Zamir Juara MasterChef Malaysia All Stars

Yeay!! dah agak dah Zamir yang menang Masterchef Malaysia sebab dari gaya dan pertuturannya semasa temubual yang diselang seli kan semasa rancangan masterchef disiarkan menggambarkan perasaannya yang dah tahu dia lah Juara Masterchef Malaysia All Stars kali ni.

Mungkin korang pun perasan kan? Naluri kuat mengatakan kali ni Zamir lah Juara Masterchef Malaysia All Stars.

Terbukti naluri Sue betol. Tahniah Zamir!!.. hihi suka suka..

Jom tengok hidangan yang Zamir sediakan di pentas akhir MasterChef Malaysia All Stars.

Zamir gembira menjadi juara MasterChef 2014

sup cendawan zamir masterchef
Hidangan pertama dari Zamir MasterChef Malaysia All Stars – Sup Cendawan
Hidangan Zamir Masterchef Sea Bass Gone Wild
Hidangan kedua dari Zamir Masterchef – Sea Bass Gone Wild
Hidangan Zamir MasterChef diberi nama My Finale
Hidangan ketiga dari Zamir MasterChef – My Finale

Sedap betul tengok hidangan yang Zamir buat. Pandai dia masak.

zamir juara masterchef all star malaysia

Biodata Zamir MasterChef Malaysia

Nama : Arshad Zamir bin Mohd Azmi (Zamir)
Umur : 21 Tahun
Asal : Shah Alam
Profesion : Pelajar Kulinari
Hidangan Kegemaran : Burger dan Kentang Goreng
Pencuci mulut kegemaran : Creme Brulee
Idola Memasak : Jamie Oliver
Lokasi Percutian Kegemaran : Itali

 
Zamir mula belajar memasak daripada arwah neneknya. Zamir meminati Jamie Oliver kerana gaya masakannya yang agak gelojoh, gelabah serta kucar kacir, namun masih dapat menghasilkan hidangan yang lazat, berkualiti dan sihat. Zamir mengikuti hampir kesemua rancangan masakan Jamie Oliver sejak berusia 10 tahun lagi.

Arwah nenek dan Jamie Oliver lah orang yang menjadi sumber inspirasi Zamir untuk memasak dan terus memasak sehingga ke hari ini.

Zamir memasang impian untuk memasak hidangan istimewa untuk idola kesayangannya dan ingin idolanya itu mengenalinya dan masakan yang dihasilkan olehnya.

Zamir lebih minat memasak masakan Barat kerana penyediaannya yang mudah dan cepat. Zamir juga suka memasak masakan untuk hidangan keluarga yang menjadi kebiasaan masyarakat di Malaysia.

Impian dan cita-cita Zamir dalam bidang masakan ini ialah memiliki sebuah restoran bertaraf 5 bintang agar dapat memperkenalkan masakan-masakan tempatan dan sekaligus mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Zamir dan  Brian masterchef

Sepanjang tempoh Sue mengikuti rancangan Masterchef Malaysia All Stars ni boleh nampak kesungguhan Zamir dalam mengharungi setiap cabaran yang diberikan.

Tengoklah gayanya yang humble tu. Memang nampak Zamir berusaha keras untuk memastikan dia mencapai targetnya untuk menjadi Juara. Alhamdulillah, dia berjaya.

Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada Juara Masterchef Malaysia All Stars – ZAMIR! 😀

Zamir Juara MasterChef Malaysia All Stars
Pengurus Astro RIA En. Raqim Ahmad menyerah piala juara Masterchef Malaysia All Stars kepada Zamir
Zamir Juara MasterChef Malaysia All Stars
Zamir dengan piala Juara MasterChef Malaysia All Stars – Kredit gambar: Shakiddo.com

Sumber gambar : Facebook MasterChef Malaysia

6 Comments

  1. Tahniah Zamir, dahlah kacak, pandai pulak masak 🙂

  2. Tahniah Zamir, beliau tak sekelam-kabut macam Jamie Oliver…

  3. akhirnya, zamir yang menang. Memang harap zamir yang menang.

Leave a Reply