Resepi Mudah Koktail Buah-buahan

Resepi koktail buah ni Sue belajar dari kakak ipar. First time makan yang dia buat, terus terpikat dengan menu koktail buah ni.

Belajar buat ni sebab en. suami mintak Sue buatkan. Dia makan resepi koktail buah ni masa majlis kahwin kitorang dulu. Sedap katanye, tu yang mintak buatkan lagi untuk dia.

So, Sue nak share lah dengan korang resepi mudah koktail buah-buahan. Memang sangat mudah terutamanya bagi orang yang tak berapa pandai masak macam ni Sue ni.. πŸ˜€

Inilah resepinya. Senang, murah lagi sedap.. nyum.. nyumm.. nyummm.. dan yang paling penting en. suami suka. πŸ™‚

bahan koktail buah

Bahan-Bahan Resepi Koktail Buah

2 tin susu cair
1 tin laici / longan
1 tin buah untuk koktail
Nata de coco
Sumi Jelly
sedikit bahan perasa (gula dan garam)

Nak tambah buah-buah lain pun boleh. Ikut selera korang.

Cara-Cara Membuat Koktail Buah

  1. Campurkan susu cair, air longan, air buah koktail, air nata de coco (ambil air sahaja, buah asingkan dalam bekas lain)
     
  2. buah campuran koktail

  3. Masukkan sedikit gula (untuk tambah manis, jika suka) dan secubit kecil garam.
  4. Kacau campuran tadi sehingga gula dan garam hancur atau boleh juga panaskan / masak di atas dapur untuk seketika (keluar wap dan boleh padam api).
  5. Jika dimasak, sejukkan dahulu barulah boleh masukkan isi buah yang diketepikan tadi bersama sumi jelly.
  6. Letakkan ais, sedia untuk dihidangkan.

Untuk lebih sedap, sejukkan campuran koktail buah tadi di dalam peti ais terlebih dahulu.

Kalau suka makan tanpa ais, tak perlu tambah gula dalam koktail kerana campuran telah sedia manis.

Kenapa perlu tambah sesudu dua gula jika makan dengan ais? Sebabnya nanti ais cair jadi tawar pulak rasa koktail tu.

koktail buah sagitaurus

Sue lebih suka masak campuran susu dan air-air buah tu sebab nak pastikan campuran tadi betol-betol masak.

Ye la, benda dalam tin ni kita tak tau cara proses dia. Entah-entah tak masak pun, just letak air biasa.

Kalau korang nak masak / panaskan sekejap campuran tu pastikan kacau dulu campuran biar sebati, lepas tu baru masak sekejap dengan api perlahan.

Sesetengah campuran air buah tu akan berketul-ketul ketika dimasak kalau campuran belum sebati. Terkejut kot tiba-tiba panas sebab tu tak nak sebati bersama mereka. Hehe.

Pastikan juga campuran tu sejuk dulu baru boleh masukkan isi buah-buah tadi. Kalau tak, air koktail tu jadi berketul-ketul, nampak tak cantik koktail kita nanti.

Kalau nak lagi senang tak perlu masak, dah dicampur semua bahan-bahan tu, dikacau sebati terus je masukkan buah, letak ais dan boleh makan. nyum..nyum.. πŸ˜€

Senang je kan resepi ni? Selamat mencuba… πŸ™‚

Rahsia Jana RM7k Jual Jus Buah-Buahan

Nota: Boleh guna apa-apa buah dalam tin atau perisa nata de coco yang korang suka. Cuma untuk buat air koktail hanya ambil air yang jernih sahaja. Air yang berwarna seperti perisa strawberry, kiwi atau lain-lain perisa, hanya ambil isi buahnya sahaja.

Kalau campur semua sekali air yang jernih dengan yang berwarna, hasilnya koktail berwarna pulak. Tapi jika korang memang suka berwarna boleh aje nak buat macam tu pun. Ikut citarasa korang lah πŸ˜€

*Hidangan untuk 5 – 6 orang

15 Comments

  1. noradzlin binti juhari
    noradzlin binti juhari

    Nk tanye kenape ye bile saye masakkan dulu susu cair tu die akan jadi xcantik..

    Ape2 pun sodap.

  2. kalau tak letak sumi tak pe kan

  3. kak, koktel mmg sedap, tp kurangkan lah makan koktel sbb Rasulullah x galakkan. ok πŸ™‚

  4. sy nk cubalah resepi.mcm sdap je:D

  5. Thanks akak utk resepi ni.. sye suke

  6. nyum..nyum.. boleh cuba lah lepas nih.

  7. saya tak suka sangat cocktail huhu .. tapi org dah buat telan je..hehe

  8. sedapnya koktail, lama x merasa koktain sesedap macam nie…

  9. sedap ni…sy pun suka koktail buah-buahan..boleh try resipi dr sue pula..hehe

    • @Ibu Mifzal Arsyad, hehe.. try wat dulu pastu bg komen ek resepi tu sedap ke tak.. bg sue sedap la tp bagi orang lain xtau camne..
      kalau rasa air tu manis sangat boleh tambah air sikit. terpulang suka tahap manis yg macam mana.

  10. Koktail sedap.. Nanti buat lagi ek.. :happy:

Leave a Reply