayar guna Kad Kredit / Kad Debit, atau bayar melalui Online Banking. Kalau nak bayar guna Kad Kredit / Debit, isi maklumat kad di ruangan yang disediakan.

Sue pilih bayar guna Maybank2U. Tekan je logo Maybank2U. Kalau nak bayar guna CIMB, tekan logo CIMB Clicks.

Cara bayar ezBiz SSM guna online banking

Lepas pilih nak bayar guna bank apa, portal akan buka laman web bank tu untuk kita login dan teruskan dengan proses bayaran.

Login akaun bank, semak detail bayaran, request TAC, sampai selesai buat bayaran.

Bayar renew SSM ezBiz Online melalui Maybank2U

Lepas tu Continue with Transaction dan akan terpapar Tax Invoice dengan segala maklumat pembayaran yang dah dibuat.

Boleh save as pdf atau print Tax Invoice tu kalau nak simpan.

SSM EzBiz Online Tax Invoice

SSM EzBiz Online Tax Invoice

Download Sijil Perniagaan SSM

Langkah seterusnya.. Nak dapatkan sijil pendaftaran perniagaan yang kita dah renew. Ada orang bagitau sijil tu akan dihantar ke email. Tapi Sue check email takde dapat pun sijil tu.

Sebenarnya tak perlu tunggu email sebab kita boleh terus download sijil terbaru kat laman web EzBiz Online.

Pergi ke menu “My Business Services” dan pilih “Renewal History“. Kemudian tekan ikon di bahagian “Action” untuk tengok Renewal Detail.

EzBiz Online Renewal History

Renewal detail ezBiz Online SSM

Scroll ke bawah lagi dan akan nampak butang “Download Certificate” dan “Download Business Info“.

Tekan butang tu untuk download sijil dan simpan. Lepas tu boleh print.

Download sijil daftar perniagaan melalui ezBiz Online SSM

Link download sijil SSM dan Business Info tu ada had masa. Cuma boleh download dalam masa 14 hari dari tarikh renew. Lepas 14 hari, link download tu dah tak boleh guna. So, kena pastikan download segera sijil SSM tu sebelum terlupa.

Ok.. Sekarang dah pun siap renew lesen perniagaan SSM melalui ezBiz Online. Senang je, kan?

Siapa belum daftar lagi akaun EzBiz Online bolehlah daftar di laman web ezbiz.ssm.com.my.

Share on Twitter Share on Facebook Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan:

  • Renew Lesen Perniagaan SSM di KPDNKK Putrajaya
  • Beli Barang Harga Murah di Chilindo
  • Tempah Qurban Secara Online dengan eQurban.com
  • Photobook Album Gambar Kahwin


Filed Under: Tips Tagged With: daftar perniagaan, daftar syarikat, download sijil ssm, ezbiz online, ezbiz online portal, panduan daftar ssm online, renew ssm secara online, ssm, ssm online

Tentang Penulis

Seorang pereka grafik di sebuah institusi pendidikan, suka luangkan masa di Facebook dan Instagram. Anda suka artikel ini? Boleh tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini.

Previous article:
Farewell Party Rakan Sekerja @ Mozer’s Subang Parade
Next article:
Slow Juicer Untuk Buat Jus Dengan Mudah

44 Comments

  1. faizah says

    28/10/2020 at 2:50 PM

    Salam.
    Terima kasih byk atas semua perkongsian & info.
    Sangat membantu kami dan memudahkan urusan kami setelah hamir sejam mengadap portal ssm online cari cara nak print sijil yg dah renew.
    Nasib la terbaca blok Sue ni. Terima kasih skli lg. Moga Allah tambah rezeki yg halal lg baraqah dan kurniakan kebaikan dunia akhirat atas segala kebaikanmu. aameen.

    Reply
  2. Sue Teong says

    10/10/2020 at 11:18 PM

    nak tanya perbezaan diantara nombor pendaftaran dengan lesen perniagaan
    contoh :
    No. Pendaftaran : 202003062588 (PC1234567-H)
    Lesen Perniagaan : ???

    Reply
    • Suraya CMZ says

      11/10/2020 at 1:25 AM

      No. Pendaftaran = Nombor pendaftaran nama perniagaan di SSM.

      Lesen Perniagaan = Lesen berniaga yang dikeluarkan oleh PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) / Majlis Bandaraya. Lesen kedai, gerai atau premis tempat berniaga.

