Watsons Membership Card Percuma 200 Point

Beberapa hari lepas Sue pergi Watsons bersama encik tunang nak beli produk pencuci muka dan penjagaan kulit. Yang lama dah nak habis.

Encik tunang pulak nak beli perfume.

Tengok-tengok ada diskaun la pulak kat Watsons. Terus ambil bakul, letak banyak2 barang dalam tu.

Bila nak bayar abang cashier tanya “Taknak register Watsons membership card ke? Boleh kumpul point lepas tu boleh tukarkan point tu dengan barang atau duit“.

membership card watsons

Ermm.. (berfikir)

Bila tanya balik berapa kena bayar, abang cashier tu cakap RM12 dan boleh guna untuk seumur hidup.

Encik tunang pun cakap “Ambik jela. RM12 je tu“. Sue pon menurut perintah bakal suami. Hehe.. Lagipun kitorang selalu jugak datang beli barang kat Watsons.

Sebelum ni tak rasa nak buat membership card lagi. Sekarang dah ada membership card ni boleh la kumpul point banyak-banyak setiap kali datang shopping kat Watsons.

Nak apply membership card ni kena isi borang dulu kat situ. Lepas tu dapat kad dan jugak beberapa voucher. Best!

Sebelum balik encik tunang ajak lepak minum kat kedai mamak. Tengah2 minum tu nasib baik teringat abang cashier Watsons suruh register lagi sekali kat website Watsons untuk aktifkan membership card tu.

Encik tunang pun tolong register dan aktifkan kad. 1st time kitorang bukak website Watsons.

Lepas dah aktifkan kad dapat 200 point PERCUMA sebab aktifkan secara online! Yeayy..

Satu cara lagi nak aktifkan kad tu kena call nombor centre Watsons kot, tapi tak dapat la 200 point percuma tu.

Sign up membership card Watsons

Beg duit dah makin tebal penuh dengan kad bank, kad debit, kad TESCO, lepas tu tambah lagi dengan membership card Watsons ni.

Kad kredit je belum ada lagi. Kalau ada mesti lagi seronok nak shopping. Hehe..

4 Comments

  1. salam, macam mana nk dftar?..saya xde no passport?..huhu 🙁

    • wassalam.. lupa dah dia ada mintak no passport tak sebab dah lama sangat resgister ni.. tahun lepas.. promosi dapat 200 point tu pun dah takde kot. masa buat ni just isi borang simple je kat kaunter bayaran tu. kalau nak boleh la try gi tanya kat kaunter watson.

  2. akak ni jenis tak rajin nak register untuk membership card…

Leave a Comment