Tahun Baru, Azam Baru 2011

Banner Tahun Baru 2011

Happy New Year 2011 kawan-kawan!!! Sambut tahun baru kat mana kali ni? Sue sambut kat rumah jela kot, tak berapa rajin nak keluar. ngeee~

Apa-apa pun tak kiralah korang sambut kat mana, Sue harap korang sentiasa sihat dan enjoyyy~ Jangan terlebih-lebih sambut pulak nanti jadi benda lain.

Sambut Tahun Baru Islam pun tak semeriah Tahun Baru ni kan? 😛

Semoga kehadiran Tahun Baru 2011 ni menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Pengalaman sepanjang tahun 2010 kita simpan sebagai kenangan yang tidak mungkin dapat kita ulanginya lagi.

Orang cakap “Sejarah Mungkin Berulang” tapi adakah ianya sama seperti pertama kali ianya terjadi? Tak kan?

Kenangan manis, kita kenang sampai bila-bila. Kenangan pahit, kegagalan-kegagalan yang berlaku sepanjang tahun 2010 kita anggap saja sebagai langkah-langkah yang perlu kita lalui untuk kehidupan yang lebih berjaya, InsyaAllah..

kejayaan pasti milik kita suatu hari nanti.

Azam Tahun Baru

Bila sebut tahun baru je mesti orang akan tanya “Apa azam tahun baru kau?

Azam Sue tahun 2011 ni… nak MENDIRIKAN MASJID a.k.a BERUMAHTANGGA atau kalau ada yang tak faham lagi, Sue nak kawinnnn!!

Harap-harap orang yang terlibat tu dapatlah merealisasikan azam dan impian Sue ni ye. hehe.

Apa pulak azam baru korang untuk tahun 2011 ni? Mesti dah ada azam masing-masing kan? Atau azam Tahun 2011 ni ialah nak memenuhi azam tahun-tahun lepas yang masih belum tercapai?

Bolehlah kiranya berkongsi dengan Sue apa azam korang. Bukan nak tiru cuma nak tahu. Jangan segan-segan nak bagitau ek. Tulis je dalam kotak komen kat bawah ni. Orait? hehe..

Selamat Tahun Baru 2011..


Harap-harap tercapai lah azam Sue tahun ni… Amin! Amin! Amin! Korang pun doakan la ek. 😀

*Bukan gatal nak kawin. Dalam hati naluri kecik ni blom bersedia pun lagi, tapi demi untuk jangkamasa panjang dan pelbagai faktor lain, berkahwin adalah salah satu jalan penyelesian yang paling baik.

16 Comments

  1. Semoga tercapai la ya azam tahun baru! :angel:

  2. Selamat tahun baru, Sue. Semoga dapat apa yang diimpikan.

  3. selamat tahun baruuu

  4. oic. orang tersayang tu anarm erk? seperti yang telah aku duga sewaktu mula2 menapak kat blog ni..heheheh..moga tercapai azam tu k. Nak tau azam aku, g blog aku k

  5. Selamat Tahun Baru..kawin cepat2..haha :wub: :tongue:

  6. selamat tahun baru sayang.. nak kawin? huhu.. tunggu ada duit lebih ek.. insyaallah ade duit lebih terus masuk minang.. hehe :blush:

Leave a Reply