Resepi Sweet Corn (Jagung Manis)

Sweet corn (jagung manis) adalah antara makanan kegemaran Sue ngan en. suami. Setiap kali beli yang dah siap masak mesti rasa tak cukup.

Satu cawan yang berharga RM2.50 tu rasa macam sikit sangat, tak puas makan lagi tengok-tengok dah abis dah. hmmm..

sweet corn

Resepi sweet corn yang sedap ni sangat mudah. Dan kalau nak tahu, resepi ni Sue scan tengok bahan-bahan apa dan cara-cara buat masa tengah order sweet corn kat pasaraya tu. hihi

Bahan-Bahan Resepi Sweet Corn

bahan masak sweet corn

  • 1 Paket Sweet corn (nak guna yang fresh pun boleh lagi sedap)
  • 3 sudu besar susu pekat manis (agak-agak)
  • 1/2 sudu besar marjerin
  • secubit garam

Cara Buat Sweet Corn

  1. Kukus jagung hingga masak
  2. Setelah jagung masak masukan dalam bekas yang sesuai, masukkan marjerin, susu pekat dan sedikit garam.
  3. sweet corn sedap

  4. Gaul sehingga sebati
  5. Sedia dihidangkan. Sedap dimakan ketika masih panas.

Mudah je kan? Selamat mencuba. 🙂

Kalau tak nak kukus boleh juga guna kaedah rebus.

Rebus jagung bersama secubit garam. Bila jagung dah empuk, toskan jagung tu dulu bagi tak ada balance air rebusan tadi dan terus digaul dengan marjerin dan susu pekat ketika jagung masih panas. Siap!

Memang puas hati makan bila kita masak sendiri. Masak satu paket ni kami berdua je habiskan. hihi

6 Comments

    • a’ah.. apa-apa kalau masak sendiri memang menjimatkan dan boleh makan banyak.. puas hati kan.. tambah2 yang family ramai memang lagi jimat masak sendiri.

Leave a Reply