Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online

Awal bulan hari tu Sue renew lesen perniagaan SSM yang nak tamat tempoh. Renew untuk tempoh 1 tahun lagi. First time cuba renew guna sistem ezBiz Online. Alhamdulillah berjaya buat.

Mudah dan cepat renew lesen perniagaan SSM melalui ezBiz Online. 5-10 minit je duduk depan laptop buat urusan renew tu. Dah tak payah susah2 pergi kaunter SSM.

Zaman sekarang ni kan semuanya di hujung jari je.

Siapa ada buat bisnes tak kira bisnes online atau offline memang patut guna perkhidmatan EzBiz Online ni. Bukan saja untuk renew. Nak daftar perniagaan baru pun boleh buat guna ezBiz.

Cuma kena daftar sebagai pengguna EzBiz terlebih dahulu sebelum boleh guna sistem online yang SSM sediakan ni.

Daftar dan Renew Lesen Perniagaan SSM dengan EzBiz Online

Daftar Sebagai Pengguna EzBiz Online

Berikut cara daftar dan aktifkan ID untuk guna ezBiz Online :

  • Daftar sebagai pengguna di portal ezbiz.ssm.com.my menggunakan email yang sah.
  • Pergi mana-mana kaunter SSM, bawa kad pengenalan dan notifikasi yang diterima di email pengguna.
  • Aktifkan ID dengan membuat pengesahan cap jari (biometrik) bagi tujuan keselamatan maklumat (sekali seumur hidup).
  • Urusan selesai dan boleh gunakan ezBiz Online serta merta.

Sue aktifkan ID akaun ezBiz Online masa renew kat kaunter SSM tahun lepas. Tahun ni baru dapat renew secara online. Buat online lebih jimat masa.

Kalau renew di kaunter SSM dah tentu kena tunggu giliran lama. Penat dan membazir masa je, kan?

Cara Renew Lesen Perniagaan SSM Melalui EzBiz Online

Kat sini Sue nak kongsi cara renew lesen perniagaan SSM melalui EzBiz Online. Harap boleh jadi panduan untuk sesiapa yang baru pertama kali renew SSM secara online guna sistem EzBiz.

Cara-caranya…

Pertama sekali, login akaun ezBiz Online yang dah diaktifkan di laman web ezbiz.ssm.com.my.

Login akaun ezBiz Online SSM

Kemudian, pergi ke menu “My Business Services” dan tekan link “Renewal by Owners” (bahagian “Renewal Service”).

ezBiz Online SSM - Renewal by Owners

Lepas tu akan terpapar senarai perniagaan yang kita dah didaftarkan. Kalau daftar 1 syarikat je, akan tunjuk 1 syarikat. Kalau ada daftar beberapa perniagaan lain, akan ditunjuk jugak dalam kotak tu.

Untuk renew, tekan ikon di bahagian “Action”.

Renew pendaftaran perniagaan SSM melalui ezBiz

Lepas klik ikon tu, boleh tengok paparan maklumat perniagaan yang kita nak renew. Scroll ke bawah sampai bahagian Renewal Form.

Kat bahagian Renewal Form ni akan tunjuk tarikh luput tempoh pendaftaran perniagaan kita. Kalau dah terlebih tarikh tu (tamat tempoh) biasanya akan dikenakan kompaun / denda.

ezBiz Online SSM Renewal Form

Boleh pilih nak renew lesen perniagaan SSM selama 1 tahun, 2 tahun atau maksima 5 tahun. Kalau kena kompaun, bayar jela sekali dengan fee untuk renew.

Di kotak “Business Info” tu ada pilihan YES atau NO. Kalau nak salinan dokumen Business Info, pilih YES dan kena tambah bayaran RM10.60 (harga termasuk 6% GST). Kalau tak nak, pilih NO.

Business Info tu dokumen beberapa muka surat yang tertulis Maklumat Perniagaan, Jenis Perniagaan, Maklumat Cawangan (jika ada), dan Maklumat Pemilik Perniagaan.

KLIK: Contoh Dokumen Business Info

Kalau tak ambil Business Info tu rasanya takde masalah kot. Dapat jimat RM10.60. Lagipun macam takde guna je dokumen tu. Huhu..