      Untuk isi borang permohonan GKP ke? Kalau takda lesen perniagaan, bahagian tu boleh isi nombor pendaftaran SSM.

      Reply
      • Sue Teong says

        13/10/2020 at 3:35 PM

        Terima kasih atas komen anda.

        Reply
      • Nik says

        12/12/2020 at 2:43 PM

        assalammualaikum cik suraya,
        pertama sekali sy ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas panduan yg telah diberikan oleh cik suraya.
        sy juga menghadapi kekeliruan ketika mengisi borang GKP kerana ianya bertanya tentang NO pendaftaran dan LESEN perniagaan sedangkan sy hanya berdaftar sebagai perniagaan pemilikan tunggal jadi sebenarnya sy ni layak atau tidak untuk mendapat GKP ni? awak sendiri dah berjaya dapat ke? pasti ke hanya isi dengan “nombor pendaftaran ssm” sahaja dah memadai? jikalau ya, sy ingin memohon sumber rujukan ataupun langkah-langkah untuk selesaikan bantuan GKP secara lengkap dan teliti. kadang kala sy sakit hati apabila ramai orang salin semula benda sama over and over again jadi tak selesai masalah seperti sy nyatakan ini. setakat ni sy masih langsung tiada terima sebarang bantuan dari kerajaan termasuk la bsh ke bpn kesemuanya mereka kata sy “tak layak untuk memohon”
        tapi untuk GKP ni sahaja status sy masih kekal “permohonan telah diterima” sehingga sekarang masih tak berubah dan sy telah masukkan “nombor pendaftaran ssm” seperti mana cik suraya sarankan ini. adakah sy kekurangan apa-apa dokumen? ada apa tindakan yg sy perlu lakukan ke? harap cik suraya dapat memberi pencerahan tentang perihal ini. Terima kasih.

        Reply
      • nik says

        12/12/2020 at 2:59 PM

        sy sudah selesai tentang isu bantuan GKP sy ini. apapun terima kasih ya cik suraya.

        Reply
  3. Senjunabil says

    14/07/2020 at 6:15 PM

    Assalamualaikum saya nak tanya. Saya student. Ketua group saya tak download certificate ssm selepas 14 hari. If saya nak download mcm mane bab dah tak ada download punya butang

    Reply
    • Suraya CMZ says

      17/07/2020 at 2:11 PM

      Waalaikumussalam.

      Lebih 14 hari butang download tu akan hilang. Sistem Ezbiz SSM cuma simpan dokumen tu selama 14 hari je untuk kita download dan simpan sendiri.

      Selepas 14 hari, nak dapatkan certificate tu kena pergi kaunter SSM untuk reprint.. Atau boleh beli secara online melalui portal MyData-SSM atau SSM e-Info.

      MyData-SSM:
      https://www.mydata-ssm.com.my/

      SSM e-Info:
      https://www.ssm-einfo.my/

      Harga certificate RM20.
      Business profile RM25.
      + service tax 6%

      Cara lain untuk dapatkan certificate SSM, renew lagi 1 tahun melalui Ezbiz lepas tu download certificate yang baru. Pastikan download dalam tempoh 14 hari.

      Reply
  4. Charlene says

    30/06/2020 at 12:54 PM

    Di bahagian mana saya nak print cert ssm tu utk new business registration? Terima kasih

    Reply
    • Suraya CMZ says

      03/07/2020 at 2:39 AM

      Pergi menu “My Business Services”.. Di bahagian “New Business Registration” klik pada “List New Business Registration”. Kemudian klik tab “Approved/Reject” dan klik icon pensel di bahagian “Action”.

      Scroll ke bawah ada button untuk download Certificate dan Business Info. Diberi masa 14 hari sahaja untuk download cert. Selepas 14 hari, button download akan hilang.

      Reply
  5. WONG BEE SIEW says

    07/02/2020 at 1:42 PM

    I have used your system to renew my company’s ssm yesterday night and have made the payment. how to print out the new ssm ? I check my email until now haven’t get the copy from you.

    Thank you.

    Company name: U SAVE TOWING (001752630-U)

    Reply
    • Suraya CMZ says

      07/02/2020 at 9:13 PM

      EzBiz is an online system provided by SSM. Not my system. I just share the tutorial how to renew SSM Certificate using Ezbiz system.

      The copy not send to email. You can download the copy in your Ezbiz account.

