Tentang Sagitaurus

Selamat datang ke blog sagitaurus.com dan terima kasih diucapkan kerana sudi mengunjungi laman blog yang tak seberapa ni.

Pengenalan Sagitaurus.com

Sagitaurus.com (Sagitarius + Taurus) merupakan laman peribadi empunya blog (Suraya). Sagitaurus.com wujud atas cadangan seorang insan yang ingin memulakan langkah ke dunia blogging. Beliau lah yang menjerumuskan Sue ke dalam dunia maya ni.

Segala yang dipaparkan dalam blog ni adalah hasil daripada bicara minda, emosi dan perasaan penulis. Ikut mood. Jika mood jiwang, maka jiwanglah ia. Jika mood sedih, maka keluarlah cerita sedih.

So, genre nya lebih kepada blog ‘rojak’. Ada bersifat peribadi, perjalanan hidup, info, cerita, atau apa-apa saja yang terlintas di fikiran pada ketika dan saat artikel tu ditulis.

Kehidupan Peribadi

Nama diberi Suraya.. Dilahirkan ke dunia yang fana ini pada 2 Disember. Lupa pulak lahir kat mana (rumah @ hospital). Rasanya lahir kat rumah sebab kat kampung dulu jauh sangat dengan hospital bersalin.

Anak jati Kelantan, tapi ramai yang tak menyangka Sue ni orang Kelantan sebab cakap takde kuar loghat Kelantan. Betul ke? Sue pun tak dapat nak pastikan.

Ahli keluarga Sue ada lebih kurang 33 orang semuanya. Adik beradik sepuluh orang. Lima lelaki, lima perempuan. 2 orang je lagi yang masih belum menamatkan zaman bujang.

Sifat, Sikap dan Kelebihan

  • Gadis biasa je
  • Pemalu
  • Tak pandai bergaya (T-shirt, jeans dan yang mana-mana yang selesa dipakai)
  • Suka bercakap (dengan orang-orang tertentu saje)
  • Menepati masa (paling benci orang tak menepati masa @ lebih tepat ‘janji melayu’)
  • Tak pandai sangat memasak (untuk suami dan diri sendiri boleh la)
  • Suka makanan yang ada ulam (nasi kerabu, laksa, laksam)
  • Suka $$$ (tapi tak la macam En. Crab dalam cerita Spongebob tu), Graphics, Music (lagu² melayu lama)
  • Suka baca benda berkaitan ramalan hidup (horoskop) – tak percaya sangat pun. Saja suka-suka.
  • Hobi? Tak tentu. Ikut musim. Macam buah la pulak XD
  • Tak suka mengongkong dan tak suka dikongkong
  • Seorang yang setia pada cinta (penat nak layan ramai-ramai.)
  • Paling benci pada lelaki dayus (takut bini)
  • Pandai la jugak guna Adobe Illustrator, Photoshop, InDesign, MS Office
  • Gila kerja (tapi takde la sampai tahap workaholic)
  • Apa lagi ek.. Cukup la kot.

Pendidikan

  • 1992 – Sekolah Kebangsaan Tanjung Chenak, Pasir Mas Kelantan (UPSR)
  • 1998 – Sekolah Menengah Kebangsaan Bunut Susu, Pasir Mas Kelantan (PMR & SPM)
  • 2003 – Noble College of Technology, Taiping Perak (Diploma in Multimedia Technology)

Kerjaya

  • 2007 : Graphic Designer – Reko Silkscreen
  • 2008 : Graphic Designer – Dunia Pendidikan Sdn. Bhd
  • 2008 : Graphic Designer – Honey Print Sdn. Bhd
  • 2010 : Admin + Marketing + Graphic & Web Designer – Reka Impian Sinergi
  • 2011 : Graphic Designer + Assistant Teacher – Heguru Malaysia

Laman Sosial

Sekian, terima kasih.. 🙂