Buat E-Batal Di JPJ, Dah Habis Bayar Pinjaman Kereta

Hari Selasa lepas Sue pergi pejabat JPJ kat UTC buat urusan e-Batal lepas dah habis bayar pinjaman beli kereta. Habis bayar 6 bulan dah, baru sempat nak pergi JPJ.

Urusan e-Batal tu untuk keluarkan nama bank daripada geran kereta. Selagi tak habis bayar pinjaman (hutang), kereta kita masih milik bank tau..

Lepas dah habis bayar dan buat e-Batal, baru la kereta jadi hak milik kita sepenuhnya. Bukan milik bank dah.

UTC Keramat
Naik tren pergi pejabat JPJ di UTC

Proses E-Batal Di JPJ

Nak buat e-Batal ni syaratnya mestilah dah bayar semua pinjaman beli kereta. Kalau tak habis bayar lagi, tak boleh buat.

Lepas dah setel semua pinjaman tu, bank akan keluarkan surat pelepasan menandakan pihak bank telah lepaskan tuntutan hak milik terhadap kereta kita.

Surat pelepasan pinjaman kereta Ambank
Surat habis bayar pinjaman bank.

Biasanya bank akan terus hantar surat pelepasan tu ke JPJ lepas kita dah bayar semua baki pinjaman.

Mana-mana bank sama je kot prosedur dia.. Boleh tanya pihak bank sama ada surat pelepasan dah dikeluarkan dan telah dihantar ke JPJ ataupun tidak.

Jika surat pelepasan dah dihantar, boleh pergi cawangan JPJ berhampiran bawa geran untuk buat proses e-Batal bagi membatalkan atau keluarkan nama bank daripada status hak milik kereta kita.

Kat JPJ bagitau je nak buat pembatalan pada geran kereta yang dah habis bayar.

Nanti atas geran tu akan dicop ‘BATAL MELALUI SISTEM‘. Bermakna kereta dah jadi milik kita sepenuhnya.

Sekejap je urusan dia. Rasanya tak sampai 5 minit selesai. Tak payah bayar satu sen pun.

e-Batal JPJ geran kereta
Geran kereta dah buat pembatalan melalui sistem.

Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

Sue baru tahu sekarang ni geran kereta atau Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) dah diganti dengan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC). Geran kereta Sue jenis RC yang lama tu.

Rupanya JPJ dah perkenalkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) ni sejak tahun 2016. Mana la Sue tahu..

Masa buat urusan e-Batal hari tu orang JPJ pun takde bagitau apa-apa. Sepatutnya dia bagitau la bila tengok masih pakai geran lama.. Kan? Boleh terus tukar kepada VOC.

Geran dan Sijil Pemilikan Kenderaan

Takpe lah.. Lain kali bila ada masa pergi JPJ lagi. Kalau tak tukar pun takpe kot sebab geran lama masih diterima pakai.

Malas la nak fikir pasal geran tu. Yang penting kereta dah takda hutang! Alhamdulillah.. 🙂
 

Leave a Reply