Bila dah sedia untuk buat bayaran, tick pada kotak “I confirm that the fact……” dan tekan butang “Proceed to Payment“.

Cara Bayaran Renew SSM Secara Online

Sebelum buat bayaran, ezBiz akan tunjuk dulu maklumat harga untuk renew lesen perniagaan dan akan ada 2 pilihan cara bayar — PAY ONLINE dan PAY OVER THE COUNTER.

Cara bayar renew SSM melalui ezBiz Online

Pilih PAY ONLINE lah sebab nak renew SSM secara online kan.. Kalau pilih PAY OVER THE COUNTER rasanya kena buat bayaran di kaunter. Jadi satu hal pulak nak pergi kaunter. Macam tu baik tak payah guna EzBiz. Hihi..

Cara bayaran secara online boleh pilih nak bayar guna Kad Kredit / Kad Debit, atau bayar melalui Online Banking. Kalau nak bayar guna Kad Kredit / Debit, isi maklumat kad di ruangan yang disediakan.

Sue pilih bayar guna Maybank2U. Tekan je logo Maybank2U. Kalau nak bayar guna CIMB, tekan logo CIMB Clicks.

Cara bayar ezBiz SSM guna online banking

Lepas pilih nak bayar guna bank apa, portal akan buka laman web bank tu untuk kita login dan teruskan dengan proses bayaran.

Login akaun bank, semak detail bayaran, request TAC, sampai selesai buat bayaran.

Bayar renew SSM ezBiz Online melalui Maybank2U

Lepas tu Continue with Transaction dan akan terpapar Tax Invoice dengan segala maklumat pembayaran yang dah dibuat.

Boleh save as pdf atau print Tax Invoice tu kalau nak simpan.

SSM EzBiz Online Tax Invoice
SSM EzBiz Online Tax Invoice

Download Sijil Perniagaan SSM

Langkah seterusnya.. Nak dapatkan sijil pendaftaran perniagaan yang kita dah renew. Ada orang bagitau sijil tu akan dihantar ke email. Tapi Sue check email takde dapat pun sijil tu.

Sebenarnya tak perlu tunggu email sebab kita boleh terus download sijil terbaru kat laman web EzBiz Online.

Pergi ke menu “My Business Services” dan pilih “Renewal History“. Kemudian tekan ikon di bahagian “Action” untuk tengok Renewal Detail.

EzBiz Online Renewal History

Renewal detail ezBiz Online SSM

Scroll ke bawah lagi dan akan nampak butang “Download Certificate” dan “Download Business Info“.

Tekan butang tu untuk download sijil dan simpan. Lepas tu boleh print.

Download sijil daftar perniagaan melalui ezBiz Online SSM

Link download sijil SSM dan Business Info tu ada had masa. Cuma boleh download dalam masa 14 hari dari tarikh renew. Lepas 14 hari, link download tu dah tak boleh guna. So, kena pastikan download segera sijil SSM tu sebelum terlupa.

Ok.. Sekarang dah pun siap renew lesen perniagaan SSM melalui ezBiz Online. Senang je, kan?

Siapa belum daftar lagi akaun EzBiz Online bolehlah daftar di laman web ezbiz.ssm.com.my.

47 Comments

  1. NORLIZA BINTI NORDIN
    NORLIZA BINTI NORDIN

    hi sis, saya nak tanya, mcmna saya nk dapatkan ”bussiness info”.. saya hanya dapat print cert sj.. button utk print “bussiness info” tak ada pun.

    • Masa register / renew, bahagian Business Info pilih “YES” atau “NO”?

      Kalau pilih YES, kat Renewal History akan ada button download Certificate dan Business Info tu. Kalau pilih NO, dokumen business info takda, cuma boleh download Certificate je.

  2. nk tanya laaa…bolehkah kite buat new registration bagi pihak lain melalui ebiz nie…kalau boleh bagaimana ye caranya..

    terima kasih

  3. Salam.
    Terima kasih byk atas semua perkongsian & info.
    Sangat membantu kami dan memudahkan urusan kami setelah hamir sejam mengadap portal ssm online cari cara nak print sijil yg dah renew.
    Nasib la terbaca blok Sue ni. Terima kasih skli lg. Moga Allah tambah rezeki yg halal lg baraqah dan kurniakan kebaikan dunia akhirat atas segala kebaikanmu. aameen.