      Login Ezbiz account, select menu “My Business Services” – “Renewal History” – click pencil icon at ‘Action’ column – scroll down and you will see “Download Certificate” button.

      Certificate only available for download within 14 days after application approve/success.

      Reply
  6. Diana says

    03/12/2019 at 4:21 PM

    Terima kasih. Entry yang sangat bermanfaat.

    Reply
  7. syasya says

    08/11/2019 at 11:47 PM

    lama x nak dapatkan balik sijil ssm yang hilang tu

    Reply
    • Suraya CMZ says

      09/11/2019 at 4:34 PM

      Sekejap je.

      1. Daftar & login akaun MYDATA-SSM
      2. Search nama syarikat / nombor daftar syarikat
      3. Tekan nama syarikat yang keluar
      4. Pilih “BUSINESS CERTIFICATE” (tekan SAMPLE utk tengok contoh)
      5. Add to cart
      6. View in cart
      7. Go to checkout
      8. Buat bayaran (credit card / debit card / online banking)
      9. Download salinan sijil SSM (pdf)

      Dah download salinan sijil tu, simpan baik-baik, atau print.

      Reply
      • syasya says

        10/11/2019 at 10:43 AM

        okay terima kasih yaa

        Reply
    • irfan says

      23/02/2020 at 1:02 AM

      Terima kasih banyak2.sangat membantu.dah setahun lebih tak renew SSM syarikat saya sebab takda masa ke kaunter.rupanya sambil baring2 pun boleh renew.good info.Terima kasih ya.

      Reply
  8. Ajey says

    07/10/2019 at 1:12 PM

    Kalau dah lebih 14 hari macam mana ??

    Reply
    • Suraya CMZ says

      07/10/2019 at 2:51 PM

      14 hari tempoh SSM bagi untuk download dokumen sijil SSM yang buat melalui Ezbiz. Lepas 14 hari, butang download Sijil SSM tu akan hilang.

      Nak dapatkan sijil tu selepas 14 hari, kena pergi kaunter SSM dan bayar harga sijil baru. Atau beli secara online melalui portal MYDATA-SSM.

      Reply
      • shahirah says

        05/11/2019 at 10:18 AM

        kena log in dulu ke kat website tu?

        Reply
        • shahirah says

          05/11/2019 at 10:21 AM

          untuk student incentive pun beli kat website tu jugak ke?

          Reply
          • Suraya CMZ says

            06/11/2019 at 6:45 PM

            Student incentive tu pendaftaran SSM percuma untuk tahun pertama je. Renew tahun berikutnya kena bayar macam biasa.

            Kalau sijil SSM hilang boleh beli melalui website MYDATA, atau renew je guna sistem Ezbiz Online.

            Reply
        • Suraya CMZ says

          06/11/2019 at 6:38 PM

          Ya.. Kena log in.

          Reply
  9. ain says

    05/10/2019 at 9:23 AM

    Kalau status pembayaran pending. Macam mana sy nak buat pembayaran baru ye?

    Reply
    • Suraya CMZ says

      07/10/2019 at 2:42 PM

      Status bayaran pending, boleh sambung buat pembayaran dari rekod yang disimpan dalam akaun Ezbiz.

      Untuk bayaran renewal, pergi menu “My Business Services” > “Renewal Service” > “Renewal by Owners”. Tekan ikon pensel kat bahagian “Action”. Boleh buat bayaran online kat situ.

      Kalau bayaran tu untuk perniagaan yang baru daftar, pergi menu “My Business Services” > “New Business Registration” > “List New Business Registration”. Tekan ikon pensel kat bahagian “Action”.

      Reply
      • winda says

        20/11/2019 at 2:45 PM

        dah tekan ikon tu, tapi tak boleh ‘ Previous payment still pending. Please wait before resubmit new payment.’ still ni yang keluar

        Reply
        • Suraya CMZ says

          20/11/2019 at 9:24 PM

          Cuba contact pihak SSM tanya tentang “Previous payment still pending” tu.

          Tel: 03-7721 4000
          Emel: enquiry[at]ssm.com.my​

          Atau message kat Facebook SSM – m.me/ssmofficialpage

          Reply
        • aliah says

          21/09/2020 at 11:04 PM

          Hi Winda, boleh tak awak share mcm mana awak buat bayaran pending ni. Sbb sy pon alami perkara yg sama

          Reply
  10. ZamMachinesGarage says

    16/09/2019 at 4:09 PM

    nak tanya la sy da renew da ssm tp bila nak download certificate tu tak dpt. dia ade tulis starting download tp tngok kat manage download takde plk kat phone. certificate ni boleh download guna phone kan?

