Sagitaurus.com

Blog Peribadi Suraya, Bukan Blog Zodiak

  • Home
  • Penulis
  • Hubungi


You are here: Home » Agama » Sikap Seorang Muslim Terhadap Ibunya

Sikap Seorang Muslim Terhadap Ibunya

Ditulis oleh Suraya CMZ pada 19/10/2010 7 Comments

Share on Twitter Share on Facebook Share on WhatsApp

Entri kali ni tentang sikap seorang muslim. Dipetik daripada email yang dah masuk dalam peti spam kat Gmail Sue. Rasa terharu dan rasa nak nangis jugak la bila baca isi email tu.

doa untuk ibu sikap seorang muslimEntri ni sekadar perkongsian semula. Mungkin ada di kalangan korang yang dah pon tau tentang kisah ni.

Mungkin kisah ni dah berkurun lama tersebar kat internet, cuma Sue sorang je yang ketinggalan. Mungkin juga entri ni lebih sesuai diterbitkan pada Hari Ibu sebab ianya berkisar tentang ibu.

Persoalannya, wajarkah penghargaan terhadap seorang ibu hanya dilakukan pada Hari Ibu?

“Ibu.. Ibu.. Engkaulah ratu hatiku.. Bila ku berduka, engkau hiburkan selalu.. Ibu.. Ibu.. Engkaulah ratu hatiku..” Hehe.. Menyanyi pulak.

Meh baca kisah menarik ni. Sue copy paste dari email je.


Cerita saya ini merupakan kisah seorang bernama Smith yang telah menukar namanya kepada Muhammad Abdullah setelah memeluk agama Islam.

Dia yang berasal dari Chicago, kemudiannya berpindah ke Olympia telah menerima al-Quran daripada seseorang, dan ia telah membuka hatinya untuk memeluk agama Islam setelah bertanyakan banyak perkara kepada saya tentang Islam.

Setelah bergelar Muslim, saya kerap melihat dia menunaikan solat di masjid dan dia juga sentiasa memakai kopiah berwarna putih.

Pada satu hari, dia telah datang kepada saya dan memberitahu bahawa ibunya sedang sakit di Chicago. Dia memberitahu saya yang dia ingin menziarahi ibunya.

Kemudian dia menghubungi ibunya untuk memberitahu yang dia akan datang untuk bertemu dengannya.

Apabila tiba di rumah ibunya, ibunya membuka pintu dan berkata, “Adakah kamu Smith?“.

“Tidak, Ibu. Nama ku sekarang ialah Muhammad Abdullah“, jawabnya.

Ibunya bertanya, “Adakah kamu seorang Muslim?“. Dia menjawab, “Ya, Ibu“.

Ibunya menjadi sangat marah dan bertanya mengapa dia mengikuti agama pengganas, yang penuh kekerasan, kekejaman dan sebagainya itu. Ibunya berleter tentang betapa buruknya agama Islam.

Muhammad Abdullah faham bahawa ibunya telah dipengaruhi oleh media.

Oleh itu, sementara dia tinggal bersama ibunya selama dua minggu, dia tidak pernah berbicara tentang Islam. Dia hanya menunjukkan Islam melalui tindak-tanduknya.

Dia memasak, membersihkan rumah, membawa ubat-ubatan, dan menemani ibunya sebelum dia pergi tidur.

Secara umumnya, dia telah berbuat baik dan mengambil berat terhadap ibunya. Apabila masuk waktu solat, dia meminta izin terlebih dahulu dan bersolat di sisi ibunya.

Sikap Seorang Muslim Berbuat Baik Terhadap Ibunya

“Smith, mari ke sini” kata ibunya selepas dua minggu.

“Tahukah kamu bahawa ketika kamu masih muda, ayahmu sentiasa membawa kamu ke gereja? Tetapi gereja tidak pernah mengubah gaya hidupmu. Bila kamu menjadi seorang remaja, kamu sering pulang ke rumah dalam keadaan mabuk, memanggil nama ku, dan mengeluarkan kata-kata kasar jika kamu pulang ke rumah dan tiada makanan,” tambah ibunya.

“Tapi sekarang kamu benar-benar berubah. Kamu terbang dari Olympia datang ke sini, melintasi ribuan kilometer, sementara kakak dan abangmu yang tinggal di kota berdekatan ini hanya menghantar bunga padaku dan bercakap melalui telefon sahaja. Selain itu, kamu telah membuat aku berasa senang selama dua minggu ini.”

Muhammad Abdullah berkata, “Ibu, ini adalah Islam. Adakah ibu tahu bahawa setelah Allah S.W.T meminta aku untuk menyembah-Nya, Allah juga meminta aku untuk berbuat baik dan bersikap baik terhadapmu? Dan Nabi Muhammad s.a.w juga ada mengatakan bahawa jika aku menyenangkan Allah tetapi aku tidak menyenangkanmu, aku tidak akan boleh masuk syurga. Muhammad s.a.w juga mengatakan bahawa syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu.”

Lalu ibunya berkata, “Smith! Apa yang harus aku lakukan jika aku ingin menjadi seperti mu?”

Smith menjawab, “Adakah ibu yakin sedangkan sebelum ini ibu mengatakan bahawa Islam adalah agama pengganas?“.

Ibunya berkata, “Ya, aku yakin dan pasti kerana Islam telah mengubah hidupmu. Islam juga telah mengubah keperibadian dan perilakumu, Smith.”

Kemudian ibunya memeluk agama Islam setelah mengucap kalimah shahadah dan Muhammad Abdullah menambah lagi tempoh selama 2 minggu untuk tinggal di situ bagi mengajar ibunya cara menunaikan solat dengan betul dan mengajar asas ajaran Islam.

Pada tahun yang sama, dia pergi ke Mekah untuk menunaikan haji bersama saya. Setelah tiga bulan kembali dari Haji, dia mengatakan bahawa ibunya telah meninggal dunia.

Saya berkata kepadanya, “InsyaAllah dengan rahmat Tuhan dan kerana usahamu, dia akan diselamatkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, dan sekarang kamu boleh berdoa untuknya”

“Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa ibuku, dan rahmatilah ibuku sepertimana dia mendidikku sewaktu kecil.”

Ibunya menjadi seorang muslimah kerana perbuatan baik dan perilaku anaknya. Semoga Allah menempatkan mereka bersama-sama di tempat yang indah. Amin..


Terharu tak baca kisah sikap seorang muslim terhadap ibunya tu? So, lepas-lepas ni berbuat baiklah kepada ibu kita sementara dia masih hidup dengan kita atas muka bumi ni.

Tak kira walau agama apa pon kita ni, ibu tetap sebahagian daripada hidup kita. Hargailah setiap pengorbanan yang ibu kita dah bagi kat kita, jaga kita bagai menatang minyak yang penuh, dari kecil hinggalah kita dah besar panjang sekarang ni.

Jangan pulak korang berbuat baik dengan ibu korang je tapi berkurang ajar dengan ayah korang. Jangan!

Buat baiklah dengan kedua-duanya sebab tanpa ibu, tanpa ayah kita takkan wujud di dunia ni.

Share on Twitter Share on Facebook Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan:

  • 7 Nasihat Dari Kubur Buat Umat Islam
  • Sikap Berdasarkan Tarikh Lahir
  • Hati Seorang Wanita
  • Diari Seorang Lelaki


Filed Under: Agama Tagged With: anak soleh, doa untuk ibu, ibubapa, Islam, kisah penganut agama Kristian memeluk Islam, kisah Smith, kisah tauladan, Smith memeluk islam

Tentang Penulis

Seorang pereka grafik di sebuah institusi pendidikan, suka luangkan masa di Facebook dan Instagram. Anda suka artikel ini? Boleh tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini.

Previous article:
Ucapan Hari Raya Untuk Rakan-rakan Tersayang
Next article:
Jangan Buat Ini Jika Mahu Sihat!

7 Comments

  1. Cik Norfa says

    19/10/2010 at 7:41 PM

    tu la…kdg2 mualaf ni lebih mulia haitnya dari orang Islam tu sendiri…
    semoga kita terselamat dari seksa api neraka. insyaAllah.

    Reply
    • Suraya says

      20/10/2010 at 8:24 AM

      @Cik Norfa: InsyaAllah, selagi iman masih teguh, kuat dalam diri, kita mampu mencegah diri dari melakukan perkara2 yang dilarang. Harapnye begitulah kan.. :8

      Reply
  2. Anarm says

    19/10/2010 at 6:39 PM

    tiba2 teringat kat mak.. =(

    Reply
    • Suraya says

      20/10/2010 at 8:26 AM

      @Anarm: jom balik kg. jumpa mak.. 🙂

      Reply
  3. suffer8zine says

    19/10/2010 at 1:50 PM

    syurga dibawah telapak kaki ibu

    terkini : Pertandingan Tarik Tali 43 Tan

    Reply
    • Suraya says

      20/10/2010 at 8:21 AM

      @suffer8zine: ya betul! hormati dan sayangilah mereka selagi masih berkesempatan. :8

      Reply
      • suffer8zine says

        20/10/2010 at 9:14 PM

        @Suraya, setuju! i love my mom

        Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Buka Akaun Wahed Invest, Pelaburan Digital Patuh Syariah
  • Slow Juicer Untuk Buat Jus Dengan Mudah
  • Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Farewell Party Rakan Sekerja @ Mozer’s Subang Parade
  • Beli Barang Harga Murah di Chilindo

Komen Terkini

  • nik on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Nik on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • faizah on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Sue Teong on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Suraya CMZ on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Copyright © 2021 – Sagitaurus.com
Privacy Policy • Design by Anarm Network ♥