  4. nak tanya perbezaan diantara nombor pendaftaran dengan lesen perniagaan
    contoh :
    No. Pendaftaran : 202003062588 (PC1234567-H)
    Lesen Perniagaan : ???

    • No. Pendaftaran = Nombor pendaftaran nama perniagaan di SSM.

      Lesen Perniagaan = Lesen berniaga yang dikeluarkan oleh PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) / Majlis Bandaraya. Lesen kedai, gerai atau premis tempat berniaga.

      Untuk isi borang permohonan GKP ke? Kalau takda lesen perniagaan, bahagian tu boleh isi nombor pendaftaran SSM.

      • Terima kasih atas komen anda.

      • assalammualaikum cik suraya,
        pertama sekali sy ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas panduan yg telah diberikan oleh cik suraya.
        sy juga menghadapi kekeliruan ketika mengisi borang GKP kerana ianya bertanya tentang NO pendaftaran dan LESEN perniagaan sedangkan sy hanya berdaftar sebagai perniagaan pemilikan tunggal jadi sebenarnya sy ni layak atau tidak untuk mendapat GKP ni? awak sendiri dah berjaya dapat ke? pasti ke hanya isi dengan “nombor pendaftaran ssm” sahaja dah memadai? jikalau ya, sy ingin memohon sumber rujukan ataupun langkah-langkah untuk selesaikan bantuan GKP secara lengkap dan teliti. kadang kala sy sakit hati apabila ramai orang salin semula benda sama over and over again jadi tak selesai masalah seperti sy nyatakan ini. setakat ni sy masih langsung tiada terima sebarang bantuan dari kerajaan termasuk la bsh ke bpn kesemuanya mereka kata sy “tak layak untuk memohon”
        tapi untuk GKP ni sahaja status sy masih kekal “permohonan telah diterima” sehingga sekarang masih tak berubah dan sy telah masukkan “nombor pendaftaran ssm” seperti mana cik suraya sarankan ini. adakah sy kekurangan apa-apa dokumen? ada apa tindakan yg sy perlu lakukan ke? harap cik suraya dapat memberi pencerahan tentang perihal ini. Terima kasih.

      • sy sudah selesai tentang isu bantuan GKP sy ini. apapun terima kasih ya cik suraya.

  5. Assalamualaikum saya nak tanya. Saya student. Ketua group saya tak download certificate ssm selepas 14 hari. If saya nak download mcm mane bab dah tak ada download punya butang

    • Waalaikumussalam.

      Lebih 14 hari butang download tu akan hilang. Sistem Ezbiz SSM cuma simpan dokumen tu selama 14 hari je untuk kita download dan simpan sendiri.

      Selepas 14 hari, nak dapatkan certificate tu kena pergi kaunter SSM untuk reprint.. Atau boleh beli secara online melalui portal MyData-SSM atau SSM e-Info.

      MyData-SSM:
      https://www.mydata-ssm.com.my/

      SSM e-Info:
      https://www.ssm-einfo.my/

      Harga certificate RM20.
      Business profile RM25.
      + service tax 6%

      Cara lain untuk dapatkan certificate SSM, renew lagi 1 tahun melalui Ezbiz lepas tu download certificate yang baru. Pastikan download dalam tempoh 14 hari.

  6. Di bahagian mana saya nak print cert ssm tu utk new business registration? Terima kasih

    • Pergi menu “My Business Services”.. Di bahagian “New Business Registration” klik pada “List New Business Registration”. Kemudian klik tab “Approved/Reject” dan klik icon pensel di bahagian “Action”.

      Scroll ke bawah ada button untuk download Certificate dan Business Info. Diberi masa 14 hari sahaja untuk download cert. Selepas 14 hari, button download akan hilang.

  7. I have used your system to renew my company’s ssm yesterday night and have made the payment. how to print out the new ssm ? I check my email until now haven’t get the copy from you.

    Thank you.

    Company name: U SAVE TOWING (001752630-U)

    • EzBiz is an online system provided by SSM. Not my system. I just share the tutorial how to renew SSM Certificate using Ezbiz system.