    Reply
    • Suraya CMZ says

      18/09/2019 at 2:11 AM

      Boleh je download dari phone. Cuba download guna web browser yang lain.

      Reply
  11. nasirahbilah binti mustafa says

    12/09/2019 at 6:08 PM

    hai,suraya cmz.. terima kasih atas info mengenai ssm ni… byk yg sya x tahu..tpi selepas membaca pengalaman cik sendiri sya berkobar2 nk buka ssm..

    Reply
  12. sue ghazali says

    21/08/2019 at 8:39 AM

    boleh print online ke kalau ssm hilang

    Reply
    • Suraya CMZ says

      21/08/2019 at 12:47 PM

      Sijil SSM hilang boleh dapatkan salinan di mana-mana kaunter SSM.

      Kalau secara online, boleh beli salinan sijil di https://www.mydata-ssm.com.my/

      Atau lebih baik renew je. Kalau beli salinan, kena bayar untuk dapatkan salinan sijil yang hilang tu. Harga sijil + servis caj, dalam RM20+

      SSM nanti nak kena renew juga. Lebih baik renew terus, dapat sijil SSM yang baru.

      Reply
      • syasya says

        08/11/2019 at 11:38 PM

        salinan sijil yang hilang tu kalau kita beli boleh x dapat tarikh yang lama punya sbb masih belum tamat lagi tempoh sijil tu

        Reply
        • Suraya CMZ says

          09/11/2019 at 4:00 PM

          Sijil SSM yang dibeli tu salinan kepada sijil asal. Tempoh sahlaku akan ikut tarikh yang sama macam sijil SSM yang hilang tu.

          Reply
  13. Azie says

    19/07/2019 at 5:10 PM

    Bagi yang terlupa alamat email, paswd email, memang jenuh la nak renew walk in ke kaunter palah jawabnya.

    Reply
    • Suraya CMZ says

      21/07/2019 at 2:19 PM

      Kalau terlupa, boleh buat “Forgot Password”

      Reply
  14. Jawatan Kosong says

    02/05/2019 at 7:32 PM

    Terima kasih atas perkongsian. Sebelum ni renew dekat BSN je

    Reply
  15. murali says

    15/02/2019 at 5:01 PM

    boleh renewal dah tamat 1thn 6bulan

    Reply
    • Suraya CMZ says

      21/02/2019 at 11:34 PM

      Pendaftaran perniagaan yang dah tamat tempoh melebihi 12 bulan tak boleh renew dah. Kena daftar baru. Boleh daftar guna nama yang sama (sekiranya tiada orang lain guna nama tu).

      Reply
  16. Cetusan Suara says

    13/12/2018 at 11:45 PM

    Senang ada servis renew cara online ni. Jimat masa. Proses pun cepat. Kan?

    Reply
  17. jane says

    31/05/2018 at 11:09 AM

    boleh buat online renewal yang dah over due tiga bulan ? Boleh buat untuk parti ketiga ?

    Reply
  18. Ksjb says

    21/05/2018 at 1:16 PM

    Kena pergi pusat/ofis SSM sekali jugaklah sekarang ni. Kalau dulu masa mula-mula daftar perniagaan diperkenalkan secara online, tak payah pergi SSM langsung. Dok rumah je daftar secara online walaupun pertama kali daftar dengan SSM.

    Sesiapa nak daftar perniagaan sekarang ni, tunggulah 1 jun 2018 sebab gst 0%.

    Reply
  19. Semakan Online says

    21/02/2018 at 10:50 AM

    Mudah sekarang ni. Kalau dulu nak kena pergi SSM, yang ni sekali je pergi sekadar untuk aktifkan kemudian renew online je senang

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Buka Akaun Wahed Invest, Pelaburan Digital Patuh Syariah
  • Slow Juicer Untuk Buat Jus Dengan Mudah
  • Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Farewell Party Rakan Sekerja @ Mozer’s Subang Parade
  • Beli Barang Harga Murah di Chilindo

Komen Terkini

  • nik on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Nik on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • faizah on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Sue Teong on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Suraya CMZ on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Copyright © 2021 – Sagitaurus.com
Privacy Policy • Design by Anarm Network ♥