Buka Akaun Wahed Invest, Pelaburan Digital Patuh Syariah

Sejak beberapa hari ni suami Sue asyik bercerita tentang Wahed Invest je. Korang pernah dengar tak?

Kalau korang nak tahu, Wahed Invest merupakan penasihat pelaburan atas talian (Robo-Advisor) bagi platform Pelaburan Digital Patuh Syariah yang pertama di Malaysia.

Wahed Invest ni bermula di US (Amerika Syarikat) sejak tahun 2017 lagi. Lepas tu dia berkembang dan kini beroperasi di lebih daripada 130 buah negara.

Wahed Invest Malaysia

Menarik jugak Wahed Invest ni lepas dengar apa yang encik suami ceritakan kat Sue. Apa yang Sue faham, dia lebih kurang macam ASB.

Kita letak je duit dalam akaun, lepas tu Wahed Invest akan buat pelaburan untuk kita. Duit kita dilaburkan kat instrumen kewangan atau saham yang patuh syariah.

Segala urusan pelaburan di Wahed Invest ni kita boleh tengok melalui aplikasi dalam telefon je.

Wahed Invest Malaysia

Wahed Invest pilih Malaysia jadi hab serantau untuk operasi di Asia Pasifik, dan telah dilancarkan di Malaysia pada 29 Oktober 2019.

Ianya menawarkan rakyat Malaysia cara yang lebih bijak untuk melabur dengan menyediakan akses kepada portfolio patuh syariah yang pelbagai.

Wahed Invest Malaysia

Wahed Invest Malaysia diuruskan oleh Wahed Technologies Sdn. Bhd. sebagai pemegang lesen pasaran modal dan perkhidmatan berlesen untuk pengurusan portfolio di bawah pengurusan pelaburan digital.

Wahed Invest juga ada buat kerjasama dengan Bank Muamalat. Bank pun menaruh keyakinan yang tinggi dengan Wahed Invest.

Kita pulak macam mana?

Wahed Invest Dikawal Selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Wahed Invest dilesenkan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di bawah Akta Perkhidmatan Pasaran Modal 2007.

Bermakna Wahed Invest ni bukanlah ‘scam‘ macam ada sesetengah program pelaburan tu yang banyak menipu duit orang.

Dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Takkan nak menipu pulak, kan?

Mesti banyak benda yang diorang check dulu dengan Wahed Invest ni sebelum boleh beroperasi di Malaysia dengan lesen yang sah.

Wahed Invest - Lesen Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Lesen daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

So, kalau korang berminat nak melabur di Wahed Invest, boleh melabur tanpa rasa risau. Lagipun ianya patuh syariah. Pelaburan kita dijamin halal.

Sue pun dah buka akaun Wahed Invest.

Cara Daftar Akaun Wahed Invest

Nak buka akaun pelaburan Wahed Invest senang je. Hanya perlu daftar melalui aplikasi smartphone yang dah disediakan.

Sebelum daftar, korang perlu ada:

  • Smartphone (Android atau iOS)
  • Modal RM100 (minimum) untuk dana permulaan – nanti transfer guna online banking
  • MyKad atau lesen memandu
  • Dokumen untuk pengesahan alamat (MyKad, penyata bank, bil telco, bil utiliti, atau lesen memandu)

Wahed Invest - Pelaburan Digital Patuh Syariah

Dah ada semua yang diperlukan tu, boleh teruskan daftar dan buka akaun.

Cara-caranya…

1. Install Aplikasi Wahed Invest

Install aplikasi “Wahed Invest” ke dalam smartphone. Download aplikasi tu dari Play Store / App Store, atau tekan link: https://app.wahedinvest.com/referral

Lepas dah install, buka aplikasi Wahed Invest, tekan butang ‘Get Started‘ dan boleh mula mendaftar. Isi semua maklumat yang diperlukan.

2. Jawab Soalan Penilaian Portfolio Pelaburan

Jawab 8 soalan mudah untuk Wahed Invest buat penilaian dan cadangkan portfolio pelaburan yang bersesuaian dengan kita berdasarkan jawapan yang kita bagi.

Mereka juga akan tunjukkan bagaimana pembahagian dana pelaburan kita dibuat mengikut jenis portfolio.

3. Pilih Portfolio Pelaburan

Lepas dah jawab 8 soalan tadi, aplikasi akan tunjukkan portfolio yang dicadangkan. Tapi boleh je pilih portfolio lain kalau nak.

Jenis Portfolio Wahed Invest

  • Sangat Agresif (pulangan paling tinggi, risiko paling tinggi)
  • Agresif
  • Sederhana Agresif
  • Sederhana
  • Sederhana Konservatif
  • Sangat Konservatif (pulangan paling rendah, risiko paling rendah)
  • Emas

Pilihan portfolio ni akan menentukan pembahagian dana kita yang akan dilaburkan dalam Saham Malaysia, Saham Amerika, Sukuk (Islamic bonds) dan Emas.

Portfolio Wahed Invest
Jenis portfolio Wahed Invest

Wahed Invest cadangkan Sue portfolio yang “Sederhana Agresif”. Tapi Sue pilih portfolio “Agresif”.

Kalau korang tak kisah dengan risiko yang tinggi (pulangan pun tinggi), boleh pilih portfolio “Sangat Agresif”.

