Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5S anjuran Denaihati.com

Pagi tadi buka blog Denaihati nampak ada entri tentang “Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5S”. Baru teringat Sue pun join jugak contest tu.

Tugasan pertama kena buat entri bertajuk “iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger“.

Busy sangat sampai terlupa ada join contest. Maklum sajalah, Sue bila ada masa free je baru sempat nak tengok blog dan jalan-jalan ke blog orang lain. Sebab tu jugaklah blog ni pun jarang-jarang update.

Tugasan kedua Cabaran iPhone 5s anjuran Denaihati.com

Dalam entri blog Denaihati ada senarai peserta yang layak ke pusingan kedua contest ni. Ingatkan Sue dah tak layak. Bila tengok nama blog ni ada dalam senarai peserta yang layak, terus rasa macam ‘waaahhhhh‘. Rasa excited pulak. Hehe.

Tak sangka entri tugasan pertama diterima oleh pihak penganjur dan layak ke pusingan kedua. Alhamdulillah.

Tugasan Kedua Contest Cabaran iPhone 5S

Untuk tugasan kedua contest Cabaran iPhone 5S, para peserta yang layak perlu bersaing menjadi top 70 penulis komen di blog Denaihati.

Kiraan komen bermula hari ni 15/9/2014 sehingga 15/10/2014. Bermakna, ada masa satu bulan untuk Sue tinggalkan komen sebanyak mungkin di entri-entri dalam blog Denaihati.

Susah jugak tu memandangkan Sue ni busy dengan kerja-kerja kat ofis. Balik rumah dah penat memang tak buat apa-apa. Dok tengok TV je layan cerita ‘Running Man’ yang Encik Suami download.

Contest Cabaran iPhone 5s anjuran Denaihati.com

Tapi.. Oleh sebab Sue dah join contest ni dan sudah pun layak ke tugasan kedua, nak taknak kena usaha jugalah buat apa yang termampu.

Bila dah start buat sesuatu tak elok tinggalkan separuh jalan. Betul tak? Lagipun rugi kalau sia-siakan peluang yang ada ni.

Nanti nak gi serang blog Denaihati dan bagi komen banyak-banyak kat blog dia.

GOOD LUCK SUE! Good luck juga kepada peserta-peserta lain yang layak ke Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5S ni.

3 Comments

  1. tak larat dah nak komen.

    banyak benar kena komen kalau nak kejar diorang.

  2. Salam perkenalan dari saya.. Goodluck ye sue, semoga berjaya dalam contest ni..

Leave a Comment