Slow Juicer Untuk Buat Jus Dengan Mudah

Satu hari tu Sue ada tertengok iklan Slow Juicer dalam program tv WOW SHOP. Mudah betul tengok dia tunjuk demo cara buat jus guna benda tu.

Macam best pulak kalau ada sebijik kat rumah. Boleh minum jus hari-hari.

Tapi harga dia dalam RM300 – RM400 kot. Takde bajet nak beli dengan harga macam tu.

Sue pun cuba cari kat Shopee kot2 ada jual slow juicer murah kat situ.

Hasil carian di Shopee, Sue jumpa 3 jenama slow juicer yang harga dia lebih murah. Dalam RM200 je. Nampak macam ok sebab baca review kat page produk tu, ramai jugak pembeli yang puas hati.

Bad review pun ada. Biasa la kalau beli barang online. Barang takde depan mata. Bila dah dapat, kadang2 barang tu tak seperti yang dibayangkan.

Ada jugak pembeli bagi rating rendah sebab shipping lambat.

Sue tak kisah sangat barang sampai lambat. Asalkan barang tu ok, cukup dah.

Macam mana nak tahu barang tu ok ke tidak? Kena la baca review dari pembeli-pembeli lain yang pernah beli dengan penjual barang tu.

Beli Slow Juicer di Shopee

Slow juicer untuk buat jus dengan mudah

Disebabkan tak mampu nak beli slow juicer yang mahal, Sue pilih beli yang harga murah je.

3 jenama slow juicer di Shopee yang jadi pilihan Sue:

  1. SAVTM JE-07
  2. Alpha Living KEA0230
  3. Russell Taylors SJ-33

Lepas baca review ketiga-tiga jenama slow juicer tu, Sue buat keputusan beli SAVTM JE-07 Slow Juicer. Harga dia RM148.80.

Slow juicer yang lain tu Sue tengok banyak jugak bad review. Barang tak cukup lah, barang pecah lah.

Jadi tak berani nak pilih yang tu. Takut dapat barang bermasalah pulak.

Slow juicer SAVTM JE-07
SAVTM JE-07 Slow Juicer 100% Fresh Fruit Juice Extraction

SAVTM JE-07 Slow Juicer

Sue beli slow juicer SAVTM ni bayar guna duit suami (hehe). Redeem Shopee coins dan shipping voucher, dapat harga lebih murah sikit termasuk pos.

Shipping boleh guna kurier J&T Express atau Poslaju.

Encik suami suruh pilih kurier Poslaju sebab dia dah biasa guna servis Poslaju setiap kali beli barang online kat Shopee.

Servis J&T kurang memuaskan katanya.

SAVTM JE-07 Slow Juicer

Tempoh penghantaran melalui Poslaju ambil masa 2 hari je sampai rumah.

Encik suami terima barang tu sebab dia ada kat rumah. Lepas tu, dia pulak yang terlebih seronok bila dah dapat slow juicer tu. Haha..

SAVTM JE-07 Slow Juicer

Sebelum guna, kena basuh dulu beberapa peralatan slow juicer tu. Basuh dan gosok-gosok sampai betul-betul bersih.

Nak basuh pun senang je. Ada dapat sekali berus untuk cuci peralatan dia.

2 botol kecik untuk isi jus pun ada dapat dengan slow juicer SAVTM ni.

Slow Juicer SAVTM

Sue dan suami dah banyak kali guna slow juicer ni buat jus carrot, jus epal, jus saderi, jus oren, jus timun. Lepas tu tambah ais. Sedap!

Paling Sue suka hasil jus dia takde hampas. Dia perah dan asingkan terus hampas buah / sayur tu. Sedap sikit minum jus takde hampas.

Jus Saderi
Jus Saderi

Rasa puas hati jugak guna SAVTM JE-07 Slow Juicer. Berbaloi dengan harga dia. Murah dan mampu milik.

Setakat ni, slow juicer masih berfungsi dengan baik.

Nanti nak cuba buat jus lain pulak guna SAVTM JE-07 Slow Juicer.

Leave a Reply