Cuma korang kena tahu mana-mana pelaburan pun mesti ada risiko, termasuk kemungkinan duit yang kita laburkan tu rugi.

So, pilih portfolio yang korang berani ambil risiko dia.

  Portfolio boleh ditukar setiap 3 bulan sekali.

4. Dapatkan Bonus RM10 Percuma

Kemaskini: Berkuatkuasa dari 15 Jun 2020, pihak Wahed Invest telah mengubah jumlah bayaran program rujukan kepada RM10.

Wahed Invest ada tawarkan bonus RM10 kepada pelabur-pelabur baru, dengan syarat semasa mendaftar kena guna referral code  SURCHE1 

Bila korang daftar guna referral code tu, korang akan dapat bonus RM10, Sue pun dapat RM10 jugak. Win-win situation la kan. Sama-sama dapat.

Wahed Invest referral code SURCHE1
Masukkan referral code – SURCHE1

RM10 tu akan dimasukkan dalam akaun pelaburan kita selepas 30 hari dari tarikh deposit pertama.

Maknanya, lepas sebulan dah dapat pulangan 10% dan dana pelaburan kita dalam akaun Wahed Invest akan jadi RM110, tak termasuk dividen lagi.

Duit tu boleh keluarkan bila-bila masa tanpa sebarang caj pengeluaran.

Tapi, deposit pertama RM100 tu kena maintain dulu dalam akaun selama 30 hari baru layak dapat bonus RM10.

So, pastikan semasa daftar isi kod  SURCHE1  dalam ruangan yang disediakan. Kalau daftar tanpa referral code, tak dapat la bonus RM10 tu.

5. Pengesahan Identiti Diri

Biasa kalau kita nak buka akaun dengan mana-mana bank, mesti dia akan minta macam-macam dokumen sebagai bukti kita adalah diri kita yang sebenar.

Kena bawa kad pengenalan atau lesen memandu, bil elektrik atau bil air atas nama sendiri, atau lain-lain dokumen yang berkenaan.

Begitu juga dengan Wahed Invest. Cuma kali ni semua dokumen dihantar dan diproses secara online.

Tak perlu risau dengan keselamatan sebab Wahed Invest menggunakan tahap keselamatan dan penyulitan (encryption) seperti yang bank gunakan.

Pengesahan identiti Wahed Invest

Wahed Invest perlukan pengesahan identiti kita untuk elak sebarang unsur penipuan. Pengesahan identiti kena guna Mykad atau lesen memandu.

Selain tu, kena rakam video selfie.

Masa tengah rakam video, kedudukan muka kena berada dalam bulatan yang ditunjuk. Lepas tu sebut dengan jelas 3 nombor yang dipaparkan dan gerakkan kepala ikut arahan yang dia bagi.

Boleh rakam beberapa kali sampai puas hati dengan video yang dirakam. Bila dah puas hati, tekan butang ‘Submit‘.

Pastikan video yang dirakam tu bawah 25 saat.

Lagi satu, dokumen pengesahan alamat. Yang ni korang kena upload gambar ikut jenis dokumen yang diperlukan – MyKad, penyata akaun bank, bil telco, bil utiliti, atau lesen memandu. Pastikan alamat dalam dokumen tu sama seperti alamat yang diisi sebelum ni.

6. Masukkan Deposit Pelaburan

Masukkan deposit wang tunai (dana permulaan) ke dalam akaun pelaburan korang. Minimum RM100.

Pindahan wang boleh buat guna online banking (FPX) melalui aplikasi Wahed Invest. Kena guna akaun bank atas nama sendiri. Tak boleh guna akaun bank nama lain atau akaun bank syarikat.

Deposit pertama ni better korang masukkan terus semasa nak buka akaun. Untuk jimat masa. Wahed Invest boleh buat semakan akaun kita dan duit deposit tu dengan sekaligus.

Semakan ambil masa dalam 2 hari waktu bekerja.

Kalau duit tu korang masukkan kemudian, Wahed Invest akan ambil masa lagi 2 hari untuk sahkan deposit tu pulak. So, akan jadi 4 hari lah proses dia. Kan dah jadi lambat tu.

Masuk dana pelaburan Wahed Invest

Kaedah deposit ni Wahed Invest bagi pilihan untuk masukkan duit secara One Time, Mingguan dan Bulanan.

Untuk deposit permulaan, pilih ‘One Time‘ dulu.

Bila akaun dah aktif nanti, terpulang pada korang nak tambah dana setiap minggu atau setiap bulan. Semua urusan pelaburan boleh buat melalui aplikasi Wahed Invest.


Dah siap!

Itu je cara untuk daftar akaun pelaburan Wahed Invest. Lepas dah daftar, tunggu dalam 2 hari waktu bekerja untuk pihak Wahed Invest buat semakan akaun kita.

Bila akaun dah berjaya dibuka, deposit RM100 tu akan mula dilaburkan ikut portfolio yang kita pilih.

Tugas kita hanya pantau je pelaburan kita tu melalui aplikasi dalam phone. Untung rugi boleh tengok setiap hari.

Siapa berminat nak melabur dengan Wahed Invest, boleh daftar dan guna referral code  SURCHE1  untuk dapatkan RM10 duit percuma!

Untuk maklumat lanjut tentang Wahed Invest boleh buka laman web wahedinvest.com
 

One comment

  1. boleh saya teahu perkembangan akaun puan sekarang?

Leave a Comment