      The copy not send to email. You can download the copy in your Ezbiz account.

      Login Ezbiz account, select menu “My Business Services” – “Renewal History” – click pencil icon at ‘Action’ column – scroll down and you will see “Download Certificate” button.

      Certificate only available for download within 14 days after application approve/success.

  8. Terima kasih. Entry yang sangat bermanfaat.

  9. lama x nak dapatkan balik sijil ssm yang hilang tu

    • Sekejap je.

      1. Daftar & login akaun MYDATA-SSM
      2. Search nama syarikat / nombor daftar syarikat
      3. Tekan nama syarikat yang keluar
      4. Pilih “BUSINESS CERTIFICATE” (tekan SAMPLE utk tengok contoh)
      5. Add to cart
      6. View in cart
      7. Go to checkout
      8. Buat bayaran (credit card / debit card / online banking)
      9. Download salinan sijil SSM (pdf)

      Dah download salinan sijil tu, simpan baik-baik, atau print.

    • Terima kasih banyak2.sangat membantu.dah setahun lebih tak renew SSM syarikat saya sebab takda masa ke kaunter.rupanya sambil baring2 pun boleh renew.good info.Terima kasih ya.

  10. Kalau dah lebih 14 hari macam mana ??

  11. Kalau status pembayaran pending. Macam mana sy nak buat pembayaran baru ye?

    • Status bayaran pending, boleh sambung buat pembayaran dari rekod yang disimpan dalam akaun Ezbiz.

      Untuk bayaran renewal, pergi menu “My Business Services” > “Renewal Service” > “Renewal by Owners”. Tekan ikon pensel kat bahagian “Action”. Boleh buat bayaran online kat situ.

      Kalau bayaran tu untuk perniagaan yang baru daftar, pergi menu “My Business Services” > “New Business Registration” > “List New Business Registration”. Tekan ikon pensel kat bahagian “Action”.

  12. nak tanya la sy da renew da ssm tp bila nak download certificate tu tak dpt. dia ade tulis starting download tp tngok kat manage download takde plk kat phone. certificate ni boleh download guna phone kan?

  13. nasirahbilah binti mustafa
    nasirahbilah binti mustafa

    hai,suraya cmz.. terima kasih atas info mengenai ssm ni… byk yg sya x tahu..tpi selepas membaca pengalaman cik sendiri sya berkobar2 nk buka ssm..

  14. boleh print online ke kalau ssm hilang

    • Sijil SSM hilang boleh dapatkan salinan di mana-mana kaunter SSM.

      Kalau secara online, boleh beli salinan sijil di https://www.mydata-ssm.com.my/

      Atau lebih baik renew je. Kalau beli salinan, kena bayar untuk dapatkan salinan sijil yang hilang tu. Harga sijil + servis caj, dalam RM20+

      SSM nanti nak kena renew juga. Lebih baik renew terus, dapat sijil SSM yang baru.

  15. Bagi yang terlupa alamat email, paswd email, memang jenuh la nak renew walk in ke kaunter palah jawabnya.

  16. Terima kasih atas perkongsian. Sebelum ni renew dekat BSN je

  17. boleh renewal dah tamat 1thn 6bulan

    • Pendaftaran perniagaan yang dah tamat tempoh melebihi 12 bulan tak boleh renew dah. Kena daftar baru. Boleh daftar guna nama yang sama (sekiranya tiada orang lain guna nama tu).

  18. Senang ada servis renew cara online ni. Jimat masa. Proses pun cepat. Kan?

  19. boleh buat online renewal yang dah over due tiga bulan ? Boleh buat untuk parti ketiga ?

  20. Kena pergi pusat/ofis SSM sekali jugaklah sekarang ni. Kalau dulu masa mula-mula daftar perniagaan diperkenalkan secara online, tak payah pergi SSM langsung. Dok rumah je daftar secara online walaupun pertama kali daftar dengan SSM.

    Sesiapa nak daftar perniagaan sekarang ni, tunggulah 1 jun 2018 sebab gst 0%.

  21. Mudah sekarang ni. Kalau dulu nak kena pergi SSM, yang ni sekali je pergi sekadar untuk aktifkan kemudian renew online je senang

Leave a Comment