Tukar Theme Baru Blog WordPress

tukar theme blog WordPress

Yeayy.. Blog dah berwajah baru. Tukar theme WordPress yang diubahsuai oleh encik tunang.

Dia cakap Sue dah lama sangat tak update blog. Kalau tukar theme baru mungkin semangat nak blogging tu boleh kembali segar bugar. Hehe..

Lagipun theme lama tu rasa macam ada rosak sikit. Tak tau kenapa susah benor nak masukkan gambar. Bila nak letak gambar dalam entri terpaksa taip kod HTML baru boleh masukkan gambar.

Kadang-kadang terlupa kod, terus jadi malas nak update blog. Sebab tu lama tak update blog ni.

Lagi satu Sue sebenarnya dah diserang ‘penyakit’ tak tau nak update apa kat blog. Kalau tak silap ‘penyakit’ ni memang ditakuti ramai blogger.

Rugi je buat blog tapi tak update. Dah la kena bayar hosting, bayar domain, bukannya free. InsyaAllah lepas ni akan cuba rajinkan diri update blog sekerap yang boleh. Tapi tengok keadaan jugak la.

Tukar Theme ‘Simplo’

Theme baru blog ni sekarang guna theme Simplo daripada Site5.

Apa pendapat korang tentang theme baru blog Sagitaurus.com ni? Ok ke tak ok? Loading blog pulak laju ke slow?

Cer citer sikit kat bahagian komen. Kalau ada apa-apa pendapat kongsi-kongsilah ye. Terima kasih. 🙂

Leave a Reply