Tauhu Telur Goreng Sedap

Dah lama tak update resepi kan. Ok ni resepi yang Sue baru belajar – Tauhu Telur Goreng.

Nape ntah tiba-tiba je suka makan tauhu. Dulu pantang nampak tauhu dalam makanan memang mengutip la kerja Sue sebelum dapat menikmati makanan tu.

Kepada penggemar tauhu korang boleh cuba resepi ni. Boleh la makan tauhu dengan cara lain pulak ye tak.

Sangat senang proses nak buatnya.

Resipi Tauhu Telur Goreng

Bahan-Bahan

bahan buat tauhu telur
Bahan-bahan untuk buat tauhu telur
  • 4 ketul tauhu Putih
  • 2 ketul tauhu jepun (tofu telur)
  • 2 biji telur
  • Isi ayam atau isi udang
  • 1 ketul Kiub pati ayam
  • Sedikit serbuk lada putih
  • Sedikit Daun bawang – dipotong halus
  • Sedikit Carrot – dipotong halus

Cara-Cara Membuatnya

  1. Blend semua bahan-bahan di atas kecuali daun bawang dan carrot. Blend sampai isi ayam / udang hancur.
     
  2. Letak dalam bekas dan gaul rata dengan daun bawang dan carrot yang telah dipotong halus. Tambah sedikit serbuk lada sulah. (Yang Sue buat guna daun sup sebab takde daun bawang masa nak beli tu)
     
  3. Kukus 1/2 jam. Hasilnya akan jadi macam ni.
  4. tauhu telur kukus

  5. Bila dah sejuk, potong dan celupkan dalam telur yang sudah ditambah dengan sedikit lada sulah. Kalau tak nak letak lada sulah dalam telur tu pun tak apa. Terpulang pada citarasa masing-masing. Lepas tu goreng.
     
  6. Sedia untuk dimakan begitu sahaja atau bersama sos / pencicah. Makan dengan nasi pun sedap.

tauhu telur goreng

Masa blend, tak perlu tambah air nanti adunan tauhu jadi lembik. Hancur pulak bila nak potong.

3 Comments

  1. Nk try.mmg mcm sedap sbb pnh try kt restoren d sarawak. To Nk kepastian.masa blend semua bhb2x tu…blend skli ke ngn telur 2 biji?…terima kasih

    • Ya.. blend skali dengan tauhu ngan isi ayam.. kalau terlupa boleh je masukkan kemudian.. yang penting semua bahan sebati bersama sebelum kukus..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *